Rupanya sudah 3 kali 'bulatan keluarga' dilakukan oleh ahli-ahli Comrade, tidak kiralah orang tu baru atau lama, tua atau muda. Orang cakap kuantiti tidak penting, tetapi kualiti harus diutamakan. Betul tak Ustaz Shazni yang sudah pun menjadi panel tetap pemula dan pemeriah 'bulatan keluarga' Comrade. Alhamdulillah.
Baik. Pada malam ini kami telah membincangkan perihal Hadith yang ke 11 kerana sebelum ini kami telah membincangkan mengenai hadith yang ke-10 (ini adalah hadith-hadith di dalam hadith 40, himpunan Imam Nawawi). Maka tajuk pada malam ini pun memang bertetapanlah dengan hadith yang ke-11 iaitu 'Jangan Ragu-Ragu'.
Ragu-ragu adalah perkara yang kita ragukan sesuatu sama ada betul atau tidak, suci atau tidak, sah atau tidak (ikut pemahaman aku yang cetek nilah). Was-was adalah satu lagi perkataan yang sama waktu dengan ragu-ragu. Tidak kiralah korang nak menerangkan macam mana, tapi bagi aku ragu-ragu adalah ragu-ragu.
Seperti mana hadith Rasulullah yang bermaksud:
Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Abu Talib r.a, cucu Rasulullah S.A.W dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah S.A.W hadis:
Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.
Hadith riwayat al-Tirmizi dan an-Nasaai. Al-Tirmizi berkata ia adalah hadis hasan soheh.
Selepas kami berbincangdan penerangan juga telah diberikan oleh Ustaz Zainul, rata-ratanya semuanya bersetuju bahawa penyakit was-was adalah salah satu senjata utama syaitan untuk menyesatkan manusia. Pelbagai kisah yang diceritakan oleh Ustaz Zainul bagi membuktikan bahawa sahabat-sahabat baginda Rasulullah begitu taat menjauhkan diri daripada penyakit was-was atau syubhah.
Sebagai contoh yang aku ingat adalah bagaimana seorang sahabat yang tinggal di Makkah telah tersilap memperisterikan seorang adik-beradik susuannya tanpa dia mengetahui perkara sebenarnya. Oleh kerana ragu-ragu beliau terus berjumpa dengan Rasulullah yang berada di Madinah ketika itu untuk menyelesaikan perkara tersebut. Maka Rasulullah pun menyetakan bahawa hukum tetap hukum yakni adik-beradik susuan tidak bisa disatukan. Maka bercerailah sahabat itu dan berkahwin lain. Wallahua'alam.
Biasa kita tengok penyakit was-was ini memang benar-benar terjadi di dalam hidup kita seharian. Kadang-kadang nak solat dah terpikir balik adakah aku masih tak ada wudhu' lagi? Adakah aku dah terkentut? Apabila di dalam solat pula, adakah aku terkentut? Adakah aku sedang berada di rakaat yang kedua atau ketiga?
Kadang-kadang lagi kita juga mesti pernah melihat bagaimana orang yang berpenyakit was-was ini begitu sukar menjalani hidup diorang, sebagai contoh, tidak yakin dengan kebersihan diorang. Setiap masa mencuci, dan mandi pun boleh makan dua hari tanpa henti. Mak aih, dahsyat giler kan? Kalau dalam solat sampai berbuih-buih mulut untuk membaca niat (sebenarnya tidak perlu cukup dengan faham apa yang kirta lakukan dan yakin kerana Allah, cukup untuk memulakan solat), mengangkat takbir pun dah macam bersenam untuk meregangkan bulu ketiak. MasyaAllah, menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Maaf, bukan untuk mengutuk tapi bersimpati. Jangan bimbang setiap penyakit pasti ada penawar. Sesungguhnya ujian kalian cukup berat kerana syaitan was-was anda memang sangat hebat. Jadi kamu pun kena kuat. (Untuk aku juga sebab aku pun tak cukup kuat menangkis godaan setan ni termasuk Setan Merah).
Apa-apa pun aku cukup berterima kasih kerana dengan adanya 'bulatan keluarga' ini, aku sedikit menambah ilmu aku yang cetek ini. Teringat pula lawak Ustaz Azhar Idrus di mana beliau menegur golongan yang berpenyakit was-was ini usah datang ke masjid kerana khuatir kedatangan kita menambah dosa. "Wat nyusoh kan orang jah".
Kepada siapa-siapa yang ada penyakit was-was beristighfarlah lepada Allah, doalah banyak-banyak agar diberi kekuatan untuk melawan setanseta perosak ini. InsyaAllah, ujian datang kepada orang hebat (yang diakui oleh Allah) jadik jangan bimbang dan sedih yer~
...
Aku pun ingin menjadi kuat. Segala kerja yang datang pada asalnya membuatkan aku jemu dan meluat, namun aku ingin mengambil seberapa banyak kebaikan yang datang, maka aku tukarkan kepada perasaan yang seronok bermula pada hari esok. Ya Allah, bimbinglah aku agar aku tidak lagi sesat dan tersungkur di lembah yang penuh kehinaan. Segala point-pont di dalam artikel ini aku kreditkan kepada Ustaz Shazni dan Ustaz Zainul. TErima kasih.
...
Akhir kata, aku nak quote satu kata hikmah yang cukup mendalam daripada seorang Syeikh al-Azhar yang ditempel di halaman blog seorang lagi syeikh baru al-azhar (sahabat aku yang jauh dan tak pernah berjumpa sejak beberapa tahun yang lalu-aku rasa)
“If I asked for people to die for the sake of God, I would have them lining up at my house; but when I ask people to live for the sake of God, I can’t find anyone.”
- Shaykh Abdallah bin Bayyah
~bila kita nak berjumpa, Ustaz Fahmi?


0 orang jawab:
Post a Comment