Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Friday, January 7, 2011

Travelog 218: Selekeh? Smart? Kacak?

Imej memang penting. Sangatlah penting untuk mendapatkan bermacam-macam perkara. sebagai contoh, inginkan suatu kerjaya, maka imej adalah elemen yang sangat penting untuk mendapatkannya. Perkara ini akan dinilai sejak proses temuduga lagi. Lelaki atau pun perempuan akan turut sama berdandan bagi menampakkan imej nya yang sangat baik dan bagus.



Pakain yang kemas dan pakaian yang selekeh. Manakah yang menjadi pilihan anda? Majoritinya akan berkata dan bersepakat pakain yang kemas adalah yang menjadi pilihan utama. Mengapa aku mengatakan majoriti, bukannya 100%? Mestilah aku berkata sedemikian kerana bukan aku menganilisis kehidupan korporat-korporat semata, bahkan aku juga menemubual orag gila bawah jambatan, pegawai yang membawa lori sampah, pekilang-pekilang dan juga pekebun-pekebun di setiap kampung. Mengikut analisa ini juga, kita boleh simpulkan bahawa kehidupan sekelilinglah yang mempengaruhi cara kita berpakain.

Miss G juga berpesan di ruangan komen aku pada atikel yang lalu dengan berkata kalau nak selekeh pun biarlah bertempat. Dan semalam juga dia duk pertikai kekemasan aku dengan mengatakan pakaian aku masih tidak sempurna. Saudara sahabat aku yang menjadi trainer di Telaga Biru juga turut membantu aku di dalam pemilihan pakaian dan tali leher yang betul serta sepadan dengan baju.

Aku pula bukanlah seorang yang mahir dalam bidang ini. Smart satu perkara, selekeh satu perkara. Aku cuma boleh berkata yang aku berpakaian mengikut keadaan. Sebagai satu penjelasan, kenapa tidak berkasut? Aku memang ada kasut, ada di bawah meja di pejabat. Dan, senang untuk aku solat, dan kemudiannya malas nak pakai balik. Heheheheh....

Jikalau dulu (semasa zaman pemerintahan COMRADE sesi 2008/09) memang cara pemakaian aku seperti orang yang tidak bertamadun. T-Shirt  biasa, serta seluar jeans yang entah apa-apa tapi masih menutu aurat. Baju kemeja pula tidak bergosok, dan pemilihan warna juga tidak teratur, kejap cerah kejap malap. Tapi bagi aku, itu tidak penting, asal perangai jurus (baik dan elok). Bagi orang lain, itulah maknanya berpakaian selekeh, dan orang itu tidak akan aku kahwini kerana sudah terlepas dari kriteria pemilihan calon isteri aku. Hahahahaha...



Bagi yang tidak mengenali aku pasti akan menyatakan yang aku ni selekeh, tidak kemas dan sebagainya. Tetapi aku tetap mengikut peraturan dengan memakai pakaian yang bersesuaian di majlis tertentu. Jikalau aku masuk kampung, sama ada di pedalaman orang asli atau pun Sabah dan Sarawak, aku akan berpakaian kampung. Kalau melihat aku cuma berkain pelikat dan berbaju pagoda, jangan takut, itulah pakaian aku dan ini akan memudahkan kerja aku untuk berkomunkasi dengan golongan tua di situ. Jikalau akau memakai jeans dan t-shirt semata, itu akan memudahkan aku memdekati golongan muda di situ. Cuma aku tiada kain lampin baby serta puting susu atau botol susu untuk sama-sama mendekati golongan baby. 

Aku bukannya tidak suka dikritik atau ditegur, bahkan aku ini seorang yang berfikiran terbuka. Korang mungkin tidak tahu bahawa aku pernah ditegur oleh Prof. Sidek Baba semasa ceramahnya di Experimental Hall yang dihadiri oleh ramai pelajar-pelajar lain. Kalau aku tidak silap aku serta Jiju yang turut ditegur pada ketika itu di hadapan ramai orang. Tapi aku tetap rilek dan cool jerk. Namun begitu, aku sangatlah mengharap mereka-mereka yang suka menegur aku, tegurlah dengan berhikmah. Terasa disayangi gitu.. kan?

Ini tidak, bukan sahaja dengan lirikan mata, bibir menjuih entah apa-apa, pandang ke lain, mengeji itu, megeji ini, siapa yang tidak redha untuk menerima masihat? Aku pun tidak akan menerima nasihat kalau itu cara dan gayanya. Namun begitu, aku bukan seperti orang lain yang akan terasa begitu lama, aku cuma akan tersinggung di situ dan di waktu itu sahaja, setelah aku paksikan nasihat itu bukannya daripada mulutnya, tetapi daripada Allah, serta-merta aku akan cool dan terima dengan hati yang tenang. Sekurang-kurangnya aku terasa damai dengan tindakan aku itu dalam menangani masalah jiwa-jiwa ini.

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake