![]() |
Khas untuk mu, SAFEE SALI |
SEBELUM BERHIJRAH:
Tertarik betul aku dengan isu seolah-olah 'memperlekehkan' liga Indonesia, dan juga Vietnam. Kencang betul angin aku apabila mendapat tahu sesetengah orang menteri dan FAM seolah-olah menghalang pemain bintang hangat sekarang ini untuk berhijrah ke Liga luar negara. Dengan isu ini, maka aku boleh simpulkan betapa singkat dan sengkek pemikiran pak Menteri kita ini. Beliau tidak nampak serta mengkaji kekuatan liga di Indonesia terlebih dahulu atau pun Liga Vietnam.
"Mentang-mentanglah mereka kalah dengan kita, kita terus nak memperlekehkan mereka?"
Persoalannya, liga mana yang lebih baik antara Malaysia, Indonesia, dan Vietnam? Liga mana yang masih mempunyai kelab yang beraksi di ACL dan ACC. Liga mana? Selangor sendiri pun tarik diri, tiba-tiba pulak membuat kenyataan persis bodoh dan dungu memperkecilkan liga orang lain.
"Jikalau mereka mendapatkan tawaran daripada kelab Jepun ataupun Korea, kami galakkan mereka pergi.."
Kami sebagai peminat nombor satu cuma boleh ketawa. Bodohnya mereka. Ala..ala...ala.. FAM, bodoh sungguh! (nyanyi dengan nada alalalalala Tok, jangan saman!)
SELEPAS BERHIJRAH:
Kronologi ini mungkin terjadi kepada Safee Sali seandainya dia membulatkan pendirian diri untuk beraksi di kelab luar. Ini cuma ramalan aku yang sedang berfikir panjang tidak seperti FAM yang mahukan kejayaan singkat.
Beraksi di Indonesia ataupun Vietnam. Safee berjaya meloloskan diri ke dalam skuad utama kelab tersebut. Menjadi penjaring berbisa dalam musim pertamanya. Berjaya membantu kelabnya menjadi 3 kelab terbaik dan seterusnya layak untuk beraksi di Piala Juara Asia atau Liga Juara Asia. Perlawanan pertamanya pula berdepan dengan skuad daripada Korea atapun Jepun ataupun daripada Timor Tengah.
Dia bermain baik lagi, dan berjaya merobek lawan. Kebetulan berita tentang kehebatannya sebagai penjaring mula disebut-sebut di Asia (bukan asia tenggara ye..) seorang scouter (mungkin daripada Liga-J ataupun Liga Korea datang mengintai kekuatan skuadnya dan juga melihat nya. Analisis dan laporan terus dibuat.
Dan lamaran meminang pun sampai. Agen Safee pun bersetuju. FAM di Malaysia bangga. Berita dan akhbar pun turut sengsasikan berita tersebut. Satu Malaysia turut bangga. Ya, kini Safee Sali telah menandatangi kelab daripada Jepun yang agak terkenal iaitu URAWA REDS. Dan di Liga-J dia turut mempamerkan kematangan sematang usianya di anggarkan mencecah 29 tahun.
Di situlah jua, para scouter daripada Belanda dan Russia berkumpul untuk mendapatkan bakat-bakat baru. Ya, ternampak susuk tegp penyerang Malaysia di situ. Selama 2 tahun berkenalan di Liga-J, kini safee sudah bersedia untuk menembusi pasaran Eropah dan berjaya mengikat kontrak selama 3 tahun di Russia. Walaupun usia sudah mengjangkau 33 tahun, Safee masih berbisa di peringkat liga mahupun negara. Dan oleh kerana usianya yang lanjut beliau akhirnya pulang persis Ballack yang pulang ke tanah air untuk menaburkan sisa-sisa pengalaman kepada golongan muda.
Dan sebelum Safee meninggalkan kelabnya, dia berjaya recommendkan beberapa pemain utama kebangsaan untuk beraksi di Eropah.
Untuk menjadikannya realiti buat Safee, dia mahukan galakan daripada semua pihak. Tapi apakan daya dia tidak dapat itu semua. Malah hasrat serta impiannya musnah kerana kekolotan FAM yang berselindung di sebalik 'concernnya' mereka kepada Safee. Takut Safee memusnahkan kariernya andai dia tersalah buat pilihan katanya. So, apa fungsi FAM untuk melindungi pemain-pemain negara? Bila menang, sorak pelbagai, lupa terus siapa yang beraksi di atas padang! baik ikut BAM sahaja, Hafiz Hashim terus menjadi anak emas dan dilindungi walaupun gagal beraksi dengan baik.
Apa komen anda?
5 orang jawab:
at: January 6, 2011 at 4:47 PM said...
terbaik bro. kene hantar kpd FAM, bukak sikit mata depa
at: January 7, 2011 at 11:31 AM said...
Hehehehe... entahlah, tak taulah eden nok pi hantar lagu mano...
at: January 7, 2011 at 4:54 PM said...
Hak individu...kalo dia nak pergi..biarlah..cari pengalaman di tempat org walau di mana-mana pun..
at: January 9, 2011 at 8:48 AM said...
malaysia dah menang piala suzuki ni dah mcm menang piala dunia agaknya... sebab 2 FAm xmau pemain malaysia p men kat luar.... tgk EPL... england dah bpa lama x menang piala dunia, piala eropah la busuk2 pun... x menang.. tapi.. liga depa adalah yang terbaik di dunia... FAM keja pelekeh liga org ja... fikir2kanlah dan selamat beramal....
at: January 9, 2011 at 5:46 PM said...
huhuhu, both of u are rite. Well, semua nya depend kat de ah, lagipun penat nak layan FAM ni, ntahlah, xde ke yg berani tubuh satu badan baru bola sepak. Kita cabar sikit, biar FAM tergugat....
Post a Comment