Nun jauh sayupsayup..
Takbir bekumandang..
Aku masih seorang..
Beraya di perantauan.
Terkenang lemang dan rendang..
Di hari raya qurban...
Terkenang Mom dan Dad, Kakak dan Abang...
Cuma senyum kambing yang boleh aku ukirkan...
Kerana semuamya muncul dalam bayangan...
Seorang lagi..
Bukan pintaku...
Sesungguhnya di kampung lagi bahagia...
Mom told me that..
At tempoh hari, when we sembang through telepon...
Mom, Dad. dan GrandMama take part dalam bahagian Qurban tahun ini...
Pakat-pakat kumpul duit..
Untuk mendapatkan seekor Buroq...
Tunggangan ke Syurga pastinya....
Oh sayangnya lagi...
Aku masih bukan di kampung hari ini...
Aku pun tak mandi lagi ini...
Dan ingin aku bersuci..
Di pagi yang mulia...
Bukan senang untuk sendiri..
Perlukan pengorbanan yang sudah pasti..
Perlukan kebiasaan untuk menjadi lali..
Namun harus diingat..
Kebiasaan bukan satu halangan...
Kerinduan wajib jua ditanam...
Kasih sayang semestinya di hadapan..
Agar lali tidak menghanyutkan...
Ahhh.. tetap sayang jua!
Aku semestinya bukan di kampung hari ini.....
Dengan ucapan tulus ikhlas, aku, budak lelaki daripada Hulu TErengganu mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA. Makan jangan banyakbanyak. Sambutlah dengan kesederhanaan gitu!
Sebuah Meja Kecil
8 years ago
0 orang jawab:
Post a Comment