Aku terlupa pasal novel yang aku berangan nak karang tu.. Aduhai, macam ni ghopanya nak menulis. Memang payoh bebenor idea nak tercampok keluor daripada kepale otak ini. Kadang-kadang mari jugok idea dalam kepala ni nak stat menulis semua artikal dalam bahasa Ganu yang semua boleh pahang, bukang aku sorang jer yang syok sendirik maksudnya. Tapi aku sengaja gagalkan diri sendiri dan sabotaj secara sukarela idea aku tu memandangkan aku ni seorang rakyat yang berfikiran terbuka; 1 Malaysia lah katakan... Cuma aku tak pandai bahasa India dan Cina jerk...
Tapi aku tahu sikit-sikit bahasa yang agak asing dalam hidup kita iaitu, Bahasa Temiyar (salah satu bahasa daripada kaum Orang Asli Temiyar) dan juga bahasa Suluk/Sulu. Ini aku belajar daripada puak Suluk yang berada di Pulau Mabul...
Sebagai contoh bahasa Temiyar:
Apa khabar? (Ilok Gah?)
Khabar Baik. (Gah Mej)
Bahasa Suluk lak:
Apa khabar? (Ma unuh unuh?)
Khabar baik (Merayau, ok.) Bukan merayau-rayau ke pasar tau!
dan ada beberapa lagi yang aku au tapi malas nak tulis di sini.
Alhamdulillah, tadi aku menerjah ke dunia Internet lagi. Ingin mencari template untuk Blog Comrade. Bukan main susah lagi mencari. Btemplates dah basi dah, tetap takder yang berjaya memujuk gelojak nafsuku. Akhirnya setelah puas menggodam, akhirnya aku dah dapat satu. Dan kini sudah gah bersalin baju raya yang baru. Sensasi gitu. Bukan apa, aku 'rimas' dengan blog MISI. Mengancam sangat. Hahahahaha...
Bab mendesign juga sudah abis. Sambil-sambil aku mendesign ni tadi, sempatlah jugak melawan bola secara online atau bahasa budak ICT, main guna wayar LAN. main game bola. Itu jer game yang aku minat. Dengan siapa? Siapa lagi kalu bukan si Izzudin, my sleeping beauty! Opps silap, marah awek dia nanti. My sleeping partner da. Habis aku bantai dia, game yang akhir sekali aku bantai 10-0. Man Utd 10 vs Valencia 0. Hehehe...
Mcam nilah gaya aku membantai si izuddin |
Ni mungkin penghabisannya untuk malam ni.
Tidak kiralah siapa pun anda, walau di mana anda berada, sambutlah raya dengan seada-adanya. Jangan ghairah sangat sampai bagai nak rak. Nanti mudah tertimpa benda-benda yang tak elok tau! Jangan membazir wang beli macam-macam. Membazir wang bagi duit raya kat aku ni lagi bagus! Boleh aku menabung. Tup..tup.. dapat jugak aku pergi Turki. Hehehehehe....
1 orang jawab:
at: September 7, 2010 at 7:52 AM said...
"Bukan apa, aku 'rimas' dengan blog MISI. Mengancam sangat. Hahahahaha..."
haha..ade plak..;pp
Post a Comment