Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Wednesday, September 8, 2010

Balik!

InsyaAllah, sebaik sahaja aku smayang asor, aku akan gerok ke Hentian Putra, tempat yang doh lame aku dok jenguk. Last jenguk pun waktu aku beli tiket, tu pun akhir bulan lepas. Kena ah beli awal, kalu dok, muke sememeh ah kau sebab takdok tiket nok balik. Alhamdulillah, ade dan ianya bertarikh hari ini 8 Sept 2010. Naik bas pulok pukul 9 malam. Jadi, dok dapat tidok aku kene gi lepas asor ah.


Kampung Langgar. Lame doh aku dok balik. Mok, ayoh, apa khabor? Sebelum ni aku dapat cakap melalui tepon jer. Tapi kali ini aku nok bersua muka pulok. Nok salam mintak maaf segala, biasa lah hari raya, tapi mujur dia wat adat mintak maaf hari raya ni, ada lah jugok masa mintak maaf bagi yang dok kenal maaf langsung ni. Tapi Islam dok ah ajor mintak maaf 'time' raye jer, dia ajar mintak maaf setiap mase. Baru bahagia. 



Guanelah agoknya kampung aku ni. Kuala Berang semakin membangun ke? Kalau korang nok tahu last aku balik adalah mase aku berjalan ngan kawan-kawan ke rumah saing kat bandor KT. Alang-alang, aku singgoh lah sebentar kat rumah. Dan lah tido semalam. Tapi sekejap je lah, tapi tu pun aku rase bulan 6 yang lalu. Hai, hidup jauh ngan mok ayoh ni ada pekdoh dan tok pekdoh nye. Yang pekdoh melahirkan rase rindu yang membuak-buak, manakala yang tok pekdohnya aku rase buleh melupakan kita kepada sanak saudara.

Jadi yang balik pada malam raya atau lepas raya, berhati-hatilah di jalan raya. Kalu yang naik kete tu, ingatlah orang ynag mu sayang, diri mu aku tok kisah, anak bini mu segala, jagalah keselamatan keluarga ye. Ingat hidup ni ibadah. Jadi berusahalah ke arah yang ma'ruf. Haa, bagi yang naik bas tu, ingat sebelum bertolak, cek tiket masing-masing, ni ada yang tok sedar, tarikh kat tiket dia doh terlepas, mulalah nagis dok berlagu. Nyanyi lagu raya sambil nangis. Hahaha, ingat ye kawan-kawan, sayangkan bas jangan tinggal-tinggalkan....

Ok, sebelum ni aku hadiahkan lagu rayer kan? Ha ni lagis atu lagu raya untuk semua! Layanlah kome!!!!


Lirik Lagu Kisah Seorang Bujang - Ahmad Busu Ft Sabri Yunus

Dari sebuah kota
berbekalkan beg tua
menuju pudu raya
hendak pulang ke desa
hendak pulang beraya
beraya dengan keluarga

Sayang tiket dah habis
satu bas pun tak ada
tambang teksi berganda
ini pasal hari raya
orang nak menipu saja
orang nak cekik darah saja

Meskipun kau tersenyum
namun orang pun tahu
apa isi beg mu itu
dah tentu baju baru
seluar kasut pun baru
songkok stoking pun baru
pendek kata semua baru
tak ada yang tak baru

Meskipun kau tersenyum
namun orang pun tahu
apa rasa hati mu ditinggalkan bas express
kau ke hulu ke hilir
mencari teksi haram atau pun bas haram
tak ada yang tak haram

Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2009/08/lirik-lagu-kisah-seorang-bujang-ahmad.html#ixzz0yu1LmMpR

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake