Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Monday, December 13, 2010

Travelog 209: Shabery Vs Bola

"Dia kata dia minat Manchester United"
"Dia kata lagi dia minat Real Madrid"
"Pemain yang dia minat mungkin Christiano Ronaldo kot..."
"Tapi Ronaldo main untuk Kelab Real Madrid, tidak pula bermain untuk Sepanyol bahkan pulang ke Portugal untuk menyarung jersi kebangsaannya. Itu sudah biasa berlaku, tapi mengapa dia ni beranggapan kolot? Mahukan pemain Malaysia luar negara balik bermain dengan kelab-kelab di Malaysia untuk semata-mata ingin menyarungkan jersi negara?"

Tapi itulah sebenarnya statementnya yang menafikan dia seorang peminat bola yang tegar yang telah menyebabkan ramai peminat serta pencinta bola sepak tanah air mengamuk sakan sama ada di ruangan facebook atau muka buku. Tidak terkecuali aku.

Statement yang dikeluarkan berupakan satu penolakan kepada warganegara Malaysia yang mempamerkan bakat di luar negara untuk menyarung jersi Harimau Malaya. Namun begitu, hari ini K.Rajagopal mengatakan bahawa beliau dan Menteri ni cuma tidak mahu meng'import' warganegara asing bermain untuk Malaysia. 



Aku bersetuju dengan kenyataan ini berbanding kenyataan yang dianggap paling 'bodoh' dari seorang menteri di bidang sukan tanah air. Namun begitu ianya sudah jernih dengan penafian berupa kenyataan baru. Walaubagaimanapun, kali ini, para peminat setia bola sepak negara berasa sangat gembira kerana suara mereka sudah pun didengari. Pelbagai reaksi dapat kita saksikan bukan sahaja di muka buku, bahkan di ruangan e-mail para wartawan serta media.

Memang, tidak dinafikan setiap peminat merupakan tunjang harapan negara di samping kesebelasan terbaik skuad negara. Penyokong yang hebat mampu menghadirkan satu skuad yang gerun di mata lawan. Kekuatan penyokong juga tidak ada batasnya, namun mereka juga mengharapkan belas ehsan pihak atasan iaitu FAM demi memenuhi hasrat peminat yang sudah lama bersabar dengan karenah FAM.

Dahsyat. Memang dahsyat. Penangan peminat yang mahukan beberapa nama pemain yang beraksi di luar negara telah memaksa beberapa orang atas mulai celik mata. Dan ketika itulah macam-macam alasan yang keluar. Namun begitu, ayat yang ni memang best apabila didengari:



Namun pengendali berusia 54 tahun itu masih membuka ruang buat pemain-pemain yang mempunyai darah Malaysia seperti Brendan Gan, Takashi Takeda, Nicholas Chan, Tham Sheang Sung atau Ash Hameed untuk tampil menyarung jersi skuad kebangsaan.

Namun yang paling aku tak suka dan tak gemar apabila membaca ayat ini:
Kita kena lihat betul-betul sama ada mereka sesuai dengan corak permainan kita, bincang dahulu dengan jurulatih dan kelab mereka serta beberapa perkara lain

Yang pertama yang aku tak faham, (mungkin aku kurang pemahaman dalam bidang kejurulatihan serta sebagainya) adalah bagaimana boleh timbul bermacam-macam masalah? Memanggil pemain yang berpaksi diluar negara adalah semata-mata menyarung jersi kebangsaan, bukannya terus menawarkan kontrak bermain untuk negeri dan kelab! Ini adalah refer  kepada petikan berbincang dengan kelab dan sebagai. Perlu ke? Nak berbincang dengan jurulatih? Perlu ke? Ada ke, Capello berbincang dengan Ferguson untuk memanggil Rooney bermain (kecuali untuk kes injured mesti dibawa berbincang untuk tahu tahap kecergasan pemain).Ada ke Paulo Bento berbincang dengan Ferguson untuk memanggil Nani balik ke Portugal? Ishhh.... Lagilah aku tak faham!

Capello cuma membentuk skuad mengikut acuannya, bukan acuan tangan ghaib. Bukti  keteluasan, pemain dari liga bawah turut dipanggil kerana konsisten. Bagaimana dia tahu? Dia menghantar setiap jurulatih untuk turun padang melihat aksi pemain-pemain di liga masing-masing. Dan dia pun turut turun padang sekali, bukan tengok siaran langsung dari  Astro sahaja!


Pasal nak melihat corak mereka sesuai dengan corak kita? Ape ke ada hal dengan percampuran pemain J-League dengan pemain Jepun yang berpangkalan di Eropah? Lagilah aku tak faham dibuatnya. Okeylah, kita hormati dengan pendapat dia yang mahu melihat budak-budak ini terlebih dahulu. Dia kata juga kita tidak boleh cuma percaya dengan Facebook dan Youtube semata.Jadik , aku nak tanya, Malaysia punya team ni, ada skuad scouting tak? Ada Rajagopal pergi Australia, melihat Brendan Gan main dalam liga mereka? Ada? Tolong jawab? Seperti mana Capello melihat pemain-pemainnya bermain di liga BPL. Mujur pemain England tidak ada yang merantau kecuali Beckham, tidaklah susah beliau untuk membuat scouting.Tapi dia ada staff scouting dia untuk melihat prestasi Beckham? Rajagopal? Ada ke?

Sebenarnya, ianya tidak serumit mana pun. Bukti Brendan gah di Liga Australia sudah terbukti dengan award yang dia dapat, serta beberapa interview daripada wartawan-wartawan sana. Cuma, yang perlu Malaysia atau lebih spesifik lagi team Rajagopal perlu ada kumpulan peninjau bakat untuk meninjau pemain Malaysia yang berada di luar negara. Itu sahaja disamping mengajak  mereka untuk bersama dengan skuad negara. Bukan kita nak mereka datang bermain di liga kita, buat apa?! Kita cuma nak mereka bermain untuk negara sahaja, tapi itu pun mereka-mereka ni masih bodoh sombong untuk menegakkan liga kita liga terbaik. Nak main untuk negara, wajib kena bermain di dalam negara! Ahhhh!

Jurulatih yang paling bagus setakat ini. Namun campur tangan manusia-manusia 'jahat' di sekitarnya membuatkan dia dikambing hitamkan. Namun begitu aku tetap tabik dengan corak pembangunan yang dia mahukan. Mungkin dia bimbang dengan adanya pemain Malaysia diluar negara mampu membunuh anak-anak jati yang berjuang di tanah air mereka sendiri (sedangkan dia tahu standard liga M jauh ke belakang berbanding liga-liga luar hatta liga divisyen 2 England pun). Ataupun dia bimbang corak pembangunannya terganggu dan beralih dari pelan asalnya. Mungkin!


Maka, aku boleh simpulkan disini, tidak ada masalah pun bagi Rajagopal. Mungkin masalah yang dia maksudkan adalah masalah dalaman kot dengan FAM yang entah apa-apa. Takut sangat player favourite mereka terlepas beraksi, kerana pemain Malaysia dari luar negara mengambil alih pemain Selangor yang wajib aksi untuk skuad negara. Lawak kan?

Percayalah. Jangan kita ego dan sombong lagi. Tidak pernah ada FA mana-mana negara cuma tidur tunggu diketuk pintu oleh pemain-pemain bola semata-mata kerana ingin menyarung jersi negara. Mereka ada maruah, negara pun ada maruah. Untuk membawa maruah kedua-dua dan menghormatinya FA selaku makhluk tengah-tengahlah yang harus mempertemukan dua maruah ini. Bagi Malaysia, FAM lah yang harus memanggil pemain-pemain ini untuk menyarung jersi negara. Cukuplah. Berapa ribu fan Harimau Malaya yang tidak sempat melihat kebangkitan Harimau Malaya di pentas antarabangsa kerana termakan janji palsu FAM. Peminat-peminat ini ada yang mati di stadium, balik daripada stadium dan sebagainya. Dan ada yang mati terkejut kerana tidak tahan menanggung perasaan rindukan zaman kegemilangan bola sepak negara. 

Biarlah pandangan peminat berbeza. Namun, bagi aku, mereka-mereka ini boleh mempercepatkan proses pembangunan bola sepak tanah air jikalau kena caranya. Cuma, mereka masih bebal dengan idea lapuk mereka, cuba bayangkan Norshahrul bergandingan dengan pemain Malaysia yang beraksi diluar negara. Bayangkan juga ketika itu jurulatih skuad luar yang cuma meninjau kehebatan anak didik mereka beraksi untuk Malaysia, dalam masa yang sama terpandang skil-skil muda tempatan kita. Peluang untuk mereka mengetengahkan bakat mereka di pentas antarabangsa akan lebih cerah.

Tolonglah faham. Aku tidak tahu lagi bagaimana untuk aku menulis dan merayu lagi. Semuanya akan dilupakan sekiranya Malaysia menang Piala Aff Suzuki. Namun harus diingat, Malaysia mara ke separuh akhir kerana nasib berada di pihak kita, ataupun takdir yang ditetapkan jua atas doa para penyokong. Walau apa-apa pun, marilah kita teruskan berdoa dan menyokong agar suatu hari nanti, kita berupaya mendapat seorang pengurus yang juga selaku ketua jurulatih agar pemilihan lebih telus dan murni. Tidak ada lagi campur tangan dan suara ghaib lagi.Malaysia Boleh!

2 orang jawab:

CikguCikgu says:
at: December 13, 2010 at 6:25 PM said...

Nukilan yang kreatif dan bijak.

Malangnya apa yang aku mampu katakan, Malaysia tak ada saluran yang betul untk beri idea.

contoh terdekat, kenapa FAM tak ada Facebook?

kerana FAM tak mahu Wall mereka dipenuhi dgn ancaman dari penyokong. Kecaman dan kutukan boleh buatkan mereka tak berupaya nak meneruskan agenda sendiri. :D

JPY says:
at: December 13, 2010 at 6:42 PM said...

Terima kasih atas pujiannya. Bukan apa, kita pun dah tak tahu lagi bagaimana mahu mengkritik. Biarlah masa berlalu dengan baik insyaAllah. Sesuatu akan berlaku tidak lama lagi. Pelan-pelan kayuhlah katakan...

Apa-apa pun, terima kasih atas blogwalkingnya ya. Semoga talian silaturrahim kita tidak terputus di sini. Bersama-sama kita menerokai alam maya ini demi dakwah dan memberi manfaat kepada umat...

InsyaAllah...

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake