Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Monday, August 23, 2010

IMPIAN SEORANG JUARA (EPISOD 1)

Angin pada waktu petang itu, memang sangat sepoi-sepoi bahasa Inggeris. Setiap petang, aku pasti lepak di beranda rumah aku. Sambil layan-layan komik seperti Kreko memang best. Almaklumlah mana ada hiburan tahap ASTRO seperti di rumah Tok-Tok Batin di Kampung Orang Asli. Aku takdelah se'kaya' diorang. Aku tersenyum sendirian.

Angin semakin kuat. Kukilas kain pelekat aku. Manalah tahu, tiba-tiba terlucut, malu aku sekampung. Aku pegang KREKO erat-erat sambil ku belek-belek muka surat.

"Yang mana satu aku nak baca dulu ek,"

Tiba-tiba mata aku terpandang dengan perkataan WISEL. Komik yang agak terkenal dalam dunia manga Jepun mahupun anime Jepun. Manga Wisel diterbitkan oleh HIGUCHI Daisuke dan diterbitkan pada tahun 1998. Manga ini mengisahkan tentang watak utamanya iaitu Kazamatsuri yang pendek namun cekal untuk bermain bolak sepak sehingga peringkat professional.

"Layan yang ni pun best jugak ek.."

Angin yang bertiup pada petang-petang begini memang sangat mendamaikan. Daun-daun pokok pun turut sama menari mengikut gerak langkah si angin yang meniupnya. Burung-burung pun turut berlagu tanda amannya suasana di petang itu. Mataku terpaku dengan setiap bentuk lukisan dan gambar cerita Wisel. Kepakuan mataku selepas itu menjadi kelam. Sedikit demi sedikit. Dan kini betul-betul gelap. Gelap yang amat.

"Weii budak baru! Kau datang sini!" Jerkah seorang budak yang agak berbadan besar. Ketinggiannya 156 cm. Dengan berambut kerinting serta berkening tebal, memang pakej yang cukup untuk menjadi seorang yang garang.

"Ye, kenapa bang?" lembut budak itu bertanya. Mukanya jelas menggambarkan perangainya yang baik. Namun kerana kependekannya dia senang dibuli dan tindas oleh golongan yang agak besar. 140 cm kadang-kadang merisaukannya. Dia sudah pun memasuki tingkatan satu di Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, yang terletak di Kuala Berang.

"Kau berasal dari mana?" tanya Aboi, geng samseng sekolah tersebut.
"Dari Kg Langgar," Budak yang masih baru itu menggarukan kepalanya.
"Hahahaha, orang hulu rupanya..."
"Hahahahahahahahahahha...." ketawa bukan main semua kawan-kawan si Aboi tadi.
"Kau nama apa?"
"Sa.. Sabar.. Sabarudin Kassim"
"Nama apa?"
"Sabarauddin..." dengan kuat sedikit budak itu memberitahu namanya.
"Ni kira Budin la ni! Budin bodoh! Hahahahahahah.. nama kampung woi!" Jerit seorang kawan Aboi.

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake