Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Monday, December 6, 2010

Travelog 205: Selamat Menyambut Awal Muharram @ Maal Hijrah

Seketika aku merenung di bucu katil. Sudah hari Isnin kembali. Rasanya tak puas untuk berehat selama 2 hari. Almaklumlah cuti 2 hari masih tidak berjaya untuk aku menyelesaikan dua task yang mesti aku selesaikan. La Budda (Tidak dapat tidak) aku harus menyelesaikan dalam minggu ini juga. Oleh sebab itu...

"Abang, saya nak pinjam laptop CENSERVE boleh ke? Saya ingat nak sambung buat kerja di Pelantok dan juga di rumah. Nanti balik sahaja ke UIA, saya akan terus menghantar laporan kewangan, checklist almanac dan juga beberapa video CENSERVE untuk dibentangkan nanti. Mungkin dapat membantu madam."

"Eh, boleh sahaja. Nah kunci, minta dengan Kak Mer."
"Kak Mer, nak laptop. Nak pinjam. Abang Zain cakap boleh pinjam kalau untuk urusan kerja."

"Tapi yang ni yang lama Jali. Gunalah yang Abang Jamil punya."

Pada waktu ini aku masih terkial-kial untuk membuka almari di belakang meja Kak Mer. Memang di almari itu biasanya tersimpan laptop, LCD, dan barang-barang elektronik yang lain.

"Ha, Jali, guna yang saya sajelah. Yang tu memang yang lama."
"Patutlah Kak Mer, tak boleh buka almari ni. Dia suruh guna yang baru lah tu." Aku berseloroh untuk meng'cover' kegagalan aku membuka almari Kak Mer.

"Ye lah tu. Ada-ada je alasannya ye." 

Sekarang ini, aku masih di bilik. Sekejap lagi, aku mahu mandi. Dan meletakkan barang-barang untuk persediaan ke Pos Pelantok dengan Abang Amer. Begitupun, aku tidak lama di sana, ini kerana pada tanggal 8 haribulan aku akan balik ke kampung halaman. Adik aku akan bertunang pada 10 haribulan nanti. Memang adik suruh balik, lagi pun abang tak dapat balik atas alasan kerja. bagi menyokong majlis adik, aku akan balik.

Aiihhh...malu pun ada, adik dulu yang bertemu jodohnya. Aku? Bila lagi ye?

Kat atas hujung belah kiri sudah ada nama blog pemilik gambar ini. Terima kasih kepada beliau.

Sebelum aku memandikan diri sendiri, aku ingin mengucapkan selamat tahun baru Islam, maal Hijrah, awal Muharram. Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun, pohon keberkatanlah orang kata. Jangan lupa yer? Satu lagi nak beritahu, aku akan berehat dari berblog selama seminggu, kerana aku balik kampung dan ke kampung orang asli. Lagi pun, aku memang ada banyak kerja yang nak dibuat. InsyaAllah, semuanya akan menjadi seperti sediakala. 
Come on Razali! Anda boleh buat!!

2 orang jawab:

Jan Nah `Afi says:
at: December 6, 2010 at 8:55 AM said...

tahniah, adik da btunang~ ;) kem salam ye.thx.

tuan punye blog says:
at: December 6, 2010 at 9:17 AM said...

eh tak sangka cepat betul respon.. ha, smalam mesej, headphone aritu camner? ade problem apa2 tak?

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake