Man Utd akhirnya membelasah Chelsea selepas aku ber'dendam' kerana musim lalu 100% MU dimalukan oleh Chelsea. Kemudian, Chelsea bangkit dengan menang 6-0 ke atas pendatang baru, siapa ntah, aku dah tak ingat dah. Tapi MU pun berjaya juga menjinakkan pendatang baru Newcastle dengan membantai sebanyak 3-0.
Suatu Masa:
Semangat betul ya berbincang demi ingin melawat pembangunan 'volunteerism spirit' di Turki. Jadik 'solution'nya kitorang kenalah mencari modal sendirik dan direncanakan untuk pergi tahun hadapan. Permulaan pertama kitorang, BISNES kecil-kecilan (bukan MLM lah).
Suatu Waktu:
Aku gembira dengan kerja aku sekarang ini. Pujian memang best tapi kadang-kadang mengundang dosa yang tak terkira. Riak beb. Tu tak campur TAKABUR lagi. Parah kalu dapat pakej penyakit hati ini. Aku teringin untuk menyambung kerja aku di bidang ini, kalu di tempat yang sama pun lagilah aku suka dan bersyukur, namun terpulanglah kepada rezeki. Kalau ada tu, maka adalah untuk aku, bukan tak nak berusaha, tapi masa belum tiba.
Jodoh?:
Bercakap pasal jodoh pulak? Tak nak lah. Allah lagi Tahu daripada aku.
Suatu Aktiviti:
Selama 4 minggu berturut-turut aku menyertai program yang student UIA buat. Sah-sah lah semuanya kerja kemasyarakatan kan sebab aku memang 'specialize' kat dalam bidang ini. Bermula dengan menyertai program Motivasi Tahun 6 anjuran Sendi, dan hujung minggu seterusnya aku mengikut program JASA. Dan selepas itu aku mengikut program COMRADE. Dan kemudian itu, aku akan mengikuti ALUMNI Comrade berjuaang di Teji& Abu. Kemudian? Ada lagi.. akhirnya aku mengikuti MISI ke Pulau Mabul, Semporna, Sabah. Bukan melancong atau bercuti tau, tapi membuat kerja, jumpa komuniti di sana.
Setiap suatu Detik atau Saat:
Aku mendoakan agar 'kawan' aku berjaya menempuh saat-saat genting 'final exam' nya. Dan juga agar ibunya juga kembali sihat walafiat. Sama-sama kita doakan ye....
0 orang jawab:
Post a Comment