2 Remaja 2 Sejarah
"Jali, jom ikut ustaz jap," secara tiba-tiba Ustaz YM (Yang Mulia) menarik tangan aku.
Aku baru ingin membalut 'sleeping bag' ke tubuhku yang agak berisi ini. Terusku bingkas bangun dan menuruti langkah ustaz keluar daripada surau Kampung Gayau.
"Nak pergi mana ustaz gelap-gelap ni?" tanya aku dalam keadaan sedikit cuak.
Jam di hanset aku sudah menunjuk kan waktu tido iaitu pukul 1.15 pagi. Maklumlah aku kan penakut sikit, Di ulangi sedikit penakut sahaja tau.
"Mu tunggu sini tau. Tunggu ustaz jap. Nak pergi tandas jap. Jangan pergi mana-mana, tunggu ustaz kejap kat luar ni,"
"Ye..ye ustaz.."
Terketar juga aku pada malam tu. Baru tadi YM mengarahkan budak-budak lain ni azan, ibarat me'magar'kan kawasan rumah di Gayau tu. Begitu juga di surau tempat aku tidur. Mana aku tak 'seriyau' di buatnya. Tunggu dalam gelap, sambil berperang serta berkomunikasi dengan nyamuk di luar surau tersebut.
"Hmm, takut juga ustaz ni ye.." bisik aku sendirian. Tapi memang digalakkan berteman sebenarnya. Bukan soal takut tidak takut, tapi Islam mengajar untuk keluar berteman, supaya keselamatan terjamin dan tidak menyusahkan orang lain.
"Lepak jap ah...."
...
"Kau tau tak yang Asnizam dah keluar daripada Islam?" tiba-tiba seoarang kawan aku ni membuka cerita. Masa ni aku dalam persediaan untuk ke Teji, tak silap aku setahun yang lalu. Siap aku jadi PM lagi masa ni. Bertemankan adil mufti selaku PC sempoi aku.
"Tak tahu la pulak. Sayangnya..." balas aku dengan spontan.
"Itulah aku nak jumpa dia lah kat teji nanti. dengar kata dia ada dah di kampung, bercuti."
Sesampai di kampung, ya, dia memang ada. Tapi dia senyap. Tak macam dulu. Aku beranggapan dia sudah besar kot. Kali pertama aku pergi ke Teji, akulah yang 'jaga' dia semasa di dalam program modul.Kini dia dah macam berlagak besar dah. Takper lah, nak buat macam mana...
Kawan aku tu dah jumpa dengan dia serta berkawan kembali dengan nya, namun tidak ada jawapa yang positif keluar daripada mulutnya. Yang ada cumalah.. "memang silap kita kerana tidak follow up, kita kena buat sesuatu.." Aku blur dan tak tahu nak buat apa. Maaf. Yang aku tahu masa tu, doa dan sokongan buat kawan aku yang sorang ni. Support dari belakang ah orang kata.
Pada malam tu.Sedang aku bersedih. Teringat saat dia memeluk Islam di depan mataku. Semua orang terharu. Ramai yang menumpahkan air mata berharga mereka. Malam yang cuma diterangi cahaya pelita dan lilin. Aku berada di sebalik ramainya manusia. Bersebelahan dengan dia. ustaz Zunaidin pula erat berjabat tangan untuk mensyahadahkan adik Asnizam.
"Asyhadu..."
"Asyahdu.." lanacar Asnizam menyahut syahadah Ustaz.
Teringat kata-kata perbualan antaranya denagn Ustaz sebelum itu.
'Adik asnizam betul ke nak masuk Islam?"
"Ye.."sambul mengangguk kepala.
"Kalau mak ayah marah macam mana?" tanya Ustaz lagi meminta kepastian kerana menukar status agama bukanlah suatu perkara yang mudah malah bukan perkara yang boelh dibuat main-main. Lagipun budak ini cuma 12 tahun ketika ini.
"Takpe, saya sanggup."
"Ok, kalau mak ayah asnizam mahu bunuh asnizam, asnizam sanggup masuk Islam?"
"Sanggup." Noktah. Jawapan muktamad. Jawapan yang berjaya membuatkan Kak Pijan mengalirkan air mata kesyukuran. Membuatlkan kak Awa tersenyum bangga serta terharu. Membuatkan Raihan terpaku.
"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah,"
"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah,"
"Aku naik saksi Nabi Muhammad pesuruh Allah,"
"Aku naik saksi Nabi Muhammad pesuruh Allah,"
Kelihatan di suatu sudut Kak farah daripada UIA Kuantan merakan saat-saat indah tersebut. Masing-masing bagaikan takjub serta terpaku melihat tanda kebesaran Allah di depan mata mereka.
"Kau buat apa kat sini? Macam sedih je." tiba-tiba kawanku, Adil menyapa.
"Takde ah..." Mati lamunanku. Aku terus pergi ke dewan lama untuk mensyuarat post mortem. memang potong stim betullah Adil ni.
...
"Dah ke Ustaz?" aku semakin cuak kat luar gelap-gelap sebegini. Macam-macam cerita yang aku dengar daripada Pak Mustadar, penjaga Generator kampung Gayau. Ada toyollah, pontoanaklah, hantu raya lah.. tadi dah tiba-tiba YM suruh budak-budak ni azan keliling surau. Lagilah aku takut.
"Sekejap.."
...
Semingu sebelum aku pergi ke Simunjan Sarawak Allah telah menghadiahkan nikmat yang tidak terhingga kepada aku. Pengalaman berjalan ke Teji lagi memang betul-betul memberikan rahmat kepada aku.
"Abang jali tau tak, malam tadi ada budak masuk Islam kat Teji?" tiba-tiba budak kampung teji datang bertanya. Pada waktu ini aku masih di kampung Abu sebagai sesi melawat anak-anak buah menajalankan kerja.
Kebetulan tym aku datang ke kampung Abu, tym tulah ada perkara best berlaku di Kg Teji.
"Siapa?"
"Asnizam. Abang kenal tak?"
"Asnizam.... ha'a lah budak tu.... Dia dah masuk Islam/ Alhamdulillah... syukur." Aku terasa segar. Budak tu kini sudah bergelar msulim yang sah. Dulu dia dah bersyahadah namun secara rahsia. Kini di depan mak ayah nya sekali. ya Allah, syukur ya Allah. Tapi sayang aku takder pada malam tu dan merakam saat-saat indah tu.
"siapa yang Islamkan dia?"
"Syafiq ah... abang angkat dia.."
"Beruntung kau syafiq... Itu hadiah Allah buat kau..."
Senyum syafiq panjang lebar. Da'e baru di dalam Comrade. Memang satu pengalaman yang cukup bertuah buat adik Syafiq. Alhamdulillah...
'Rahsia'. Memang betul-betul menjadi rahsia Allah. rahsia asnizam kini bukan lagi satu rahsia. aku yakin dia tidak pernah keluar daripada islam. Dulu kami arahkan dia berahsia kerana faktor keselamatannya. Keluarganya bukan suku kaum Semai, tapi kaum lain yang cukup terkenal dengan sikap garang serta pendemdam yang cukuyp kuat.
Bukan itu sahaja Allah juga turut membantu kerahsiaannya terjamin. Masih ingat video yang dirakam oleh Kak farah semasa majlis pengislaman beliau pada tahun 2007? Ya, hanset beliau HILANG semasa tidur di masjid UIA sebelum balik ke kampung nya. Dan cuma itu sahaja sumber bukti yang kami ada kerana masing-masing terpaku dengan pengislaman Asnizam.
Allah, Engkau memang sebaik-baik perancang. Semoga Engkau terus membantu para Muslimin dan Muslimat serta golongan saudara-saudara baru ini. Berilah kekuatan kepada anak-anak muda ini dalam berjuang menegakkan agamaMu di muka bumi, tidak kiralah di mana jua mereka berbakti....
...
Kreekkkkk.... Bunyi pintu tandas dikuak oleh Ustaz YM.
"Fuuh, lega aku.." Bukan sekejap aku duduk termangu tak tentu hala di luar tandas tersebut. Habis nyamuk aku berjaya tumpaskan.
"Ngantuk ah ustaz. Takde pape da kan, nak pi tido lah."
"Jom..."
Perjalanan aku di Sarawak tidak berakhir di Gayau sahaja, kemudian aku dan kawan-kawan berjuang di Kg Ruan Lama serta di Kampung Gawang. Alhamdulillah, misi membentuk peribadi Muslim berjaya kami dfi terapkan di ketiga-tiga kampung ini.
Dan yang terakhirnya, aku berjaya membawa pulang ikan Terbuk masin, Kek Lapis serta cenderahati untuk staff di pejabat ku. Lagi pun aku tak bawak duit yang banyak, namun aku cukup berterima kasih kerana menghadiahkan kawan-kawan yang sporting dan best di sana, kepada Mohd Faiz, aku masih berhutang dengan kau sebanyak RM100 yang akan aku langsaikan esok hari (tengah hari Isnin, 26 Julai 2010), dan kepada saudari Alyaa, Sofea aku sudah pun membayarnya, heheh thanks ya, kerana bisa membantu aku yang pokai di sana.
Misi ke Simunjan Sarawak diakhiri dengan ucapan Alhamdulillah. hadiah serta niukmat yang tidak terhingga. ALHAMDULILLAH> Terima kasih kepada pembaca yang menuruti perjalanan kisah ku. Travelog ini ditaja khas oleh Yussuf TayyuB! Kurma untuk Ramadhan anda!!!! :P
0 orang jawab:
Post a Comment