Kawan,aku, & Simunjan
"Pukul berapa kita nak bergerak ni?" terdengar rakanku daripada Sabah bertanyakan kepada Ketua Program yang bernama Syafiq. Syafiq merupakan warga Kuching.
Tiba-tiba deruman enjin coaster datang mendekati ruangan depan IIC. 'Bas mini semalam' getus hatiku. Kemudian di belakangnya, kelibat 2 biji Hilux yang masing-masingnya di tunggangi oleh Ustaz Sabri, wakil daripada USK (urusetia Saudara Kita) dan Abang Man, pemandu daripada Baitu Mal. Tertera dibadan hilux nya tulisan dan lambang Baitul Mal.
Perjalanan daripada Kuching ke Kota Simunjan mengambil masa selama 3 jam lebih atau tidak sampai 3 jam mengikut kekuatan enjin dan kelajuan maksima si penunggang kenderaan. Mengikut perancangan, kami akan berekpidisi ke Kg Gayau sebelum meneruskan aktiviti di perkampungan Ruan dan Gawang. Pemilihan Gayau adalah kerana kampung tersebut adalah yang paling jauh, dan akan dituruti dengan kedua kampung yang telah aku sebut tadi kerana jarak keduanya dengan Kuching tidak lah sejauh Gayau.
Gayau. Sau kampung yang cukup memberikan aku satu kepuasan. Aktivitinya, orang kampungnya, remajanya, orang tuanya dan kanak-kanaknya memberikan aku satu nafas dakwah yang baru. Ya Allah aku bersyukur kerana aku Engkau pilih untuk bersama dengan budak-budak ini. Di sinilah aku mengenali seorang sahabat bernama Suffian. Ceritanya sangat menarik, perwatakan muda cerianya juga memang sangat luar biasa untuk di ceritakan. Namun biarlah aku simpan dulu cerita tentangnya kerana aku ada menyediakan artikel tentangnya yang berjudul "2 Remaja 2 Sejarah; Suffian vs Asnizam" .
"Aduh bila aku nak sampai ni ye," hatiku masih lagi kuat bertanya ntah apa-apa. Sabar sudah. Kuundur 12 jam sebelumnya.
Hari semalamnya.
"InsyaAllah hari ini, Ustaz Sabri akn meceritakan serba sedikit tentang perjalanan kita ke 'kota' Gayau," begitulah intro yang di mulakan oleh saudara Syamsuddin a.k.a Sam.
"Perjalanan ke Gayau mengmabil masa selama lebih kurang 3 jam. Namun begitu, waktu perjalanan ini akan berubah dan bertambah seandainya esok hari hujan. Daripada hilux, kita sudah pasti akan menaiki perahu atau bot.
"Wah...." aku teruja. Kerana bagi aku lagi susah, lagi mencabar, lagilah seronok. Hee...
"Saya memang sudah lama dalam bidang dakwah di sarawak ni. Untuk pengetahuan saudara-saudara sekalian, Sarawak ini daripada segi pembangunan Islam agak terkebelakang. Kita tidak cukup tenaga, dai'e ramai yang kita keluarkan serta di hantar ke Mesir, Jordan lagi, namun apabila sudah selesa berjawatan serta duduk bekerja di dalam air-cond, hmmm agak payah sikitlah untuk turun padang, lebih-lebih lagi ke dalam pedalaman." Agak panjang juga celoteh beliau.
Di suatu sudut, Puan Martineli a.k.a Boss aku begitu khusyuk sekali mendengarnya. Tangan aku juga turut menari-nari dansa bersama pen aku bagi merakam segala informasi yang aku mahukan.
Kututup mata. Kini yang aku dengar adalah deruman enjin hilux Baitul Mal yang di pandu abang Man. Penukaran gear juga berlaku. Bunyinya macam da masuk gear 4 wheel.
"Ini ke simpang nya?" tanya Ustaz Faris, senior Censerve yang kini bekerja di PTS selaku peneman kepada Madam Martinelli.
"Ha'a," ringkas abang Man memberi jawapan.
Aku pada waktu ini satu hilux dengan Yang Mulia serta Ustaz Faris.Manakala rakan-rakan yang lain menaiki coaster.Arahan daripada ketua program harus di dengar, VIP harus duduk di dalam Hilux!
"Entah bila ya nak sampai ni." aku kini da semakin tidak sabar. (bersambung)
note: Buat teman aku yang sorang ni, aku dah pun baca entri nya, terima kasih ya. Lagi satu, aku pun ingin memohon maaf andai apa yang aku tulis tempoh hari menggegarkan benak jiwa dan raga kehidupan mu.
0 orang jawab:
Post a Comment