Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Thursday, October 14, 2010

Suatu Masa, Ketika Itu

"Video yang mu buat dapat pujian ramai. Department IT aku nok simpan untuk tujuan rujukan."
"Alhamdulillah, sir, aku ingat rosak kat mana-mana. Nak mesej doh mu tanya, tapi takdok kredit pulok. Kalau semua ok, alhamdulillah. Kredit untuk gengmu ah yang membawa pembaharuan, jiwa muda dalam company, hehehe..."

Begitulah lagaknya perbualan aku dengan sahabat aku, Mohd Nasir Haron yang kini berjawat di salah sebuah syarikat perbankan. Suatu masa tu, dia datang bilik aku, ingin minta tolong katanya. Aku tanyalah, tolong apa? Dia kata minta tolong buatkan video. Dan video yang dimaksudkan adalah membuat video untuk Surah Al-Mukminun daripada ayat 1 hinggalah ayat 16. Makanya aku pulunlah buat video tersebut. Dan alhamdulillah, akhirnya selepas direvise serta diedit-editkan, maka ianya berjaya juga ditayangkan di majlis kawan aku tu.



Dah seminggu aku takde duit. Maklumlah sudah 2 bulan aku kerja tanpa gaji. Bukan salah bos aku atau kerja aku pulak, sebab aku yang lambat hantar claim gaji. kekekekekh padan muka aku! takdelah kan, aku hantar claim gaji 2 bulan yang lalu pada 10 haribulan, means memang ketaralah kelewatan aku tu. Tapi the next moth after that, aku dah hantar awal lagi iaitu pada 3 haribulan kerana menyangkakan claim akan dihantar ke Finance pada 7 haribulan setiap bulan, tapi dah memang takde rezeki aku, rupa-rupanya pada hari tu adalah hari yang terakhir untuk claim gaji. Pegawai in-charge pulak takder... alamak.. makan asap lagilah aku.

Dan untuk bulan lepas, aku sudah menghantarnya tepat pada 1 haribulan sepuluh lagi. Kalau tak dapat gaji lagi tak tahulah. Itu sharp tu aku hantar. 7 hari berlalu, tiba-tiba....

"Kak Mer, tolong suh part time censerve datang ofis, ambil balik borang claim ini, sebab sekarang dah pakai borang baru. Kena buat hari ini jugak sebab hari ni last date untuk claim."
"Jali, pergi buat sekarang, kak Zana panggil.." Terus aku diarah oleh Kak Mer.
"Baiklah..."

Memang betul-betul sukar untuk aku merasai gaji. Tapi alhamdulillah, semuanya selamat juga sampai kepada Kak Zana. Apa-apa pun aku nak bagitahu, aku sudah tidak sanggup untuk menahan hidup tanpa gaji lagi, yelah untuk keperluan harian kan.. Bukan untuk berjoli-joli pun, malas nak berhutang sebenarnya tapi kalau sudah terdesak, terpaksa juga lah.

Walaubagaimanapun, ketika mana aku di ofis ini, banyak juga lah rezeki  yang tak disangka-sangaka. Paling koman pun makan tengah hari dengan biskut jagung cicah air nescafe. Kira oklah.. Sedap jugak air buatan tanganku sendiri. Alhamdulillah. Kak Mer pun ada belanja jugak.Terma kasih Kak Mer. :)

Sama ada 15 haribulan atau 17 haribulan, aku sudah tidak sabar lagi untuk mengeluarkan dan menggunakannya bagi membayar hutang serta berada di dalam keadaan yang selesa. Bagi kawan-kawan yang lain yang sudah pun bekerja tetap, jangan putus asa dengan dugaan alam pekerjaan, bekerjalah dengan sesungguhnya, kerana suatu masa kita tidak akan tahu bila kita boleh berbakti kepada ibu bapa serta keluarga, jadi berusahalah untuk membahagiakan mereka di dunia kera Allah pasti membahagiakan kita di akhirat ketika itu.

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake