Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Wednesday, January 5, 2011

Travelog 215: Ada Mula, pasti ada Akhirnya

Aku nak lama lagi dalam bidang ini. Adakah aku akan berakhir dalam beberapa bulan ini? Adakah persembahan aku sudah berkurang, dan memerlukan orang yang lain untuk menyambungnya agar terus bersinar?

Jawapan mungkin ya, ataupun tidak. Cuma Allah yang tahu. 

Aku akan berada di sini selagi diri ini diperlukan. Mungkin aku perlu membuka option yang ada. Cukuplah aku mengharapkan belas kasihan orang, mungkin kini sudah sampai masanya aku berpijak di dunia nyata, dan aku bukan lagi pilihan. 

Baiklah, aku akan undur bila sampai masanya. Dan saat itu, waktu-waktu sukar dalam hidup aku akan tiba. Aku sudah pasti akan berada di tempat lain. Takpe, aku redha, biar berundur dengan bangga, aku akn pergi bila saatnya sampai. Jangan bimbang everybody...

Satu saat nanti, kita akan berada di tempat lain pula, adat orang yang bermusafir di atas dunia.

Hakikatnya...

Aku begitu gembira di sini. Segala pahit manis aku dapat rasakannya, setiap kali pastu ada beberapa peristiwa yang membuatkan aku terfikir, adakah layak aku berada di sini. Aku sentiasa fikirkan kelemahan diri. Mungkin orang lain akan fikir, aku tak fikir ke pasal gaji? Pasal hidup? Orang lain yang setaraf degree lain sudah pun bekerja di sektor kerajaan ataupun swasta. Dan ada yang mendapat kontrak atau pun tetap. Ya, mereka mungkin terus berusaha, tapi aku rilek jek. Mengapa aku begini ya?



Rasa bimbang itu memang tiada. Apa yang aku faham, rezeki ini memang datang daripada Allah, tergeraknya hati aku untuk mendapatkan sesuatu, maka itulah yang dipilh Allah buatku. Aku di UIAM kini memang sedang selesa, tetapi bukan sebagai pekerja sepenuh masa. Memang aku ada peluang seperti mana rakan-rakanku yang lain. Tetapi mengapa aku tidak mengejarnya? Inilah misterinya seorang aku. Bukan aku malas mencari dan berusaha. Tetapi tidak salahkan aku berusaha dengan kerja aku sekarang ini? Aku membuatnya dengan penuh ikhlas. Aku menjalankannya dengan penuh redha. Aku sanggup untuk tidak lagi memegang duit ribu-ribuan walaupun pernah memegangnya atas nama program bukan gaji.



Aku berjalan mengiringi pelajar-pelajar bukan untuk menyelam sambil minum air. Aku pergi merata-rata tempat untuk bersama berbakti di lapangan masyarakat. Tipulah aku cakap menjadi accompany officer adalah best. Malahan ianya sangat membosankan. Sebab itu aku pergi dan bersama-sama aktif. Sekurang-kurangnya aku jua dapat merasa nikmat berdakwah bersama mereka-mereka(student) ini. 

Secara teknikalnya, aku tidak berupaya menjadi seorang planner yang bagus buat sekarang ini. Tetapi aku sedang menuju ke arahnya, sebab ianya bukan sahaja berguna untuk aku di CENSERVE, malahan di dunia luar pun perlu termasuklah pengurusan diri sendiri. Merancanglah, kerana tanpa perancangan, kita sebenarnya merancang untuk gagal.

Aku silap.

Suatu ketika aku telah memberitahu perihal keunikan diri ini, iaitu tidak merancang kerana percayakan takdir bulat-bulat. Percayakan takdir adalah betul sebab ianya salah satu daripada rukun iman. Namun berusaha serta berikhtiar jua adalah yang paling penting, elemen yang sangat untuk mendapat takdir yang bagus. Memang segala-galanya sudah tersurat, namun begitu, bukankah semuanya atas KEHENDAK Allah? Jikalau manusia boleh merubah keputusan di saat akhir, Allah lebih lagi malahan Dia mampu merubah takdir kita sebelum kita lahir ke dunia lagi!

Jadi, perancangan adalah lebih bagus di sertai pula dengan perasaan pasrah dan syukur kepada Allah di atas segala takdirnya, baik atau buruk, semuanya menjadi nadi motivasi kepada diri. Perancangan aku masih di sini, di UIAM. Aku mahu berbakti di sini, namun jikalau tidak ada rezeki, mungkin aku akan pergi ke tempat, atau mungkin aku akan pulang ke negeri sendiri. Siapa tahu kan?

Menulis.



Memang hobi aku kini memang suka menulis. Tetapi, hmm tetapi lagi kan? Menulis cuma datang saat aku mendapatkan mood menulis yang sangat baik sekali. Sebab itu, aku kini agak rajin menulis di blog, di ruangan akhbar, dan alhamdulillah, dengan bantuan kawan aku juga iaitu Halim, aku juga pernah menulis di akhbar tabloid I Luv Islam dengan artikel mengenai sukarelawan bantuan banjir ke Kedah pada tahun lepas. Dan mungkin banyak lagi artikel yang aku akan emelkan kepada beliau, namun masa tetap menjadi halangan untuk aku menulis.

Pasangan.



Melihatkan rakan-rakan banyak yang bertemu jodoh, ada yang sudah berkahwin dan menunggu anak kedua pula, membuatkan aku kadang-kadang tak keruan juga. Tipulah tiada perasaan yang bernama jeles menghinggap di jiwa murni aku ni (=p) Allah jualah sandaran aku untuk melepaskan segala-galanya, kerana Dia paling memahamiku. InsyaAllah, jikalau segala-galanya berjalan dengan baik, aku mungkin akan berpasangan jua nanti (pasangan yang halal), siapa tahu kan?

"Orang mana?"
"Siapalah orang yang bertuah tu?" persis soalan Muhyiddin kepada aku ,alam tadi.
"Hahahahahahahaa," aku cuma ketawa. Biarlah Allah tunjukkan kepada semua kelak.

Wallahualam

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake