Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Monday, September 20, 2010

Membara Baraan Aku!

Tidak ada kata melainkan ucapan syukur kepada Allah S.W.T, kerana Dia telah memilih aku untuk bersama-sama mengembara ke Johor melalui program JOm Baraan @ Johor, anjuran GPTD. Bukan mudah rupanya untuk BARAAN, memang seluruh jiwa dan raga penuh dengan MEMBARA!

Aku yang sedang membara... Tapi mana baju melayu?

Sebelum tu, apa itu Baraan? Cuba kita google sikit, mana tau ada kat internet!

Melalui blog Adifashla: Baraan adalah: mengunjungi rumah di dalam kampung yang kita duduki. 

Majlis Baraan ini adalah aktiviti kujungan ahli-ahli kejiranan (Lelaki & Kanak-kanak) kerumah ahli yang sudi menerima kunjungan kami. Selain dari berselawat keatas 'Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W', kesempatan ini juga akan dihiasi dengan majlis berkenalan dengan 'Tuan Rumah' and maaf bermaafan semperna bulan Syawal / Hari Raya.

Ini pula definisi oleh irwanmiswan (Blog Aku Budak Kampung): kalau orang jawe akan panggil BARAAN.....kadang2 diorang cakap marhaban...adesss...ape2 pon yang penting semuanye membawa maksud dan niat yang same iaitu kunjung mengunjung rumah ke rumah pada hari raya. pade mereka yang tak tahu, mase2 mule je masuk rumah jiran tetangga kita, kita same2 marhaban....abes je marhaban, bace doa untuk kesejahteraan tuan rumah. lepas bace doa???ape lagi...jempot2 le makan huhuhuhu

Aku sedang memberitahu apa makna BARAAN
kepada orang JOHOR. Ade ke? Taklah!!!
Macam-macam ye takrif Baraan ni. Aku pula mendefinisikan nya sebagai satu majlis kunjung berkunjung yang penuh dengan prestijnya tersendiri. Bersalawat sebagai penyeri ditambah lagi dengan marhaban serta berzanji. Pasti akan mengeratkan lagi hubungan saudara sesama Muslim. Pastinya.

Okeylah. Pada hari sabtu yang lalu, aku bersama-sama dengan Grup Penjejak Tamadun Dunia menjejaki rumah-rumah sahabat di Johor iaitu Batu Pahat dan juga Muar. Sebanyak 4 buah rumah terpilih, dan 4 jenis makanan dihidangkan.

Memang best rupa-rupanya ber'baraan' ni. Satu meriah. Satu kenyang. Satu lagi FREE. Sape la yang tak nak makan sedap-sedap kan?
Timb. Pres. GPTD sedang memberi ucapan balas. Aku? Tido dengan khusyuknya (berbaju melayu kuning)
Rumah yang terpilih itu adalah rumah seorang rakan GPTD yang aku tak kenal, kemudian rumah Muhyiddin, dan kemudian rumah Adil mufti, dan akhirnya ke rumah Hakim. Namun untuk penutupan kami berbaraan pula ke Melaka, iaitu dirumah abang Presiden GPTD, iaitu abang Suhail.

Dah melaung, melantaklah pulak kan?

Macam-macam ragam kami di sana. Aku pula kesakitan yang amat kerana menanggung beban makanan yang tersendak di dalam usus aku. Fulamak! Macam nak beranak rasanya, Kalu ada kubur, dah komfirm aku dilabelkan sebagai beranak dalam kubur!

Di rumah yang pertama. Aku? Sedang memgang Kek besday sape ntah?

Rumah pertama menghidangkan nasi briyani! Aku dah makan sambil menambah-nambah. Kira-kiranya adalah 20% perut aku dah digunakan. Siap dengan kek hari lahir lagi tu walaupun aku tak tahu siapa yang lahir pada hari tu!

Rumah kedua di rumah Adil sekeluarga.
Rumah kedua pula menghidangkan Soto. Ada nasi himpit dan ada kuah supnya. Beserta dengan ayam hancur disiat-siat, teringat pulak kes Arwah Sosilawati. Al-Fatihah. Sebanyak 15 % lagi perut aku digunakan.

Makan di rumah Muhyidin. Best!
Dah makan, bergambar kenangan lah pulak!


Rumah ketiga pula menghidangkan mee kari. Mak aihh siap dengan pisang goreng dan kicap yang menjadi perisa kepada pisang goreng. Dan juga ketulan-ketulan ayam goreng yang menggiurkan! 15% lagi perut aku diisi pada waktu ini. Sekarang ini dah 45% perut aku terisi, alamak masih ada satu rumah lagi!

Aku di rumah Hakim, berselawat
dengan penuh semangat!
Bergambar dalam keadaan senak perut beb! Seksa!

Rumah keempat pula membuat mee bandung dan nasi lemak! Aduh, cuma 5 % jer lagi. kalu tak sakitlah perut aku. Aku cuba juga untuk masuk dan muatkan mana-mana lagi ruang perut aku yang kosong ni. Dan, nah! Bukan 5%, tapi aku melebihi had muatan, iaitu 8%!



Terhuyung hayang aku di halaman rumah Hakim. Nak wat lawak takde mood. Nak ketawa terbahak-bahak kerana Si Shazni buat lawak, tak dapat juga. Kalau tak terkeluar tanpa disuruh isi-isi dalam perut ini. Aduh.. seksanya.

"Jali, baik ko jalan-jalan dari mu duduk terperak gini, nanti lega ah perut tu!" Ferhad menegur aku.

"itulah, kan Nabi ada cakap berhentis ebelum kenyang!" Nasihat si Ferhad lagi.

"Aduh, yelah.. yelah..." Aku pasrah dan mengakuinya.   
Berselawat pula di Melaka, negeri Bersejarah!
 Untuk yang terakhirnya, aku dan kawan-kawan dalam perjalanan  pulang ke Kuala Lumpur, singgah pula di rumah Presiden, Err bukan rumahnya, tapi rumah abangnya kalau aku tak silap. Kalau silap sorri... Rumah beliau pulak di Melaka seperti mana yang terjadi.

Adil: Mak aih biar betul budak ni! Semangat gile!
Aku: Aku tak kira, nak berselawat jugak!
Sollallahu 'ala Muhammad!
Sollallohu 'alaihi wasallam!!

Dah kenyang, bergambar kenangan pula
sebelum bertolak pulang! Sengaja berdiri
kat belakang agar korang tak lihat perut aku!
Gambar di atas membuktikan betapa semangatnya aku berselawat. Adil pun terpaku dibuatnya. Maklumlah selawat yang terakhir di perhentian yang akhir. Kenalah bagi yang 'kaw' punyer. Lagipun bagi merehat dan meringankan sikit perut ni. Mana lah tau, ada lagi ruang yang tercipta untuk aku makan meehun goreng di rumah ini!

Maka akhirnya, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri selama SEBULAN untuk korang yang GILER beraya! Aksi terakhir sebelum TAMAT artikel KHAS ni! Ya Ammpunnnn!!!
Mengantuk + Letih + Auwwww

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake