Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Thursday, January 13, 2011

Travelog 220: Jangan Terlalu Bangga Dengan Diri dan "Masyarakat"mu!

Syyyy.....

Tatkala, bulan mengambang, kelihatan beberapa pontianak memulakan tugas mereka. Bertemperianlah mangsa-mangsa yang dikejar oleh sang pontianak pada malam tersebut. Kelihatan juga sekujur tubuh manusia yang menggeletar di tanah kerana proses transformasi dirinya kepada seekor serigala. Di kawasan yang lain pula kelihatan seekor harimau saka sedang menjaga tuannya yang sedang berburu di dalam hutan hujan di pinggir kota.

Ah! Itu semua adalah cerita yang direka oleh sang pengarah untuk menghiasi dunia fantasi serta khurafat. Cerita-cerita ini ditayang di setiap kaca-kaca tv di dalam setiap rumah. Maka ramailah yang menjerit serta ketawa kerana melihat aksi lucu si penakut. Ah! Lagilah mereka bangga kerana cereka mereka menjadi!

Begitulah jua dengan persatuan-persatuan kita sendiri. Mereka bangga berada di dalam kelompok mereka. Mereka bangga menjadi sebahagian daripada kelompok tersebut, hasilnya, mereka kemudiannya menjadi orang yang hebat. Dari sudut kesederhanaan, orang-orang yang hebat ini akan menjadi seorang yang berguna. Namun yang berlaku adalah berbeza. Sangat berbeza. Mereka mengAGUNGkan 'masyarakat' mereka yang sangat sempurna. Mereka malahan menghina 'masyarakat' lain, bukan itu sahaja, mereka juga mencari titik kelemahan yang lain tanpa ada sedikit pun perasaan ingin mengajak mereka bersama-sama menjadi hebat seperti yang berlaku pada 'masyarakat'nya.

Ah! Orang seumpama ini yang rata-ratanya membuatkan aku sakit hati! Butir bicara seperti:

"Kalau di kelab aku, takdenye buat benda-benda macam ni..." sambil membuat lirikan mata yang cukup menghanjingkan!

"Orang yang hebat seharusnya macam ni, macam tu.. macam yang berlaku dalam kelab aku ah..." sambil membanding-bandingkan keadaan aku dengan keadaan orang-orang di dalam persatuannya dengan membutirkan bicara seakan bangga plus riak.

Tak boleh ke kalau korang bercakap dengan lebih rendah diri?

"Persatuan kami ada bahan-bahan macam ni, mungkin kau boleh ambil untuk jadi panduan... Sekurang-kurangnya kita berjaya menyelamatkan ummah..."

"Persatuan aku pun apa kurangnya, kita semua ada kebaikan dan kelemahan masing-masing.."

Tapi apa yang aku dengar dan mengecewakan:

"Kelab aku takdelah macam tu..."

"Setakat ni, kami lah yang buat macam tu, apa yang orang lain buat?"

"Malas aku nak layan, takde yang penting pun..."

Hmmm.. ini semua membuatkan aku seakan-akan terpaku. Betulkah ini yang berlaku di dalam dunia Islam. Tiada semangat setiakawan? Tiada semangat persaudaraan di dalam Islam? Tiada semangat jihad? Tiada persefahaman di dallam perjuangan? Masing-masing lebih memperjuangkan EGO daripada perjuangkan semangat ISLAM mereka?

Mereka inilah pontianak, menghisap darah saudara sendiri! Merekalah jua Serigala dan Saka Harimau, memang suka menyusahkan orang lain. Seperti mana aku sedang menonton kisah pontianak sekarang ini....


aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaooooooooooooooooooooooooooooooooowwwwwwwwwwwwwwwww!!!

1 orang jawab:

Martinelli Hashim says:
at: February 5, 2011 at 7:49 AM said...

Orang begitu akan kerpa kita temui disepanajang perjalanan daawah

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake