Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Thursday, February 24, 2011

Travelog 230: Media Vs Stadium

"Kalau semua media buat tayangan langsung semua perlawanan, nanti tiadalah yang akan datang ke stadium, masing-masing akan tercongok di depan TV sajalah nanti.."



Ha, itulah di anatara luahan yang aku rasa dia ini adalah antara orang yang tidak faham media. Mungkin dia tahulah tentang media massa dan sebagainya kerana beliau pernah menjawab karangan bahasa Melayu yang bertajuk Media Massa dan pengaruhnya kepada masalah remaja.

Bagi peminat bola, khususnya yang fanatik dan sangat gemarkan bola, sehinggakan setiap hari bermimpi dan berchanting sehinggakan bini sendiri pun dan tak tahan, akan tahu di mana sebenarnya fungsi media dalam merancakkan bola sepak.

Sebenarnya untuk saudara saudari yang beranggapan bahawa media boleh menyebabkan penonton tidak menghadirkan diri ke stadium, media merupakan satu badan atau entiti yang cukup berkesan untuk menarik minat setiap individu jatuh cinta kepada sesuatu. Bagaimana Shahrukh khan terkenal? Adakah dengan menegur di taman bunga, menari di khalayak seperti orang gila? Tidak! Dia juga melalui satu sistem iaitu sistem media! Baik di kertas atau di skrin! Hasilnya, setiap kali media menghebahkan bahawa dia ingin turun ke Taman Samudera, bukan sepuluh, tapi berpuluh-puluh ratus yang gilakan dia, menunggu dengan sabar, walaupun basah kuyup dek hujan, tapi sanggup semata-mata ingin berjumpa dan menjerit... abangggggg shaaaaahhhhhrukhhhh khaaaannnnnnnnn!

Bagaimana pula dengan bola? Betul ke penonton tidak lagi ke stadium? Penonton??? Penonton memanglah tidak akan ke stadium, tapi penyokong akan datang ke stadium! So, apa kena mengena dengan media? Ya, banyak persamaannya, penyokong adalah negatif dan media adalah positif, seperti magnet, saling berharap dan memerlukan. Melekat sampai bila-bila! Nak tahu buktinya?? Kita layaannnnn....

 Apabila media membuat tayangan langsung banyak game
Peminat akan rasa teruja untuk melihat permainan dengan lebih dekat. Melihatkan penyokong yang datang di TV, penonton yang di rumah akan membara. Dan timbullah perasaan.. "ah, aku akan join mereka nanti!" setiap masa  ada sahaja perlawanan yang dibawakan khas ke rumah anda, sehinggakan anda sendiri pun teransang sama di samping pihak media sentiasa mempromosikan kempen jom ke stadium setiap kali iklan dan sebelum game.

Apabila media kuat menaikkan populariti pemain, menjadi duta itu dan ini
Awek-awek dan suri rumah akan menjerit-jerit memanggil nama pemain yang dikatakan mereka kacak dan kaya. Setiap hari sebelum samarinda dan cerekarama terpampang pemain yang kacak memperagakan skill sambil membasuh badan dengan sabun bungkus yang baru, hasilnya, semua awek-awek dan suri rumah akan ke stadium untuk melihat pemain kesayangan mereka bermain. Penuh lagi stadium kan????
 
Apabila media membanyakkan lagi ruangan serta slot sukan bola sepak
Penonton yang tahu tercongok di depan TV pun terangsang untuk berhibur dengan bola sepak. Apabila dah hari-hari slot bola ada, siapa yang tidak terpengaruh! Hatta budak kecik pun asyik duk memaksa si bapak bawakan dia ke stadium untuk melihat team negerinya main!! 

Jadi, apa lagi media? Gunakan pengaruh hebat anda untuk menaikkan mutu bola sepak malaysia! Jadikan mereka kaya dengan lagak seorang selebriti, namun harus diingat, kalau mahukan mereka tidak tenggelam dengan dunia kemasyhuran pastikan dalam kontrak ada tertulis jikalau tidak dapat meneruskan aksi yang bagus di dalam setiap game baik negeri ataupun negara, dengan serta merta kontrak akan dibatalkan, bayaran juga tidak akan diterima.... hahahahahhahaa, so untung untuk diri sendiri, dan untung untuk negara!

Tahniah untuk Harimau Malaya kerana menang 2-0 ke atas Pakistan. Aku yakin skuad Ong akan menang ke atas Pakistan di Lahore, jangan bimbang ye!


0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake