20 Nov 2010
"Kepada semua yang ada kat sini, petang ini akan ada briefing kat sini. Pukul 3 petang tau. Harap semua ada," jelas aku kepada semua yang ada di pejabat pada pagi tu.
"Masterplan dah ada dah, kau nak aku bagi kepada semua ke macamna?" tanya Safwan kepada aku.
"Boleh juga, sat gi aku bagi duit kat ko, ko nak berapa?"
"Bagi jelah berapa pun.. Tapi untuk fotostat jer, takde banyak benor aku nak guna,"
"Orait."
Alhamdulillah, semuanya begitu rajin pada pandangan aku. Yelah, semua yang aku pilih dengan Abang Zain, tanpa interview, kami cuma ingat-ingat muka serta keaktifan mereka sahaja. Sehabis baik kami fikir, kami listkan di atas kertas, kemudian tunjukkan kepada madam, dan madam pula menentukan siapa yang akan ikut. Namun beliau tetap memberi izin kepada kami untuk menetapkan peserta.
Maka, Safwan daripada Kelab Titian Wahyu, Atikah daripada Kelab Jasa, Farhan dan Umar daripada Kelab Inspire, Fara daripada Kelab Comrade, Wani daripada Kelab Steadfast, Iliana daripada Kelab Sendi, Ammar daripada Jamiyatul Khadamatil Quran, Asyraf daripada Kelab Gemilang serta Usman dan Jasmin daripada Kelab Misi.
Mereka inilah pejuang-pejuang yang aktif di lapangan masyrakat; kanak-kanak nakal atau tidak nakal, orang tua serta orang asli menjadi tempat untuk mereka menghulurkan bantuan. Kini, mereka berganding bahu untuk membantu masyarakat antarabangsa. Inilah semangat kesukarelawan yang dibawa oleh pelajar-pelajar UIAM. Aku turut menumpang bangga dengan mereka.
Selesai briefing panjang lebar daripada Dr Dinon yang dulunya mendapat panggilan Dr House kerana kegarangan yang ditonjolkan dalam Kemboja: Misi ke 2. Alhamdulillah, barang-barang semua dah okey, namun...
"Jali, banner macam mane?" Madam tiba-tiba tanya.
"Aduh, kita tak sempat buat madam. Aduhai..." Kesal aku. Terlupa langsung pasal banner.
"Ada banner lama tak? Misi yang dulu, kita ubah kat tarikh jer.."
"Ok. Saya akan cuba cari, tapi setakat ini tak pernah jumpa pun kat sini."
Baik aku tanya abang Din. Manalah tahu dia tahu. Aku telan air liur dulu. Yelah, Abang Din yang aku nak telefon ni bukan calang-calang orangnya. Dalam kes ini aku yang silap kerana terlupa. Aduh.
"Hello abang Din, nak tanya, banner Kemboja yang lama-lama ada tak kat Censerve? Nak pakai untuk misi kali ini.."
"Ha ini yang aku tak suka ni! Kan aku dah cakap kat kau dulu, buat Banner! Buat Banner! Kenapa tak buat? Kenapa tak dengar?" marah betul abang Din. Tiba-tiba jer abang din tinggikan suaranya yang sudah biasa tinggi.
"Saya mintak maaf abang din. Saya memang dengar yang abang Din ada suruh buat, Tapi ingat tak, pada masa tu kan saya akena buat banner untuk Kedah jugakkan? Bila dah bercampur secara tiba-tiba, terlupalah saya untuk banner kali ini. Takpelah abang Din, benda dah jadi, lagipun malam ni dah nak pergi memang tak sempat dah nak buat, sebab tu nak tanya abang Din, kot-kot abang Din ada simpan banner lama.."
"Tak tahulah saya. Cuba lah cek kat dalam bilik meeting kalau ada," lerekan kali ini takdelah seperti tadi. Lega.
"Okey. Saya cek duklu. Kalau ada, saya ambik kalau takde takper lah. Takde banner takpe jer. Ok abang Din, Pergi dulu yer. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam, jaga diri leklok, selamat pergi Kemboja," penutup yang baik. Lega aku. Bukan senang nak bercakap dengan abang Din kalau kita berada di dalam keadaan bersalah.
Qasem PBSM dah pun membawa Ammar pergi menempah vest. Malam nanti barulah boleh ambil. Pukul 9 katanya. Takpelah, kalau pukul 12 tak boleh lah, dah nak gerak dah masa tu...
Detik untuk bertolak ke LCCT semakin hampir. Tadi, baru nampak Qasem dan kawan-kawan pulang daripada Sri Gombak mengambil vest yang ditempah. Alhamdulillah, Allah memberi kemudahan serta kelancaran kepada kami dalam segala urusan, selesa tu ada, tapi rasa tak best pun ada juga. Yelah, perjuangan kan memang pahit. Tak semudah yang disangka. Dan memang kesusahan pun yang sentiasa dicari oleh mujahidin-mujahidin, bukan jalan kesenangan. Budak zaman moden kata "Tak Thrill lah".
Dalam hati aku, mungkin bukan di sini, kepahitan itu muncul. Mungkin di sana. Siapa tahu kan? Detiknya semakin hampir. Bas pun sudah tiba. Langkah aku kembali ke pejabat untuk memanggil mereka supaya turun membawa barang-barang. Gelap. Dingin. Malam di UIA memang best, bagaimana pula malam di sana ye?
Bersambung....
0 orang jawab:
Post a Comment