18 Disember 2010
A day before AGM of Inspire Club. Well, I've made a promise to the future 'ex' President, so I'll be there, insyaAllah. This post isn't for their AGM or any programmes, but this post actually about our football team that was succesfull going to the FINAL of AFF Suzuki Cup for the second time.
Well, the game started at 8 pm. Live in Astro 813 and TV1 (but 30 minutes late becoz of the news). The game was controlled by Vietnam, and Malaysia just stayed at the back. Moreover, Apek or Khairul Fahmi (Kelantanese player) did a really good job as a goalkeeper. Salute you man!
Walau bagaimana pun, Malaysia menggunakan corak bertahan di samping membuat serangan balas yang begitu laju. Memang betul apa kata Calisto, Malaysia memang mempunyai pemain-pemain dan corak permainan yang bagus. Mereka ini tadi sangat berdisiplin di atas padang dan bertahan dengan sangat baik. Dan kemudian melancarkan serangan balas.
Membosankan.
Ye, memang corak bertahan sangat membosankan. Dan ianya juga digelar sebagai taktik anti-bola sepak. Aku pun tak tahu dari mana asalnya istilah corak anti bola sepak. Mungkin falsafah yang betul untuk bola sepak adalah menyerang. Aku pun tidak pasti.
Separuh pertama Malaysia, masih lagi dengan kedudukan seri 0 tanpa dibalas apa-apa iaitu 0. Bola masih lagi dikuasai Vietnam. Mata seri ini dan agregat 2-0 masih lagi kemas di genggam oleh anak-anak buah Rajagopal ini. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang ke perlawanan akhir sukan yang berprestij tinggi di Asia Tenggara ini.
Serangan Balas.
Laju, kemas dan hancur. Pergerakan serta beberapa peluang yang jarang-jarang dijelmakan oleh barisan tengah serta serangan menjadi sia-sia. Seolah-olah menanak nasi sehingga menjadi bubur. Begitulah perumpamaannya. Kuna, Safee sali, Nor Shahrul, dan Safiq Rahim tetap gah di tengah serta di atas. Amri yang masuk menggantikan Nor Shahrul pula tidak berjaya mencatat nama selaku penjaring pada perlawanan tadi dek tertampan badan penjaga gol Vietnam.
Ah! Satu lagi peluang terlepas!
Peluang Safiq Rahim yang bijak meloloskan diri dan kini beliau one-on-one dengan penjaga gol Vietnam, sepak! namun tersasar pula. Masih lagi nasib menyebelahi Vietnam. Takdir tetap menentukan bahawa pada perlawanan ini, tidak ada yang menang dan tidak ada yang kalah. Cuma menag agregat sahaja.
Biarlah apa yang mereka nak kata, skuad ini memang bagus. Rajagopal juga turut bagus. Taktikal yang dibuat memang sangat menjadi. Tahniah aku ucapkan kat semua pemain-pemain yang memang suka baca blog aku ini, tahniah! Korang dah buat yang terbaik sekali! Terbaik dari ladang tebu Pak Yaakob!
Malaysia LAYAK ke FINAL dan akan bertemu dengan sama ada Filipina (0) atau Indonesia (1) nanti.
Selamat Maju Jaya aku ucapkan. Tanah Tumpahnya Darahku!



0 orang jawab:
Post a Comment