"Jali, nak join tak tengok Merong malam ni," tanya Jiju, sahabatku melalui perkhidmatan SMS pada hari Selasa yang lalu.
Dalam hati, 'Bestnya.. nak join jugak..'. Namun aku membalas kepadanya, "ada usrah2".
Kemudian dia tidak lagi membalasnya. Bukan aku tidak mahu, namun selama seminggu pada minggu yang lepas aku bersama-sama staf yang lain membangunkan booth CENSERVE di CAC dan berakhir di Bussiness Center sempena MHI datang ke UIA. Oleh kerana aku agak kepenatan, dan kebetulan lagi pada malam tu, ada usrah COMRADE, maka aku memilih yang tidak beberapa penat iaitu USRAH.
Selama mana aku masih tidak lagi menonton ni, aku buat juga beberapa survey secara kebetulan dan sengaja. Yang secara kebetulannya adalah melalui orang-orang yang memberitahuku tanpa dipinta. Yang pertama melalui abang Khairulzain:
"Baru-baru ni adalah seorang fellow yang pergi menonton filem tu, dan dia bagitahu filem tu biasa sahaja."
Ha sekarang ni, keputusan memihak kepada Merong BIASA. Baiklah ada satu lagi kebetulan yang aku tidak minta, ianya datang daripada seorang mamat yang aku tidak ingat namanya:
"Kawan aku dah tengok dah. Kawan aku ni budak yang ambil course berkenaan pembuatan filem, dan agak particular jugaklah. Dia kata, dari sudut teknologi, filem ni menanglah, namun dari sudut penceritaan agak lemah sikit. Kadang-kadang tu, kita boleh nampak animasi yang dibuat dalam beberapa gerakan tentera yang ramai tu..."
So, aku beranggapan Merong BIASA lagi. Moral aku untuk menonton filem ni, semakin berkurangan. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari yang cukup romantik, seorang kawan aku yang sedang terperangkap dalam Jam, memesej aku. Beliau dalam perjalanan pulang daripada training bahasa di UM. Dan tidak semena-mena masuk kepada topik Merong dan dia memberitahu aku:
"Cerita dia memang SUPERB lah. Memang terkejut jugalah bila tengok cerita buatan tempatan segah cerita mat saleh. Pertana kali tengok macam cerita mat saleh!"
Keterujaan dia dalam memberi pandangan tentang Merong membuatkan aku bangkit sedikit. Ya, moral untuk menonton cerita ini membuak kembali, namun dari sudut keputusan survey aku ianya masih tidak mampu. Sekarang ini, Merong BIASA 2 vs Merong BERLELUASA 1.
Maka, untuk terus memberi saingan kepada keputusan Merong adalah BIASA, aku cuba bertanya Jiju yang sudah pun menonton cerita tersebut. Nak tahu jawapannya?
"Cerita dia OK lah, namun memang BANGGA lah, ada jugak cerita melayu yang bertaraf tinggi seperti tu. Aku bagi A untuk filem ni, Daus bagi B+ dan nasir bagi A kepada filem ni."
Ha, sekarang bukan setakat Jiju yang bagi jawapan, namun kedua-dua kawannya juga turut memberikan jawapannya mengenai filem tersebut. Yes! Makanya aku memilih untuk menonton filem tersebut di pawagam yang terdekat. Baru terasa GEMPAK!
Ni pulak komen daripada blog-blog pilihan:
Daripada http://karyagong.blogspot.com:
COMMENTS!!!!
Sebelum aku ceter seket pasal sinopsis ceter ni....aku ucapkan tahniah setinggi2 tahniah kpd KRU Studios....yang berjaya membawa fenomena baru perfileman industri tempatan....sgt3 memberangsakan.....mula3 tengok dah mcm ceter epik cina yg diarahkan oleh director cina....tapi ianya dihasilkan oleh 100% anak tempatan yg bertungkus lumus dalam menyiapkannya.....penjanaan CGI yang lebih meyakinkan dari Yusry KRU....dan jalan cerita yg sgt menarik yg diwarnai dgn percintaan antara Merong dgn Embok ditgh3 cerita....Marilah kiter menyokong filem tempatan....kerana ianya hampir setanding dgn filem luar....Big Clap tu KRU Studios for creating such a magnificent movie to watch...
Mengikut kata-kata daripada http://farhah88.blogspot.com:
Bila aku tengok filem epik ni, aku puas hati & berbaloi.... ada jugak yang mampu kelihatan hebat sebenarnya, wakaupun aku agak kureng bab sejarah, tapi filem ni menarik perhatian aku, So, takde masa la nak tertidur, terbaiklah Yusry!!!!
0 orang jawab:
Post a Comment