Tenet! Tenet!
'Al-fatihah. Aufa sudah pun kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihiraaji'un. Solat jenazah lepas subuh esok di masjid UIA'
Terkedu aku di saat menerima SMS ini daripada ibu Martinelli. Terus aku tunjukkan kepada Abang Jamil yang berada di sebelah. Pada malam AGM Comrade ini, aku serta Abang jamil menjadi VIP. Abang Jamil cuma mengangguk, dan menunjukkan mesej tentang kematian cucu tersayang dan tersulung ibu.
"Setiap yang hidup pasti akan mati"
Kata-kata Allah di dalam al-Quran sudah jelas memberitahu hakikat mengenai kematian.Namun, alhamdulillah Allah masih memberi kita peluang sama ada untuk mati di dalam kebaikan dan mati di dalam keburukan. Mati itu sudah pasti, aku tidak takut akan itu, tapi yang aku takutkan adakah aku akan mati di dalam kebaikan ataupun keburukan.
Pada waktu itu, mendung cuacanya. Seolah-olah turut berkabung akan pemergian adik comel Aufa. Aku pernah melihatnya secara live ketika mana aku pergi melawat suami Ibu pada suatu hari yang lalu. comel budaknya. Namun itu yang terakhir aku tengoknya yang aktif di tangan anak perempuan Ibu.
Aku mempunyai satu kelemahan di antara kelemahan-kelemahan yang lain. Aku TIDAK BOLEH menahan SEBAK apabila melihat orang aku KENALI RAPAT menangis. Sauasana pada pagi itu yang tidak berapa riang menambahkan lagi perasaan sebak aku. Seorang nebek yang dipapah untuk melihat cicitnya dikebumikan membuatkan titisan manik air jernih mula meleleh. Melilat pula Ibu memeluk erat anak perempuannya yang turut sedih sepeninggalan anak sulungnya juga membuatkan aku tunduk meilhat tanah. Aku tak sanggup. Aku tahan sebakku. aku mula fikirkan bagaimana aku mati kelak. Dalam hati aku dengki, jeles pun ada, kerana adik kecil ini mati dan terus berada di syurga. Sambil menunggu ayahnya, seorang tahfiz muda, dan ibunyam seorang yang tabah dalam menjalankan tanggungjawab. Dia juga menunggu nenek serta semua ahli keluarganya untuk berdamping dengannya ketika di Syurga kelak.
Teringat pula saat, Mak kandungku terbaring sakit kerana darah tinggi pada suatu ketika. Aku cuba memasaak bubur, namun tidak berjaya. Ayah pula seolah-olah meninggikan suaranya menegur aku memasak bubur yang dikatakannya tidak menjadi, tapi aku tidak salahkan ayah kalau dia marah, tapi aku salahkan diri aku yang tak mampu buat apa-apa di depan mak aku yang terbaring itu. Di situlah betapa aku sedih mengenangkan saat aku tanpanya di sisi, i mean di dunia ini. Aku menangis di depan mak aku. Dia terkejut, dan tanya kenapa? aku cuma menjawab yang aku ini anak yang tak guna, tidak boleh menolong mak di saat dia memerlukan pertolongan anaknya. Masak tak pandai, nak urut tak pandai, segala-galanya serba serbi aku rasa tidak cukup sempurna untuk mak aku yang banyak berkorban untuk aku.
Aku teringat saat aku kecil, mak aku yang suapkan aku. Mendukung aku hatta ke kebun pun membawa aku. Di saat aku berumur 4 tahun, aku tahu mak tak mampu membawa aku ke Tadika. Biarlah katanya, belajar di rumah pun cukup. Aku memberontak ingin belajar. Tapi mak cakap masuk darjah satu lah nanti ye? Aku setuju, tapi aku dengki tengok orang lain boleh baca a..b..c. Jadinya, aku 'paksa' mak aku menjadi 'tutor' aku di rumah. Hasilnya, habis satu rumah aku conteng dengan lukisan, perkataan dan sebagainya. Kadang-kadang mak aku pun naik marah sebab sedang dia memasak pun aku pergi kacau. Nak baca abc sambil menangis-nangis.
Ya, aku memang sensitif. Lagi sensitif apabila melihat kawan-kawan rapat, orang yang rapat dengan aku bersedih di depan aku. Tengok di kampung orang asli yakni di Pos Lebir. Kampung pertama aku tertumpahkan air mata. Ini sebab nya apabila melihat kanak-kanak orang asli menangis sambil memeluk erat aku.Habis tumpah air mata aku ketika itu. Aku lari ke belakang dewan. Biasalah lelaki, macho plus ego.
Walau bagaimana pun, aku memang suka menangis. Menangis membuatkan aku bermotivasi. Menangis membuatkan aku lebih berani untuk esok. Tapi biarlah tidak menangis untuk dunia, menagislah untuk akhiratmu.
Takziah untuk ibu Martinelli, saat sukar akan berganti dengan saat manis. Kehendak Allah datang dengan berhikmah. Aufa menunggu ibu sekeluarga di Syurga, maka kitalah yang wajib berusaha lebih, kerana kita dipilih Allah untuk hidup dan gagah dalam menjalankan tanggungjawab seorang khalifah. Ameen ya Rabbal Alaminn.....
0 orang jawab:
Post a Comment