Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Friday, January 14, 2011

Travelog 221: UIAM Boleh Menjadi Pusat Sukan??

"Jali tak pergi ke program Steadfast ke?" Tanya Ibu Nelli semasa beliau memasuki pejabat selepas maghrib tadi.
"Ha'a lah. Program dinner kan?" Terus aku bertanya kembali.
"Ha'a..." jawab ibu daripada biliknya.

"Din, ko pergi mana?" Tanya aku pula kepada Izuddin yang turut ada di pejabat.
"Aku pergi usrah Inspire lah..." jawab beliau.

Ibu keluar daripada biliknya. Dalam masa yang sama, aku berada di dalam bilik mesyuarat untuk menunaikan solat maghrib. Biasalah, aku tiada kad keluar masuk, jadi, aku tidak pergilah ke masjid. Jikalau ada staff atau pun kawan-kawan yang stay di dalam pejabat, bolehlah aku keluar berjamaah di masjid.Barang-barang berharga banyak di dalam tu, nak keluar mestilah kena kunci pintu. Jikalau begitu, aku mesti berfikir untuk balik bilik sahajalah jawabnya. No more office! Leave your work!

Sebaik habis aku mendesignkan satu poster pencarian trainer CENSERVE, aku terus mengeposkan di laman terkenal muka buku. Din sudah pun bergerak ke Usrah Inspirenya. Tinggallah aku seorang diri. Seusai kerjaku, terus aku capai beg laptop abang Jamil, dengan langkah kanan yang beserta dengan niat makan, aku menuju keluar daripada pejabat dan menuju ke KAED Gallery. Budak-budak Steadfast sedang menunggu di sana (actually, tak perlu tunggu pun, sebab Ibu dan Abang Din sudah pun berada di sana. Cuma aku dan abang Jamil sahaja yang belum sampai).

"Zul, aku boleh datang tak?"
"Boleh. Takde hal!" Begitulah mesej jawapan daripada Zul, presiden baru Steadfast.
"Ok, on my way!"

*********************

"Buuurrrrrrpppppp......" 
"Alhamdulillah." Kenyang giler kot. Ada dalam 3 pinggan aku melantak tadi. Jikalau di dalam cerita P.Ramlee aku dikira sebagai orang yang paling gagah yang akhirnya cuma menjadi Hang Kebun.

"Nanti balik dengan sayalah.." pelawa abang Din.
"Okey.." balas aku dengan segera.
"Kita pergi stadium dululah. Ke, ko nak balikdah?"tanya abang Din semasa memasuki ruang Male Sport Complex.
"Okey jer bang. Ikut ajer.."

Rupa-rupanya ada karnival sukan ataupun sukan universiti peringkat yang ke berapa aku tidak tahulah. Namun program ini diusahakan oleh mahallah-mahallah di dalam UIAM. Oleh kerana Abang Din serta Abang Jamil juga adalah Fellow mahallah Bilal dan Zubair, aku pun turut sama bersorak. Ramai juga penonton dan pesorak yang datang tadi Gamat suasana sebentar. Adalah dalam 2 ke 3 ratus yang hadir (campur pengadil, jutuacara, PBSM, jurubuat air, barisan AJK, MRC, fellow, principal, dan makcik cleaner yang stayback).

Semangat yang ditunjukkan juga tidak kurang hebatnya. Kita mampu memperoleh barisan atlet yang bagus juga sebenarnya. Namun sayang, kita tidak mampu menjadi pelopor sukan dalam bentuk Islam lagi, maaf terpaksa diulang, kita tidak mampu menjadi model yang bagus dalam menonjolkan sukan bersifat Islamik (suasana, pemakaian, dan aturcara) tetapi meriah serta lebih berprestij. Tau, kita bukan Sekolah Bukit Jalil, atapun MSN, namun kita juga mampu melahirkan bakat-bakat baru yang tidak kurang juga hebatnya.

*******************************

Analisis Sukan di UIAM

Terlebih dahulu, jangan terlalu bangga yer dengan pencapaian yang ada, kerana bagi aku dari segi pembangunan sukan universiti, kita masih di tahap amatur. Mungkin gred C, walaupun kelengkapan riadah kita gred B, katanya, atau GRED A?. Tak tahulah kalau akau silap dengar. Pasal facility aku tidak mahu komen, tetapi daripada sudut pembangunan sukan sahaja, (terutama di dalam bola sepak). Seperti mana di Jepun dan juga Korea, liga mereka turut di meriahkan dengan kehadiran kelaab-kelab daripada universiti-universiti di beberapa daerah. di Malaysia, cuma ada beberapa universiti contohnya USM. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Namun, bukan itu sahaja yang aku ingin ngomelkan di sini. Aku cuma nak cakap mengenai salah satu I di dalam IIICE, iaitu Islamization. UIAM sepatutnya menjadi model kepada pengurusan sukan yang lebih Islamik. Kita mulakanlah dengan mewujudkan suasana terlebih dahulu, antaranya:

  •  Mengetatkan undang-undang pemakaian yang menutup aurat. Baik lelaki mahupun perempuan. Yang perempuan pun memakai seluar tight hitam, sudah pun menunjukkan susuk dari betis sampai pahanya. Masalah juga  buat kaum adam yang hadir.
  • Lelaki pula selamba saja memakai seluar pendek ala-ala pemain bola dahulu kala. Sejengkal dengan pangkal paha, garu punggung sikit dah namapk seluar dalam. Aurat tetap aurat beb, walaupun kau spesis adam! Teruatamanya pelajar foreigner (kerana cuma foreigner yang menyerlah pada malam tadi!)
  • Percampuran lelaki dan perempuan di tempat duduk penyokong juga tampak kurang manis di UIAM. Aku rasa pihak komiti mampu, namun kelemahan di struktur penyelarasan karnival yang menyebabkan benda ini terlepas pandang.
Bagaiman pula dengan pembangunan sukan di UIAM? Adakah ada cadangan? Ya, aku ada cadangannya. Kita lihat apa masalah sebenar yang dihadapi:

Pihak universiti sudah pun membuat annual sport programme iaitu karnival sukan universiti inilah. Yang memainkan perana mencari atlet adalah MRC. Pening diorang ni, siang malam promote. Yang dapat, cuma kroni, namun ada juga yang dapat atlet yang sebenar (itu pun sebab ada promotion serta pendaftaran di MRC office. Datang sendirik beb. True atlet ni).

Bagi aku tidak perlulah benda ini berlaku lagi. Apa kata kita buat satu pembangunan berperingkat untuk sukan-sukan yang di anjurkan ini. Ikut susunan cadangan aku ni (cuma untuk bola sahaja):

1) Assignkan coach sukan tertentu pada awal semester lagi. Buatkan iklan mencari atlet untuk menjadi wakil kepada mahallah.

2) buatlah siri perlawanan persahabatan (contoh kepada bola @ futsal) dengan mana-mana kelab luar (ataupun antara mahallah) sebelum event berlangsung.

3) Createlah watak-watak atapun ikon-ikon bola setiap mahallah. Buat liga bola sepak di antara mahallah, ini adalah kerana apabila mewakili mahallah ianya seolah-olah mewakili daerah masing-masing. Setiap fan ada chant masing-masing. Meriah kan?

Namun begitu yang sayangnya, Bola Sepak tidak dipertandingkan. Cuma Engin dan Law sahaja yang buat, linkungan yang kecil, maka hasilnya pun kecil sahaja.

Berbalik kepada proses mengislamisasikan keadaan tadi, aku adalah juga beberapa cadangan, dan memastikan acara ini juga turut di sambut dengan neriah, tanpa unsur liberal dan sekular!

a) Setiap mahallah akan menerima satu surat yang menyatakan peraturan di dalam sukan. Aurat dan sebagainya atas dasar peringatan. Mana-mana atlit yang melanggar etika berpakaian di dalam universiti akan di denda, bukan atlit, malah penaungnya iaitu mahallah.

b) penggunaan aturcara majlis memang meriah. Ia juga dipanggil sebagai DJ. menjadi pengulas sambil memberi peringatan kepada sesama muslim. Permulaan majlis dimulakan dengan doa, dan dihabiskan jua dengan doa (at least tasbih kafarah dan surah al-Asr pun cukuplah).

c) Tempat penonton sudah di sediakan tempatnya tersendiri. Ada bahagian mahallah masing-masing, baru kita tahu mahallah mana yang less supporter. Barulah senang nak boo. Tak gitu rakan-rakan semua? 

d) Tempat penonton kan ada dua bahagian, tidak salah rasanya mengasingkan antara lelaki dan perempuan? Jikalau kita ambil gambar keadaan bercampuran, dengan gambar bercampuran di tempat lain tiada bezanya. maka, UIAM cuma setaraf dengan universiti lain. Issyyy.... mana mungkin setaraf, bukankah kita ingin jadi model kepada universiti-universiti lain?

Inilah sahaja yang aku boleh komen. Masing-masing boleh berfikir sejenak, jikalau tiada perasaan apa-apa yang wujud di dalam hati korang, baik hantuk jer kepala tu di kelapa muda. Buleh kita minum air kelapa muda.... hehehehe... selamat membaca dan selamat pagi buat semua.

Catatan berakhir pada pukul : 1:24 pagi waktu Malaysia, Oleh:


2 orang jawab:

Anonymous
at: January 17, 2011 at 11:06 AM said...

setuju! :)
1st time singgah..

tuan punye blog says:
at: January 17, 2011 at 5:54 PM said...

tq kerana minyinggah nyinggah di Travelogku ini. Teruskan mengutarakan pandangan, serta idea! Terima kasih yer

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake