Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Tuesday, November 2, 2010

Setahun Berlalu....

Masih ingat 22 November 2009?

Waktu ini aku, adil dan paliq turun ke Gua Musang kerana semata-mata ingin mendapatkan 3 ekor lembu. Masing-masing tolak-menolak pajero ayah Paliq ketika mana enjinnya mati. Kenangan yang melucukan. Membontoti lori JHEOA, melalui jalan Bertam Valley, jalan yang bersejarah buat sejarah Comrade itu sendiri. Dan kini, jalan barunya sudah pun siap, laluilah dengan perasaan gembira dans elamat, tidak seperti kami-kami yang dulunya pernah berjalan kaki di atas jalan tanah yang boleh tahan becaknya. Kalau saiz kasut anda 6, bila dah sampai di kampung, mungkin nampak saiz 30.... kasut anda menjadi besar kerana mengheret tanah-tanah yang basah dan lembap!

Masih ingat aidiladha 2009?

Waktu tukan, Jiju kita lah yang jadi Pak Syeikh 'kering'. Beliaulah imam solat sunat aidiladha, dan juga pembaca khutbah. Manakala Pali kita pula berhempas pulas menyembelih lembu dengan pisau yang ditumpulkan oleh 'foreigner'. Macam- macam hal yang berlaku. Ragam orang asing dengan ragam masing-masing, memang tak asing. Tengah-tengah khutbah, ada ke patut datang india jual makanan. Mentang-mentang Raya Haji jer, dia buat tak tahu, dia punya Deepavalli kita pun tak datang kedai dia lah!

Anda masih ingat? Atau sudah melupakan kerana mudah melupakan sesuatu? Ini adalah sejarah aku, kau, awak, kita, kome, beliau dan korang! Bukan mudah untuk bercerita andai tiada bukti, bukan mudah untuk merasai andai tidak melihat sendiri....

Apa lagi! Dapatkan video Dokumentari Khas Aidiladha 2009, 45 minit akan membawa anda kembali ke tahun yang lalu. Saat kita mengorbankan masa dan tenaga, demi kaum pribumi!


0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake