Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Thursday, March 10, 2011

Travelog 231: Terima Kasih ULTRAS MALAYA

"Jali, kalu kau jadi speaker untuk program budak-budak commuity service skill saya boleh?"tanya abang Khairulzain kepadaku pada suatu hari.

"Mmm... mmmm... macam menarik, tapi apa syarat dan tajuknya?" balas aku pula.

"Senang saje. Tentang moral, sebab bukan sahaja Islam yang ada, India (hindu atau Kristian) turut ada juga nanti. Budak sekolah rendah, darjah enam semuanya,"jelas abang Khairulzain tenang.

"Ye ke? Berapa ramai?"
"Adalah, dalam 300 orang?" dengan wajah yang tidak bersalah, beliau memberitahu aku.
"Apa??????" seperti drama melayu kan?
"Dato', habislah, saya tak pernah bagi talk dekat budak-budak seramai tu,"sudah mula hilang keyakinan aku tatkala diberitahu angka sebenar kehadiran budak-budak itu nanti.

"Alah, bukan lama pun, budak-budak saya cakap tadi, bagi dalam 45 minit sahaja, cukup ah, alah hang boleh buat punya!" Yakin sekali abang Khairulzain memujuk aku.

Aku memandang jauh. Menarik nafas yang dalam. 

"Okeylah dato', saya akan cuba lah."
"Ha, macam tulah! hang boleh buat punya." Dia tersenyum. Aku? 'Mampuslah....'.

Selama 3 ke 4 hari aku melakukan sedikit kajian dan bersedia dengan isu-isu yang boleh dibawa ke hadapan nanti. Mulalah aku menggoglekan sahaja maklumat di smaping aku bertemu dengan ibu memohon ilmu dan doa. Alhamdulillah, sampai juga aku pada tanggal 5 haribulan 3, tahun masihi 2011.

Semakin dekat waktu itu. Aku dijadualkan untuk memberi ceramah pada pukul 2 petang. Hati ini cukup berdebar. Yelah, tidak pernah ada pengalaman, kalau ada pun menjadi pentazkirah kepada puluhan budak-budak semasa kem-kem yang dianjurkan oleh konsultan yang aku pernah join dulu.
Itu pun cuma untuk sepuluh ke lima belas minit sahaja.

Jam di tangan menunjukkan pukul 2.00 petang. Zohor sudah aku laksanakan. Dengan motor yang dipinjamkan oleh kawan yang paling baik yang pernah aku ada, iaitu saudara Izudin, aku meluru terus ke Main Audi, IIUM. Semakin kuat jantung ku.

Aku terus menuju mencari komitinya. Nampak gaya adik-adik yang muslim masih lagi di masjid menunaikan solat zohor. Lega, mungkin aku akan bermula pada pukul 2.30 petang kot. Semuanya aku terang dengan jelas kepada komiti tentang bagaimana aku inginkan dalam 'persembahan' aku nanti. Dia mengangguk tanda faham, aku pun beredar untuk mencari pot menenangkan diri dahulu. Nun, jauh di belakang sekali aku cuma duduk menghadap lantai. Doa-doa aku bacakan agar 'persembahan' aku nanti lancar dan semuanya dapat disampaikan dengan baik.

"Music Please...."

Dan, persembahan aku pun bermula!!!!!! Iyaaaaahhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!

Dan terima kasih aku ucapkan kepada ULTRAS MALAYA, kerana mereka memberikan aku banyak pilihan untuk membawa modul menguatkan semangat. Antara lagu mereka yang aku gubah demi anak-anak bangsa adalah:

Ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Ma!!! Lay!!!!!! Sia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

akhirnya menjadi:

Ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Sa!!!!! Ya!!!!!!!! Bolehhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!

Lihat di bawah ini.

ULTRAS MALAYA


VS

ULTRAS CENSERVE


INFO:Ultras adalah satu pasukan menyokong yang mempunyai cara dan kreativiti mereka yang tersendiri. Sukar untuk diungkapkan, namun realitinya merekalah penyokong sejati bola sepak, di mana-mana pun pasukan bola dibentuk di dunia ini. Kumpulan mereka ada yang kecil ada yang besar, namun yang nyata dari sekecil-kecil kumpulan mereka boleh menjadi sebesar-besar gerombolan manusia berpadu dan terus bersatu menyokong pasukan mereka! nak tahu? Pergilah ke SINI

2 orang jawab:

Muhammad Farhan Aminudin says:
at: March 21, 2011 at 12:54 AM said...

mantop...

tuan punye blog says:
at: March 21, 2011 at 2:37 PM said...

takdelah mantop sangat, masih banyak kelemahan yang harus diperbaiki...

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake