Safee Sali, AFF Suzuki, Rajagobal, Laser. Memang cukup berseri arena bola sepak Malaysia setelah 21 tahun tenggelam dengan prestasi entah apa-apa.
"Jali, cerita sikit. Mung kan penganilisis bola," sinis bercampur jenaka yang keluar daripada mamat yang bernama Mohd Shazni tatkala kami membincangkan mengenai bola di dalam slot 'isu semasa' semasa usrah Comrade pada malam tadi.
Aku cuma tersenyum. Tapi hari ini aku ingin mengulas juga rentetan para akhbar pun sibuk mempublisitikan para pemain skuad 'Harimau Malaya @ Malaysia'. Setelah skuad ini berjaya memenangi Piala Aff di Jakarta temph hari, pelbagai isu timbul. Isu ini ditimbulkan pula oleh manusia-manusia yang tidak pernah tahu akan sukan bola sepak. Bola mungkinlah dia tahu, dan jawapannya mestilah bulat kalu tidak bocor. Tetapi pendalaman ilmu bola itu sendiri tidak pernah sekelumit pun dia tahu apatah lagi taktikal dan sebagainya. Aku pun macam tu juga, tetapi aku boleh berfikir dan tidak pernah mementingkan sesiapa selain skuad ini. Tapi manusia-manusia ini tetap berhimpit-himpit untuk menumpang populariti yang sama.
Dasar politik anjing!
Kasihan anjing, dia pulak yang dapat nama atas kebodohan manusia-manusia ini. Begitu juga perihal harimau Malaya yang turut terkena tempias kebodohan manusia-manusia ini. Cuma kerana ingin menjaja namanya, serta menjual nama untuk menunjukkan kepada semua manusia yang lain bahawasanya dia begitu concern dengan bola sepak negara. Tetapi semasa bola sepak jatuh, ke mana dan di mana manusia-manusia ini berada. Entah-entah sedang asyik bermain daun terup dengan tokey-tokey balak serta bermain sorok-sorok duit bawah meja.
Dasar politik tikus!
Tikus pulak yang kena! Kasihan betul, tapi nak buat macam mana, semua manusia kini takutkan air kencing tikus, tapi tikus-tikus yang molek air kecingnya masih lagi menikus di bawah ketiak si bapa.
"Pemain yang ingin keluar negara ibarat anak melupakan bapa. Mereka jangan mengejar tawaran serta duit yang banyak sahaja!"
Dasar politik ba**!
Aku tak sanggup lagi menyebut nama binatang ini. Segolong dengan golongan najis mughollazoh. Memang tahap kesabaran peminat sudah tidak boleh di cabar lagi. Pelbagai alasan yang dibuat oleh orang politik (sebahagiannya) semuanya membantut pembangunan bola sepak negara. Masing-masing ingin menyembunyikan niat busuk masing-masing.
Pesanan untuk para pemain bintang Malaysia:
Kamu bermain dengan bagus sekali. Serta mempamerkan skil-skil yang menakjubkan. Itulah sebabnya pelbagai pihak inginkan khidmat kamu. Kamu pernah mengatakan ingin berkelana ke luar negara kan? Jangan takut. Untuk menjadi seorang yang berjaya kamu harus berani mengambil risiko. Jangan takut.Pergilah bermain di luar sana. Kalau FAM tidak mahu kamu bermain, untuk negara , kamu jangan risau. Buktikan kecekapan kamu di liga perigkat Asia seperti ACL ataupun ACC. Jikalau FAM masih berkeras untuk tidak mengambil kamu walaupun kamu membuat aksi yang terbaik di peringkat lebih tinggi, ingat, kamu masih ada kami yang akan memaksa FAM mengambil kamu untuk beraksi dengan negara!
note: contohilah Diego Forlan. Dia sanggup pergi ke Man Utd pada suatu ketika kerana bakatnya, namun pemergiannya ke MU menyaksikan dia beraksi agak kureng. Tetapi dia beralih ke Spain dan dia berjaya meletakkan dirinya sebagai penjaring yang cukup berbisa. Adakah FA Uruguay menghalangnya kerana bimbang dia tidak akan beraksi baik di England? -jangan di pandang perihal Liga di note ini kerana aku tidak bermaksudkan mengenai liga, tetapi mentaliti.
Pesanan kepada FAM (Bapa yang tak kenal di UNTUNG!)
Kamu sudah bagus dan layak di puji kerana pandai berpolitik di dalam sukan. Pelbagai perancangan kamu nampaknya berhasil, bagus sekali. Namun begitu, kamu masih seorang bapa yang bodoh. Pengongkong, dan tidak mahu pemain cuba membangunkan karier mereka di dalam bola sepak. Kamu bukan bapa yang bagus kerana tidak menggalakakkan anak-anak kamu berjaya. kamu marah apabila pemain itu berusaha sendiri untuk bola sepak negara seperti mana yang dilakukan oleh ibu bapa Brendan Gan, Ash dan lain-lain lagi. Kamu sombong, kerana mereka cuma tidak mengikut corak pembangunan kamu sahaja terus kamu buat tidak tahu apa-apa tentang karier mereka ini yang begitu naik di persada liga luar negara. Bodoh kamu FAM. Bapa yang tidak bertanggungjawab. Jikalau kamu adalah bapa yang baik, kamu akan mengatakan begini kepada pemain-pemain yang ingin berhijrah:
"Safee, teruskan niat kamu itu. kami akan sentiasa menyokong kamu. Kalau mereka tidak mampu membangunkan karier serta skil permainan kamu, let us know about it (biarkan kami tahu), dan selepas itu jikalau Safee ingin kembali, kami akan sediakan tempat untuk kamu. Buatlah yang terbaik dahulu, pastikan kamu gegar Asia Tenggara dengan aksi bisa kamu, dan terus menjadi jaguh mewakili kelab kamu beraksi di Liga Juara-juara Asia kelak! Teruskan anakku. Bapa bangga sama kamu!"
Tapi, apakan daya, kita ada bapa yang bodoh, kolot, tidak moden, minda tertutup, kuat jerit ketika menang, kuat melenting bila dikritik, dan kuat tidur!
Semoga bola sepak negara terus maju. full Stop.
Terima kasih, yang tersangat tidak ikhlas;







0 orang jawab:
Post a Comment