Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Saturday, January 1, 2011

Travelog 214: Episod 6 :'Berhala' Kemboja

Welcome to Siem Riep Cambodia! Sak Sabai? (Apa khabar?)

-Maaf sekiranya tajuk ini agak mengancam bunyinya.. memang sengaja, tiada kaitan dengan unsur-unsur apa-apa malah ingin menggambarkan negara ini mempunyai banyak sangat monumen-monumen serta patung-patung keagamaan di banyak tempat!

Kami baru sampai di Airport Siem Riep


Sebaik sampai ke Airport SiemRiep, aku dan kawan-kawan terus menuju ke Battambang tanpa banyak soal. Dengan menaiki 3 van yang sudah pun di arrange kan oleh Dr. Dinon melalui bantuan Haji Musa Battambang. Alhamdulillah, akhirnya aku bertemu juga dengan Haji Musa yang pernah diuar-uarkan oleh Ibu Martinelli sebelum kami ke Kemboja lagi. Baik orangnya. Malah kelakar juga. Kemesraan yang ditunjukkan antara Dr. Dinon dan Haji Musa memang superb. Aku sendiri pun kagum dengan mereka berdua. Macam adik-beradik!



Lama jugalah kami berhimpit di dalam van tersebut. Satu van memuatkan peserta lelaki, manakala dua lagi memuatkan pelajar perempuan dan beg-beg gedabak budak perempuan. Lelaki, biasa-biasa jer, tidak perlu 'losyen-losyen' pelbagai. Jangan marah yer.. 



Sambil-sambil melihat pemandangan, dan juga 'berhala-berhala' yang banyak di bulatan jalan serta di setiap sudut muka bumi Kemboja...

Zzzzzzzzzzzzzzz

"Ngantuknya..."

Aku terus menahan ngantukku. Aku terusan jua menahan mataku daripada tertutup melayan suasana baru di bumi Kemboja. Di sana sini mereka berniaga di tepi jalan. Teringatkan kata-kata abang Din dan ibu Martinelli.

"Bila di sana, tak digalakkan untuk membeli barang-barang makanan di luar. Kita tak tahukan apa yang terkandung. Nampak macam sedap, tapi udara di sana, debu-debu yang menghinggap pada makanan yang terdedah itu, menambahkan lagi perisanya. Ibu tak mahu perkara yang dulu terjadi. Berulang. Ramai yang sakit perut time tu."

Kami cuma mengangguk kerana tiada sorang pun yang pernah sampai ke Kemboja. Dan kini kami sudah pun berada di jalanan mereka.

Bagi yang tidak kenal, inilah Bro Azman, PR daripada UIA


Tiba-tiba van kami berhenti di bahu jalan. Haji Musa keluar, dan kami dapat lihat beliau telah membeli beberapa botol air mineral yang sejuk. Mak aih! Bapak best kalau dapat teguk air sejuk dan terus membasuh tekak aku yang kering ini.

"Nah, bahagikan kepada semua,"

"Air mineral boleh!" beritahu abang Din, yang juga merupakan advisor kami ketika di UIAM.

Terus aje aku teguk sebanyak-banyaknya. Dahaga beb. Tapi air mineralnya rasa lain sikit. Di samping cuaca nya yang agak panas, kulit ini terasa lain macam. Aku mengambil langkah, biarkan aje. Janji, tekak aku kini basah dengan air-air yang sejuk.

Bukan gambar ini yang aku maksudkan seperti mana diceritakan di artikel bawah, kerana masih ada yang lagi besar daripada ini


Nah satu lagi patung! Ianya terletak di bulatan jalan. Besar gedabak wa cakap sama lu. Memang di setiap tempat pasti ada sahaja patung-patung ini. Bukan itu sahaja, patung-patung kecil, kepala beruk badan manusia, duduk seolah-olah sedang bertapa bersama-sama dengan patung-patung kecil lain. Inilah suasana Kemboja, tempat yang meriah dengan kedatangan pelancong, dan itulah jua sumber ekonominya yang paling kukuh. Sumber-sumber lain aku tak tahulah pulak. 

Masjid yang menjadi penginapan kaum lelaki

Kami nampak satu masjid putih selepas memasuki beberapa simpang. Dan kami kini berhenti di sebuah rumah yang agak tinggi, dan di bawahnya sudah ada beberapa meja bulat. Di tengah pula kelihatan satu meja yang sangat unit. Menarik. Kami pun melabuhkan diri di situ selepas mengeluarkan barang-barang kami. Ada di antara kami ini yang menyusun barang-barang tersebut terlebih dahulu. 

Kami sampai di rumah Haji Musa Sulaiman, Mufti Battambang

Sampai jer terus kami kemas barang-barang yang kami keluarkan daripada van



Malang untuk aku.

"Jali, seluar mu carik kat belakang..." bisik Umar kepada aku.

Aku tergamam. Malu. Sejak bila seluar aku carik ni ek. Takkanlah sewaktu aku duduk di bucu meja panjang untuk menegur seorang pakcik di situ? Aduh malunya aku! Aku terus duduk dengan membuat muka yang tidak bersalah. Aku cuba menerbalikkan beg kecil di pinggang aku dan aku alihkannya ke belakang. Bukan setakat itu sahaja, aku pinjam jaket Umar lantas aku pakaikan di pinggang. Aku capai kain pelikat aku dan terus aku bawa ke 'dewan makan', iaitu tempat yang kami semua rehat-rehat tadi.

Dahlah baru sampai ke negara orang yang pertama kali dalam sejarah aku, seluar pulak carik! Korang tahu ke tidak apakah itu carik? carik adalah koyak. Carik ada di dalam kamu dewan dan pustaka, aku rasalah, mungkin korang boleh periksanya semula yer?

Alhamdulillah, tiada siapa yang perasan, kecuali Umar. Aku terus berterima kasih kepada Umar, kerana tahu dan beritahu aku serta melindungi maruah aku. Terima kasih ye, Umar. Umar merupakan bekas presiden Kelab Inspire yang dulunya dikenali sebagai Kelab Karisma.

Ini selepas insiden seluar aku carik. Kami terus berbincang untuk aktiviti seterusnya tanpa banyak songeh dan soal.

Mungkin ada juga yang 'tahu', namun aku yakin mereka juga ingin melindungi aib aku, terima kasih ye. Nantikan sambungan travelog ini ye? Begitu banyak cerita yang aku ingin kongsikan, malah ingin menggambarkan suasana Islam di negara yang majoritinya berpenganut Buddha.

Sami-sami di sana...

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake