Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Thursday, October 7, 2010

6 tahun adalah SEKEJAP... heh

Bayangkan jer cerita aku ni....

3 Oktober 2010.7.30 a.m.

"Hello, assalamualaikum, makcik, dah bertolak ke?"
"Belum lagi Ya, mok ayoh tengah makan pagi ni ha..."
"Ooo.. takpe-takpe, makanlah dulu.. Kat sini pun belum masuk lagi. Tapi dijangka pukul 8, semua kena masuk dewan lah.."
"Ok..."

3 Oktober 2010.7.50 a.m.

"Hello, Du (Dudu), mane?"
"Aku makan pagi ngan keluarga kat HS ni, tapi dah nak gerak dah ke CAC,"
"Oooh.. Ok."

3 Oktober 2010. 8.15 a.m.

"Weh, Jaem (Zaem)! Lamo benar tok napok demo..."
"Aku tertinggal 'topi' (mortar) kat rumoh, gane yer.."
"Mintak tolong Dudu."

3 Oktober 2010. 8.20 a.m.

"Adik tak boleh bawa beg plastik ni..."
"Ha? Takpe, nanti saya letak ah mana-mana bila lalu kawasan seminar nanti."
"Eii, ni bayar ni dik. Ke dapat free beg ni?"
"Err.. memang bayar pun.."
"Bagi jelah kat family.."
"Betul jugak."


3 Oktober 2010. 8.25 a.m.
"Hello, Pak Usu, dah sampai ke?"
"Dah, Pak Usu ngan mak ayah sekali dekat dengan kedai bunga-bunga ni.."
"Ok, tunggu jap.."

3 Oktober 2010. 8.27 a.m.
"Pak Usu tolong pegang beg ni jap ye."
"Masuk kat Entrance dua kan Ya (aku lah ni)?"
"Ha'a... Jom pergi sana.."
"Mak ayah masuk dulu ikut sini, Chik (aku jugak) masuk ikut sana.."

3 Oktober 2010. 8.35 a.m.
"Waahh... kita dah nak masuk liq.."
"Berdebar pun ada.."

3 Oktober 2010. 8.50 a.m.
"Ehh, ada orang nak ambil gambar kita Deng.."
"Ha, standby! Standby, kita 3 orang."
"Senyum..."
"KLIK!"


3 Oktober 2010. 9.15 a.m.
"Kita kena letak multimedia kad kita jap gi Deng, kalu tak kuor bunyik siap ah.."
"Tak glemer ah kita.."


****
2004.

"Kat sini ke, tempat daftar pelajar?"
"Ha'a, sila duduk.."

Aku kerling di sebelah. Dudu pun sedang mendaftar kemasukan ke Matrikulasi UIA. Aku senyum. Dup. Dup. Dup.

2005.

"Ya, Pok Adi turunkan kat sini lah ye. Bolehkan daftar sorang?"
"Ok, Pok Adi, terima kasih banyok. Boleh jer, takde masalah."

Aku berdiri dengan baldi, beg besar aku, serta peralatan untuk asrama berhadapan C.A.C. Masuk gombak juga ye aku ni. Alhamdulillah. Aku tersenyum. Dup.Dup.Dup.

2010.

"RAZALI BIN SUDIN @ ALIAS"

Mata kubuka. Kabur pandangan ku. Bayang-bayang Datuk Seri di hadapan ku kini jelas. Senyumannya juga jelas menyambut kedatangan aku. Langkah aku perlahan. Kusedar kini aku berada 6 tahun kehadapan setelah kali pertama aku mendaftarkan diri di matrik UIA. Tanganku beliau sambut dengan kemas. Aku menarik nafas lega. Ku pegang skrol 'sementara'.

"Tahniah..."
"Terima kasih Datuk.."

Dia tersenyum. Aku turut tersenyum. Puas.

KLIK! KLIK! KLIK!

Beberapa gambar telah dipukul oleh deretan jurugambar profesional di bawah pentas CAC. Aku berjalan juga dengan senyuman agar gambar aku cantik dan 'cool'.

UIA, aku sayang kamu kerana memberi aku banyak pengajaran serta tauladan dalam hidup ini. Terima kasih kepada semua rakan-rakan, guru-guru, dan pensyarah-pensyarah yang terlibat sepanjang aku di UIA. Korang memang best, cuma aku jer yang tak berapa best untuk korang. Jadik maafkanlah aku yang lemah dan masih tak matang-matang ni ek....

UIA.. See You...

(Sedang meneliti jawatan-jawatan kosong yang ada di Majlis Perbandaran Sepang. InsyaAllah, aku dan Dudu akan memohon. Mana tahu ada rezeki. InsyaAllah, doakan kami ye...)

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake