Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Monday, February 14, 2011

Travelog 227: Terjemahkan "Page" Anda!

"Mdm, sekarang ini kan Internet pun sudah menyediakan sistem terjemahan. Jadi, memang tidak perlu buat page English lagi..." jelas Cecep kepada Ibu Martinelli.

Cecep dan Zaihan menemui ibu untuk berbincang mengenai kelab Misi. Aku macam biasa berada di meja Part Time aku. Apabila terdengar sahaja panggilan ibu, terus aku menerjah ke bilik beliau.

"Jali, baguslah blog-blog censerve ini. Sekarang sudah ramai yang jadikannya refference. Tengok, blog Misi pun sudah ada yang tengok..." beritahu ibu Martinelli kepadaku.

"Ha'a, Uniten yang melawat.." Cecep menambah.
"Jadi, kita memang nakkan blog censerve ini sentiasa update. Ramai nanti yang akan mendapat manfaatnya."
"Misi punya blog kena baiki sikitlah. Sekarang ini tampak serabut sikit." terang Ibu Martinelli.
"InsyaAllah, memang kami rancang pun untuk membentuk design yang baru, perbincangan dengan Ajie pun sudah dibuat," balas pula Cecep.

"Tapi kalau Misi dapat come out dengan page yang boleh ditranslate kepada BI, lagi pun di dalam Misi kan ramai budak-budak BENL?"

Inilah persoalan Ibu Nelli yang membuatkan Cecep menjelaskan bahawa sekarang ini Internet sudah pun mempunyai satu sistem terjemahan yang dibawakan oleh Google. Ianya dinamakan sebagai Google Translator. Dan yang pastinya Blog anda juga mampu ada sistem ini bagi memudahkan pengguna luar negara turut mendapat manfaatnya.



Namun harus diingat, Google Translator tidak mampu memberikan terjemahan yang bagus, mungkin ada yang tersalah grammar dan vocabulary. Ini adalah kerana sistem ini tidak banyak di update oleh pakar-pakar bahasa Melayu (mungkin sedang diupdate), maka kita tunggulah dalam 3 hingga 4 tahun lagi, sistem ini akan mampu menterjemah hampir kesemua perkataan bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris.Namun begitu, anda tetap boleh menggunakannya mulai sekarang ini.

Caranya mudah sekali. Ikutlah cara-cara seperti dibawah:

1)   Pertamanya anda haruslah membuka DASHBOARD anda dan terus menuju ke bahagian  
      DESIGN.

2)   Selepas itu, anda boleh menekan ADD GADGET, dan seterusnya memilih HTML/Javascript.

3)   Di dalam kotak HTML/Javascript anda bolehlah meletakkan kod seperti di bawah ini:

<div id="google_translate_element"></div><script>
function googleTranslateElementInit() {
  new google.translate.TranslateElement({
    pageLanguage: 'ms',
    layout: google.translate.TranslateElement.InlineLayout.SIMPLE
  }, 'google_translate_element');
}
</script><script src="//translate.google.com/translate_a/element.js?cb=googleTranslateElementInit"></script>

4)    Ataupun terus ke halaman http://translate.google.com/translate_tools

Selamat Mencubanya....

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake