Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Tuesday, January 25, 2011

Travelog 223: Demi Pembangunan Bola Sepak Malaysia: Harapan & Cadangan

"Ah, sial punya FAM! Sekarang buat hal lagi!!!"
"Presiden, tolong letak jawatanlah!!!"
"Fam adalah family and members! F*** FAM!"

Macam-macam perkara yang berlaku, macam-macam luahan yang dibuat. Macam-macam kritikan serta cadangan yang ditendang keluar oleh FAM. Macam-macam ada! Sorry, FAM di atas merujuk kepada badan induk bola sepak negara Malaysia, bukan FAMA atau FARM (ladang) yang disalah ejakan.



Semalam, sekali lagi Kelantan FA (KAFA) dan peminatnya (termasuk aku) menerima satu tamparan yang hebat daripada FAM. Aku rasa, kali ini bukan setakat tamparan, tetapi tendangan, flying kick dan backhand yang dahsyat daripada badan induk paling popular di Malaysia. Berita yang cepat tersebar semalam menceritakan Abe YA (Sathianathan) dikekalkan hukumannya selama 6 bulan. Hukuman di atas kerana beliau menyuarakan pendapat dan kritikan yang membina. Itu kalau membina, kalau yang tidak membina? Bagimana? Mesti di buang daerah dan sebagainya. Bodoh!

Inilah akibatnya apabila politik bersama-sama mentadbir sukan no. 1 di Malaysia ini. Mengapa politik semestinya wajib ada di dalam mana-mana badan sukan? Tidak kiralah FAM ke, BAM, Bang Bang Boom ke, yang pastinya mereka-mereka ini suka benar bertempelan dengan badan-badan sukan ini. Mengapa?

1) Badan sukan merupakan badan dan anggota rakyat. Ibarat senam robik. Semuanya akan mengikut gerak tubuh si ketua senam robik. Rakyat akan ikut. Jikalau badan tersebut berjaya, mulalah menganjur macam-macam acara. Dalam ceramahnya kepada atlit, jangan lupa mengundi saya ya! Bukankah target groupnya kini lebih rapat serta kukuh? 

2) Badan sukan merupakan badan yang glamour. Kejayaan sesuatu badan akan memberi kesan kepada jutaan peminat sukan tersebut. Sebagai conoh, kemenangan piala Suzuki 2010. Siapa-siapa yang menyuarakan pendapat dan bersama dengan skuad adalah individu yang paling meriah menerima pujian. Bukan itu sahaja, rakyat pun mulai percaya dengan aksi yang ditunjukkannya memandangkan apa yang diharapkan peminat sudah menjadi realiti, hakikatnya bukan dia pun yang berada di belakang skuad kerana yang memastikan piala tersebut pulang ke Malaysia adalah keringat bapak jurulatih dan pemain!

Namun akibat buruk daripada pergaulan bebas politik dengan badan induk sukan negara ini lagilah parah. Para politikus yang berhati busuk ini memang pandai mencium lubang-lubang mereka. Hatta di dalam FAM. Aku sangat tertarik dengan cadangan oleh Lucius Maximus di dalam karangan CADANGANnya.



Kalau korang baca, terasa diri ini yang ingin menyambug legasi FAM dan seterusnya menggulingkan ramai orang di dalam FAM agar cadangan Lucius boleh direalitikan. Korang boleh baca dengan klikkan di link yang dibuat pada perkataan 'cadangan'. 

Baiklah, aku pun ada cadangan aku sendiri (yang sebetulnya ingin menambah sedikit sahaja cadangan yang dibuat oleh lucius). Kita semua tahu Piala Malaysia ini dipertandingkan dengan prestijnya selepas berakhirnya Liga M. Bagi menyokong pendapat Lucius, ya, kita wajib menjadikan semua pasukan ada sense of belonging kepada komuniti. Contoh yang diberikan oleh beliau, Bangi United (instead of Felda United) dan macam-macam lagi. Aku tersangatlah setuju. Dengan cara ini, kelab tersebut boleh membanyakkan lagi acara dalam mempromosikan kelab mereka dengan tertubuhnya CSR kelab masing-masing. Membuat amal kebajikan dengan menurunkan Star masing-masing dalam memberi pengajian khas tentang bola sepak ke sekolah-sekolah di daerah masing-masing. Inikan lagi baik daripada mendedahkan kepada pelajar mengenai pendidikan SEKS!

Itu adalah agenda yang mungkin terjadi andai pasukan-pasukan ini menjadikan mereka wakil kepada kawasan tersebut. Benda-benda kelab ini korang boleh faham sendiri dengan membaca artikel Lucius. Ini pula cadangan aku untuk Piala Malaysia.

Sekarang, kita cuba bayangkan situasi ini pula. Cadangan aku ini adalah untuk menaikkan kualiti Piala Malaysia. Dan mengimbangi perlawanan yang banyak setelah kita ada banyak peringkat liga. dan cadangan aku ini cuma ingin menampakkan kemeriahan yang berbeza dalam bola sepak tanah air.

Okey, sekarang ini kita sudah ada 3 ke 4 peringkat liga seperti mana yang dianjurkan oleh Lucius. FA pula sudah tidak lagi memegang negeri, ini membuatkan mereka lebih cenderung ke arah soal membangunkan bola sepak negeri masing-masing dengan menganjurkan akademi serta liga tempatan yakni di dalam negeri. Mungkin liga peringkat sekolah-sekolah.

Namun bagi pendapat aku pula, apa kata Piala Malaysia cuma disertai oleh pasukan Negeri sahaja. Di dalam liga M, yang bertanding adalah mewakili kawasan, bandar atau daerah masing-masing. Tetapi di kancah piala Malaysia, FA negeri akan melantik jurulatih yang yang menonjol dalam liga super atau liga perdana bagi membuat skuad negeri pilihan untuk beraksi di dalam Piala Malaysia. Sebagai contoh:

Sekarang ini Liga M sedang giat berlangsung. Ada 18 pasukan yang bertanding. Dan ada wakil 2 bandar setiap negeri di dalam liga M. Apabila habis sahaja LIGA M, FA negeri akan mengenal pasti jurulatih kepada bandar-bandar yang mewakili negari masing-masing untuk mengemudi skuad pilihan negeri. Setiap bintang yang berkelana atau pun yang local yakni yang bermain untuk bandar masing-masing  akan di panggil untuk sesi latihan bersama skuad pilihan negeri.

Bukankah dengan ini lagilah ribuan peminat negeri masing-masing akan mendampingi skuad mereka. Pelbagai kain rentang akan dilihat. Seolah-oleh mereka ini mewakili negara masing-masing bagi merebut Piala Malaysia. Dengan pemilihan yang telus oleh jurulatih pilihan negeri ini pasti memudahkan lagi jurulatih kebangsaan untuk memanggil pemain bagi menyarung jersi kebangsaan. 

Apa-apa pun support Lucius dan Sokernet!

Wah, meriah bukan? Apa kata survey?


0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake