Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Thursday, October 14, 2010

Mendambakan Keadilan...

Kalau mengikut kata hati, mengikut hawa nafsu pasti diri sendiri akan memberitahu "OWH DUNIA INI MEMANG TIDAK ADIL!" Salahkan 'DUNIA' okeylah lagi, tapi kalau berkata "YA ALLAH, KENAPA ENGKAU TIDAK ADIL??" Ha, part nilah yang tak betul dan memang bahaya.

Baiklah, orang asyik memandang dunianya sendiri. Dia tidak mahu membuka kotak hidupnya untuk melihat keadaan dunia lain. Makanya, dia pasti beranggapan dunianya tidak se'best' dunia kawannya, dan seterusnya menyalahkan takdir. Bagi aku, otak yang Allah kurniakan ini adalah untuk kita berfikir. Kalau kita semua berani untuk duduk sejenak sebelum kita meluahkan segala apa yang membelenggu hati, pasti kita tidak akan meluahkan benda-benda yang tidak patut. 

Jadi, beranilah untuk menyingkap dunia lain. Bukannya pergi jumpa bomoh, bukak hijab mata semata-mata nak lihat kaum kerabat jin dan iblis, tapi aku maksudkan kita buka hijab dunia kita untuk melihat dunia orang lain yang lebih susah daripda kita. Mereka merintih kerana keadaan mereka yang fitrah untuk mereka rintihkan walaupun Islam tidak mengajar begitu, tapi kita merintihkan perkara-perkara yang terlampau mudah dan kecil. Alangkah ruginya kita...

Keadilan. Permainan perasaan juga menuntut kepada keadilan. Susahkan untuk berlaku adil kepada semua kehidupan. Kita sudah melakukan yang terbaik tapi tetap ada cacat celanya, ini adalah kerana kita bukan semaksum nabi, tapi kita adalah manusia biasa di mana kesilapan itu membawa pahala bagi mereka yang ingin memperbetulkannya.

Samalah dengan aku. Kadang-kadang aku yang tidak adil, tapi kadang-kadang orang lain yang tak adil. Biarlah, masing-masing ada hidupnya sendiri so, kita buatlah yang terbaik, tapi kalau silap, kita boleh maaf memaafkan sesama kita... Inilah jalan terbaik untuk kita. Tet.

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake