Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Monday, December 6, 2010

Travelog 206: Brendan Gan? Gan?

"Hello, abang Amir? Ha, kenapa?"
"Eh, macam ni Jali. Nak tanya ni, kita gerak pukul dua boleh? Saya ada kerja lagi ni. Tak beres lagi kat klinik ni. Boleh ye?"
"Boleh jer abang Amir. Takper, saya tunggu."
"Terima kasih. Nanti sediakan duit tol yer?"
"Okey.."

Nampak gayanya perjalanan yang sepatutnya dimulakan pagi tadi sekitar pukul 9 pagi terpaksa ditunda. Abang Amir menjangkakan perjalanan kami ke Pos Pelantok pada pukul 10 pagi tadi. Namun dia tidak dapat menyelesaikan kerjanya maka kami mengambil kata putus untuk bergerak pada pukul 2 petang ini.

Sekarang ni, aku menaip di bilik Penolong Pengarah, Censerve. Bos aku sedang berborak di luar bersama-sama dengan abang Din dan juga mantan presiden Censerve selepas Ismail iaitu saudara Syukor. Hebat seorang Syukor ini. Dan dia datang kali ini membawa berita gembira iaitu memberikan kad jemputan perkahwinan beliau. Makanya, kepada sesiapa yang mengenali saudara Syukor atau nama penuhnya iaitu Abdul Syukur Muhammad Sharif, silalah datang ke rumah beliau yang beralamat di:
Batu 41/2 Kg Kuantan, 45600 Bestari Jaya Kuala Selangor, Selangor darul Ehsan..


"Weh saper Brendan Gan tu bro!?"
 "Opps, lupa pulak... Meh aku cerita."

Brendan Gan bermain dgn penuh kesungguhan
Brendan Gan (born 3 June 1988) is an Malaysia and Australian football (soccer) player of Malaysian Chinese descent who currently plays for the A-League club Sydney FC.
Atau dalam bahasa  ibunda nya, Brendan Gan kelahiran Malaysia dan kini bermain untuk Sydney FC di Australia. Namanya tiba-tiba naik baru-baru ini sebelum skuad Malaysia memulakan perlawanan mereka di Jakarta lagi untuk merebut Piala AFF.

Mengikut maklumat daripada kawan-kawan yang tidak dikenali iaitu kawan-kawan die hard fan Malaysia di Youtube mahupun di Facebook, Brendan Gan ini memang sangat berbisa. Namanya naik di sana, dan sudah pun menandatangi kontrak baru bersama Sydey FC. Namun masalahnya adakah dia akan balik bermain untuk Malaysia? Atau Australia?

Dalam pada syok-syok bermain internet dan mencari sumber-sumber soheh tentang mamat di atas ni, tiba-tiba aku terjumpa link yang boleh memberi sinar harapan kepada peminat tanah air. Aku akan meng'copy' petikan sumber online tersebut untuk dikongsikan kepada semua.

Sumber ini berdasarkan wartawan sana menemuramah beliau. Aku cuma cut bahagian yang penting sahaja yer. Bacalah dengan tenang, simpan amarah korang terhadap FAM dulu.
While his hopes of playing for Australia are unlikely to be realised any time soon, Gan's prospects of playing for Malaysia (through bloodlines) are being boosted by the locals who have identified him as a strong prospect for the Tigers.
''My inbox [on] Facebook is overflowing with messages from Malaysian fans who want me to come and play for them,'' he said. ''There's been no contact so far from the Malaysian FA but I'd definitely be open to it.'
Sama-sama lah kita harap agar FAM tidak lagi bodoh kali ini. Shaun Maloney sudah pun terlepas, kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah. Harapan jutaan peminat bola sepak tanah air lebih hebat daripada duit dalam kantongan korang semua (yang berkenaan dalam FAM, masih makan gaji buta atau terlibat dengan politik wang). 
Dan akhirnya aku terpaksa berbahasa Inggeris...

Please.. please bring back the glorious age of Malaysian Football. We don't want to heard anymore about the excuses, so please throw the politiking in FAM. We are tired to be bullied like that. Stop making a poor decision and reacting like a childish after critisized by the fan.

Ahh semua grammar dah tunggang terbalik! Ni semua salah FAM! Tuding kesalahan ke arah FAM semua!!!!!

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake