Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Tuesday, December 21, 2010

Travelog 211: Apabila Anugerah Dipersembahkan

Aaaahhhhh... Letih juga yer berbaring di LCCT. Beg-beg semua sudah pun dibawa oleh rakan-rakan seperjuangan. Kucuba intai juga para pegawai atau petugas di kaunter check in barang-barang, manalah tahu ada yang cun melecun. Sekadar mencuci mata. (amalan ini tidak elok, jangan dilakukan)



Menaiki kapal terbang ke Siem Riep, Kemboja merupakan pengalaman ke enam, jika dicampur pergi balik lah. sebelum ini aku sudah pun pergi ke Sabah dan Sarawak. Apabila dicampur yang Kemboja, maka adalah dalam 6 kali aku menaiki kapal terbang. Alhamdulilah. Allah telah memakbulkan hasrat aku sejak dari matrik lagi, teringin nak naik kapal terbang kan...



Di dalam kapal terbang, aku menjamukan pagi ku dengan memakan nasi lemak Pak Nasser, aku rasa. Makanan ini memang sudah ditempah sejak dari tiket ini ditempah lagi. Maklumlah, bajet ada kan? Aku juga berjaya duduk di tempat yang paling hujung sekali. jadi aku bolehlah meng'usha' pemandangan di luar sana. Ya Allah, subhanallah. Sangat cantik.

Tanggal 24 Disember 2010, tarikh yang cukup keramat. Di dalam kapal terbang lagi aku terngiangkan tarikh ini. Bukan tarikh aku nak kahwin, atau dapat anak ke, tapi inilah saatnya para ahli CENSERVE tidak kiralah daripada kelab mana pun, berkumpul bagi menyokong satu lagi majlis yang sangat berprestij anjuran CENSERVE. Majlis ini dinamakan sebangai Malam Kemanusiaan 2010 ataupun Anugerah Kemanusiaan 2010.



Sambil-sambil melihat diluar aku sudah pun membayangakn bagaimana keadaan malam tersebut. Persis malam Anugerah Bintang Popular, namun tidaklah sepertinya, banyak yang berbeza, bahkan acara ini akan diusahakan agar mencerminkan budaya kasih dan sayang kita kepada ummah. Semangat kesukarelawanan itu juga harus dipupuk di kalangan pelajar, maka pada malam itulah segalanya terungkai dan berlaku. Sama ada ianya OK atau tidak, bergantung kepada kecekapan komiti serta kecanggihan teknologi yang ada.

"Sir, coffee or tea?"
"Err.. Coffee please."

Pertama kali aku minum air kopi di dalam kapal terbang. Di samping nasi lemak Pak Naser pulak tu. Bukan senang beb. Teringat kata-kata Dr. Dinon atau siapa yer, aku pun sudah tidak ingat. Tapi aku agaklah Dr. Dinon punya kata-katalah...

"Kalau ada peluang untuk makan di atas kapal terbang, makan jer.Tak kisahlah mahal pun, sekali sekala. Bila lagi nak makan atas kapal terbang kan.."

Eh bukan, bukan beliau. Tapi perbualan Haji Musa Salleh, Mufti Siem Riep. Semasa itu, aku bersama-sama kawan-kawan yang lain berbual di Muslim Food Restaurant, restoran miliknya. Ya, memang betul, jangan takut dan kedekut, memanglah mahal barang-barang di atas kapal terbang. Tapi bukan kita naik tiap-tiap hari kan? Beli jer. Makan dan nikmati pemandangan yang diciptakan Allah. Bestkan?

Pada tanggal aku menulis ini, cuma tinggal 2 hari sahaja lagi. Malam Kemanusiaan CENSERVE 2010 akan berlangsung secara gemilang dan terbilang di Auditorium Utama, UIAM. Makanya, aku sangat-sangatlah menjemput sahabat-sahabat semua untuk datang ke UIA pada malam tersebut. Bukan apa, semua kelab berkumpul, jadi tidak salah untuk kita bersilaturrahim pada malam tersebut dis amping berkongsi cerita mengenai kelab masing-masing.
 
Ah, dah hampir nak sampai di Siem Riep Airport ni! Kedengaran tadi suara halus sang pramugari ayng menyatakan kami akan mendarat pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang. Kami juga dilarang untuk meninggalkan tempat duduk kami. Sakit sedikit di telinga aku, mungkin tekanan udara barangkali. Aku cuba menutup hidung dan sekuat-kuatnya aku menghembuskan udara melalui telinga. Terdengar bunyi kepecahan di dalam telinga aku. Lega.


Selamat datang ke KEMBOJA!


1 orang jawab:

izzudin says:
at: December 26, 2010 at 12:19 AM said...

cepat2..nak dgr citer kat kemboja plak..=)

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake