Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Monday, September 13, 2010

Sudah tidak diingati?

Kira-kira dalam pukul 11 pagi kut, Dudu, Fendi, dan juga Sepullah datang menjengah ke teratak usang aku, Rancangan hari ini ingin berjalan di sekitar jalan KB- Tanggol sebab rumah-rumah member alek tajin dan sekitarnya sudah abes dilawati. Makanya perancangn dimulakan dengan berjumpa firdaus 'butut', anak bekas cikgu matematik aku yang paling aku segani.

...

9 tahun yang lalu.

"Zali, bakpe mu asyik D sahaja subjek (matematik) cikgu ni?" tanya cikgu Kasidah.
"Dok tau ah cikgu.." dengan wajah yang sugul aku persembahkan kat cikgu aku.
"Mu pahang dok sebenornya ni?" tanya lagi cikgu Kasidah.
"Ada hok pahang ada jugok yang dok pahang," dengan penuh kasihan serta ditambah dengan wajah yang 'innocent' aku menghadap wajah cikguku.

Memang setiap kali aku ada exam, pasti matematik akan menjadi musuh utama aku. Tak tahu lah kenapa. Seolah nombor-nombor tu menari hip hop kat depan mata aku.

"Macam nilah. Balik rumah nanti, banyokkan wat latihan. Matematik ni tak perlu baca, tapi banyokkan wat latihan. Periksa nok dekat doh. Tolong deh." Nasihat cikgu aku dengan bersungguh-sungguh.

"Terima kasih cikgu," memang 'terima kasih' ini bukan untuk hari tu sahaja, tetapi juga untuk hari ini serta hari esok.

Dialah yang meniupkan semangat aku nok belajor. Memang sangat 'best' cikgu yang macam 'mok' aku doh ni.

...

Hari ini.

Sebaik sahaja aku makan-makan raya di rumahnya, aku terus meluncur ke rumah izuan, kawan ex-Mahmudiah juga dulu. Memang teruja ah jumpa kawan-kawan lama ni. Kawan-kawan banyak yang tak sangka akan berjumpa dengan aku yang banyak ketara berubah, terutamanya perubahan fizikal aku ni.

"Assalamualaikum.."

Tiba-tiba ada yang memberi salam secara tiba-tiba. Sekelompok budak perempuan datang dan rata-ratanya aku memang tidak kenal langsung kecuali seorang itu. Sudah lama tak lihat budak ni, getus hati aku. Tapi aku juga yang lupa seakan-akan tidak pernah bertemu dengannya.

"Pendi, ni sape yer?"
"Ni lah Cik Siti... Baru kita sembang tadi, panjang umur dia," balas Pendi, kawan aku budok Telaga.
"Ya Allah, lama dok jumpe dengan dia ni..."

"Ni mu kenal dok sape ni?" tiba-tiba Pendi pula mengacukan soalan ini kepada Cik Siti sambil tangannya menunjukkan kepada aku. Segan aku dibuatnya. Entah dia masih kenal atau tidak.

"Sape ye? Tak kenal lah. Sorri..' dengan 'slumber'nya dia memberi jawapan sebegitu rupa.

...

10 tahun lalu.

Masa ni aku sedang membalut meja sekolah aku di kelas. Meja aku yang di hadapan sekali masa tu. Waktu rehat pulak tu. Aku ni, kadang-kadang tu adalah jugak aku pergi makan di kantin sekolah, tapi kalau aku malas, taknya aku pergi sana kan. Sedang aku khusyuk membalut meja aku tu...

"Zali, nah ambik lah agar-agar saya bawak ni, kawan-kawan lain pun dah rasa dah," tiba-tiba seorang budak perempuan menghulurkan aku sebijik tapauwer berisikan agar-agar.
"Boleh ke?" Aku pulak yang malu dibuatnya.

Maklumlah aku ni tak baik sangat dengan budak-budak perempuan di Mahmudiah dulu. Cuma seorang dua, iaitu budak kelas aku jelah. Tapi budak perempuan tadi adalah yang pertama 'approach' aku tu. Bukan mengurat tau, tapi berkawan. Yelah, aku ulang, aku ni bukan berkawan dengan perempuan sejak masuk sekolah menengah. Ada, tapi kurang ngam lah.

"Terima kasih ye Cik Siti," dengan senyuman yang malu-malu aku mengambil agar-agar yang diberi. Walaupun dalam terketar-ketar, maklumlah budak perempuan yang bagi. Malu gile ah aku.

...

Hari ini.

"Pendi Cik Siti doh tak kenal doh aku," adu aku kepada Pendi.
"Tulah, mu dok tengok langsung perubahan badan mu. Kalu nok makan tu, jagalah sikit. Ni, tengok badan saperlah yang kenal. Aku pun mujur cam muka mu sikit-sikit, nak kenal badan, memang aku dok kenal doh," bebel pendi kepada aku.

Perjalanan hari ini, aku akhiri dengan noktah.Tet.

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake