Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Sunday, August 22, 2010

IMPIAN SEORANG JUARA (The Making Of..)

"Setiap daripada kita semua adalah satu. Daripada penjaga gol sehinggalah penyerang, tidak satu pun yang terkecuali daripada IMPIAN. Jadi, impilah untuk BERJAYA! Bermula saat ini, kamu berdiri di atas masa depan kamu! Setiap kamu boleh menulis masa depan kamu dengan lebih cantik dan kemas, tapi kena bermula dengan pendahuluan. Dan pendahuluannya adalah kesakitan!"

Salam ramadhan buat semua yang terbaca entri pemula kepada Novel sulung aku yang bertajuk IMPIAN SEORANG JUARA (IMJ). IMJ berkisah tentang dunia sukan yang digemari ramai. Aku seorang yang bukan berpengalaman dalam dunia novel, namun aku ingin jugalah menulis cerita (tapi mengikut apa yang aku suka lah kan).



Cerita ini berkisarkan tentang seorang yang bernama Sabarudin bin Kasim, yang terkenal dengan panggilan BUDIN. Kalu tengok Usop Suntorian, abang kepada Usop namanya abang BUDIN kan? Berbalik kepada kisah IMJ, Budin seorang yang pemalas namun akhirnya menjadi sebaliknya, itupun kerana Bola Sepak. Daripada mula, dia tidak tahu apa-apa akhirnya menjadi orang yang agak berjaya.

Hahahahaha, terlebih dahulu aku pohon maaflah andai karya aku ni tak sebest mana kan, yelah baru aku nak bermain-main dengan penulisan, dan yang paling penting aku akan adunkan dengan elemen Islamik sekali. Ini bagi membuktikan elemen Islamik boleh di mainkan di mana-mana dan yang paling penting, Islam is the number ONE, so letak agama dulu baru benda lain ok?

Itu sahaja daripada aku. Entri setiap episod akan berada di blog ini pada setiap hari ISNIN. So, kalu takder apa-apa posting tu harap maaflah ye, mungkin idea aku takder, tapi aku akan usahakanlah bagi ada. Ini sebenarnya tak lain dan tak bukan adalah nak menyemarakkan semangat bola dalam komuiti kita serta menaikkan semangat pemain-pemain malaysia. Ceewah.. impian aku bukan main tinggi tapi aku cuba je lah kan....

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake