Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Monday, November 29, 2010

Travelog 200 : Dari sudut 2 mata aku terhadap 2 alam

Alhamdulillah, kebetulan yang bagus antara 2 alam dan artikel yang ke 200 kali ini. Bukan mudah untuk menghasilkan sesuatu yang bagus dan menepati citarasa semua pihak, tua dan muda, lelaki dan perempuan, masing-masing ada citarasa masing-masing. Lain halnya dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Rozmey ini. Kenyataan yang menggempitakan 2 alam yakni alam dunia dan alam ghaib (geng jin dan setan - yang dijanjikan REJAM atas mereka-mereka ini). Apakah kenyataan itu? Tak tahu? Alangkah ruginya bagi sesiapa yang tidak mengikut segala kenyataan demi kenyataan Dr. ini di dalam setiap keluaraan Kosmo. Bagi yang melayari Kosmo Online, memang tidak akan tahu tentang beliau dan kenyataan menarik lagi sodap beliau. (Senyum sinis).



Baiklah, semalam aku dengan perasaan bangganya sebagai salah seorang rakyat 1 malaysia (meminjam kata-kata beliau daripada kenyataannya di selitan Kosmo) terus menuju ke Wangsa Walk untuk melayan cerita 2 alam yang digembar gemburkan. Permulaan yang baik dengan sorotan audio yang kadang-kadang menginsafkan, menyeramkan dan penuh dramatik (mungkin tepat untuk beliau maksudkan dengan seram tanpa melihat atau entah apa-apa tu). Teringat kembali kata-kata seorang daripada Ahli Lembaga Penapisan Filem suatu ketika dahulu di mana wartawan meminta komen setelah LPF meluluskan filem tersebut:

"Memang filem ni OK. Menginsafkan. Itu sahaja."

OK. Ye, memang OK. Tapi tidaklah tersangat OK. Cuma OK jer. Boleh dilayan untuk siapa-siapa yang mahukan kesedaran di tahap maksimum. Dan memang sesuai untuk insan-insan yang masih berdegil dengan kemewahan dan bermegah-megah dengan apa yang ada. 2 alam memang sesuai juga untuk spesis 2 alam umpama Amy dan Adam. Orang yang sama, perwatakan berbeza.

Gambaran hukuman Allah yang dipertontonkan agak jelas. Sama seperti ketika otak membayangkan apa yang dibaca di majalah Mastika, serta di drama-drama Indonesia seperti Anak Derhaka Menjadi Batu dan sebagainya. Jikalau anda seorang yang anti drama Indonesia, maka anda boleh melayari cerita ini dengan perasaan "owh ada ye cerita macam ni!" "Best jugak cerita macam ini. Insaf aku".

Ceritanya janganlah dibandingkan dengan Harry Potter kerana mesej nya sahaja pun berbeza, malahan Harry Potter sudah menempa nama bermula daripada penerbitan novel lagi, manakala naskhah Dr Rozmey pula cuma naskhah 'hebat' di luar sahaja, namun tidak segah di dalam panggung. Bukan luahan berbaur dengki sesama Melayu, tidak, bukan juga untuk mengecam karya Melayu, namun di sini kita sudah belajar sesuatu, hendak-hendak bagi yang berkuasa dan berwang jutaan, usahlah menabur cerita sesedap mendengar daripada merasa. Berwaspadalah daripada menjadi syirik dengan keagungan nama serta pangkat. Usah mendabik dada mencari publisiti, bertatihlah seperti mana kamu bermula dalam bidang perniagaan. Ingatlah itu semua pemberian Tuhan, dan 'pinjaman' Allah ini bila-bila sahaja akan ditarik.

Tentang Cerita Itu.


Amy (seorang perempuan) dan Adam (seorang lelaki) adalah berjasad yang sama. Adam lebih dulu menempah jasad itu sebelum Amy mengambil alih  sejak dia ke luar negara untuk menyambungkan pengajian. Berbeza pula dengan kawannya iaitu (aku lupa namanya) yang menyambung pengajian ke Mesir, hasilnya menjadi imam muda di kampung serta menjadi imam kepada jenazah amy @ adam. Perjalanan Amy @ Adam ke alam Kubur di selang selikan dengan latar belakang hidupnya yang penuh dengan noda. Sejak bergelar 'wanita' serta artis di Malaysia, Amy sudah membuang agamanya jauhj-auh daripada kehidupannya. Namun dia lupa, setiap kehidupan menuntutkan jawapan. Dan Amy terpaksa menjawabnya dengan kesukaran yang amat, maka kesukaran tersebut divisualkan dalam bentuk kesengsaraan Amy di dalam persiapannya jasadnya untuk ke kubur. 

Keputusan di Tangan Anda.

Bagi aku, cerita ini seakan-akan cerita Tanah Kubur lakonan mantap arwah M.Rajoli di Astro. Jalan cerita yang sama, namun kisah kehidupan yang dipaparkan sahaja yang berbeza.


0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake