Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Tuesday, September 14, 2010

Mabul Memang Indah Zahirnya... Batinnya.....?? Episod 1

Sebelum aku menulis travelog ini, aku ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada kawan aku, iaitu saudara Mohd Shazni Abdullah, yang terpilih untuk menyertai Misi Kemanusiaan ke Karachi, Pakistan. Ku cuma mampu berada di depan kaca TV rumah aku yang bintik-bintik, standard ah takde ASTRO, areal asyik kena adjust jek! Bosan aku! Good Luck my Fren! Pasti ada cabaran dan dugaan punyer! So jangan risau dan gabra, anda sememangnya dikelilingi orang yang hebat... Lagipun baru thrill ada dugaan, tanda Allah sayangkan perjuangan kita kan? To all my fellow frens all around the world, doing volenteer or watsoever, just chill out k?

--------------------------------------salam ramadhan daripada tanah melayu!

Penerbangan yang dijadualkan pukul 6.30 petang berjalan seperti biasa. AirAsia masih lagi membawa aku namun ke tempat yang berlainan pula. Sengaja aku tidak masuk ke pejabat pada waktu pagi itu lantaran persiapan aku untuk ke Pulau Mabul masih belum siap. Namun begitu, aku tetap ke pejabat dulu untuk mengambil perkakas multimedia bagi tujuan merakam setiap babak kami di kepulauan nanti.

Alhamdulillah, tidak sampai 3 bulan aku berupaya untuk menaiki kapal terbang lagi. Di dalam bulan Ramadhan pulak tu. Di dalam bas UIA menuju ke LCCT, masih terngiang-ngiang ucapan Madam Nelli sebelum keberangkatan kami ke 'airport'.

"Di sana masih ada saudara-saudara kita yang lemah akidahnya. Mereka perlukan didikan kita, lebih-lebih lagi anak-anak mereka sangat perlukan pendidikan. Mereka tidak dapat segala kemudahan itu lantaran identiti mereka yang masih belum berwarnegarakan Malaysia," begitulah kata-kata beliau yang membuatkan aku betul-betul nak tahu apakah yang terkandung di sebalik segala kecantikan pulau tersebut?

'Naik kapal terbang lagi aku,' cetus hatiku. Mengikut perkiraan matemati aku yang tak seberapa ni, sebanyak 4 kali lah aku naik kapal terbang, campur pergi balik lah.

Berpuasa aku di atas kapal terbang biasa jer. Tapi yang bestnya aku nak bercerita adalah saat menunggu berbuka. Maklumlah, pertama kali aku berbuka di atas kapal terbang. 3 jam untuk ke Tawau bermakna aku memang sangat sempat untuk berbuka di atas kapal. Mula-mulanya aku ragu-ragu kalau kat atas ni pukul berpa ye, aku nak makan. Namun, mujurlah announcer ada. Dia bagitahu, "Kepada penumpang-penumpang yang beragama Islam, sekarang sudah masuk waktu untuk berbuka puasa. Selamat berbuka diucapkan daripada AirAsia."

Hehe, tapi aku nak makan apa?

"Adik, ambillah kurma ni," belum sempat aku membuka roti aku yang aku beli semasa di darat tadi, tiba-tiba akak yang duduk di sebelah aku menghulurkan kurma.
"Alhamdulillah, rezeki ramadhan untuk aku.." hati aku berbisik.

Yang lagi best tu...

"Adik pilih jer, makanan apa yang ada, saya belanja," adik kepada kakak tu pulak yang bersuara. Oh, aku duduk di sebelah adik beradik rupa-rupanya.
"Ye ke bang, okey jer. Takpe, saya ambil nasi lemak jer,"balas aku setelah aku belek katalog AirAsia.

Tapi yang tak bestnya...

"Sis, ada lagi ke nasi lemak?" tanya aku pada pramugari yang 'boleh tahan' di sampin ku.
"Maaf, tinggal satu je.." sambil menunjukkan satu bungkus.
"Kenapa tak bawak banyak-banyak?"
Pramugari cuma mampu tersenyum bila terdengar soalan aku tu.
"Tak pelah, ada pape yang masih boleh dimakan ke?" Ikutkan hati aku nak, tapi memandangkan permintaan aku dan kakak di sebelah aku adalah sama, takan lah abang tu belanja aku makan nasik, tapi kakaknya tak dapat makan apa-apa...

"Sandwic ada... nak?"
"Boleh lah," aku menjawab dengan nada kecewa.
"Saya pun nak satulah," kakak di sebelah aku pula bersuara.

Jadi, aku berbuka di atas kapal dengan sandwic cop AirAsia. Boleh lah tahan. Alhamdulillah.

Sebaik sampai di lapangan terbang Tawau, aku dan kawan-kawan diambil pula oleh ayah Jijah, salah sorang daripada peserta program ini. Di sana kami dijamukan dengan makanan yang cukup lazat. Alhamdulillah, tak sia-sia aku bertahan lapar tadi (sandwic mana cukup beb!), tapi aku bersyukur sebab masih ada yang tak dapat makan, camne paliq di Karachi? Cukupkah makan saudara kita di sana?

Tidurlah semalam aku di sana. Sahur pula khas disediakan oleh mak Jijah. Memang terbaik makcik. Kalau Jijah pun pandai masak macam ni, hmmmmm ehem-ehem.. hahahaha gurau sajalah! Anyway, kami sekali lagi dihantar kembali ke Tawau kerana transit ke Semporna menunggu di sana.

Barang-barang semua sudah dimasukkan ke dalam bas mini (kalau di semenanjung di panggil van je,  tak taulah kenapa dipanggil bas kat sana).

Bas tu pun menyusuri jalan untuk pergi ke Semporna. Di sana pula kami akan menaiki bot atau dikenali sebagai jongkong, bukan bot laju tau. Kalau bot laju, memang staillah, tapi memang takde rezeki aku nak naik bot laju. Wala bagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana still lagi dapat naik bot, lagi pelan lagilah lama aku di atas laut. Dari jauh, kelibat banyak pulau yang berada di perairan Sabah-Filipina.

"Kita dah nak sampai dah," begitulah Pakcik Mubin atau Panglima Mubin bersuara.

Semakin tak sabar aku dibuatnya. Orang kata kat sini lawa, mana lawa nya? Cepat! Buktikan pada aku!

Subhanallah, cantiknya laut di sini. Sangat jernih. Star fish rilek jer berada di dalam air, dan aku berjaya melihatnya dengan jelas. Begitu juga spesis ikan-ikan laut yang begitu cantik sekali. Walaupun tengah hari, panas, namun angin bayunya cukup mendamaikan, di samping pemandangan yang cukup mempesonakan.

"Ini baru zahir...." tiba-tiba aku bersuara...
"Apa dia bang jali?" Acap mendengar ngomelan aku.
"Eh, takde pape lah."

Bagaimana di dalamnya ye.....

Bersambung.....

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake