"Malam ni, kita ingat nak berbincang dan menetapkan siapa yang akan menjadi presiden Censerve Team.." Abang Khairulzain memulakan bicaranya di dalam mesyuarat antara presiden.
Pada waktu ini, aku merupakan presiden kepada Kelab Comrade. Dan seperti biasa, kami memang ada mesyuarat yang kami namakan sebagai Board of President.
"Saya rasa, beliau layak untuk pegang presiden.." tiba-tiba ada yang terus mencadangkan nama seorang budak yang hitam manis, duduk setentang denganku.
"Aku setuju!" Aku pun terus setuju. Semua pun terpengaruh. Namun ada juga yang mengundi aku, serta Izzudin. Namun sudah tentu aku kalah, memang aku harap pun aku kalah, dek kerana bebanan yang banyak. Lagi pun aku rasa aku ni masih muda dan banyak lagi benda yang aku harus belajar. Namun yang kalah tetap ada jawatan, dan hasilnya aku adalah penolong satunya.
Dan muktamadlah, beliau ini berjaya menjadi presiden yang bakal menyambung legasi encik Ismail Jaafar dan Ustaz Syukor. Alhamdulillah, semua menyokong kerana memang semua sudah sedia maklum dengan kredibiliti yang ada pada beliau.
Selama setahun aku berada di dalam Comrade, setahun itulah masanya aku lebih berjinak dengan Censerve Team. Dan dalam pada masa yang sama aku juga berkenalan terus dengan insan yang bergelar presiden Censerve Team ini.
Satu program yang terus mendekatkan aku dengan para presiden lain di dalam Censerve Team ialah Minggu Kemanusiaan atau di dalam bahasa penjajah di panggil sebagai Humanitarian Week. Suka dan duka, aku bergelumang dengannya. Namun pada waktu ini, secara jujurnya aku tetap tidak mengenali beliau secara mendalam. Sekadar rakan biasa, teman sekerja yang bersama-sama mempunyai satu cita-cita: to serve the Ummah!
Namun begitu, seorang lagi insan yang begitu akrab dengan beliau turut muncul dalam lakonan aku di atas dunia ini. Beliau yang kumaksudkan adalah seorang rakan yang memahami dan tersangat baik, iaitu Izzudin. Pada ketika minggu kemanusiaan itu berlangsung, Izzudin merupakan teman yang banyak bersama dengannya lantaran Izzudin ketika itu bekerja secara praktikal atau sambilan dengan Censerve Unit.Aku sebagai penolong satunya, tidak menampakkan diri dengan banyak, di situlah terbit suatu penyesalan, kenapalah aku tidak begitu aktif dengan beliau suatu ketika itu.
Alasanku adalah kerana komitmen aku dengan Comrade. Namun beliau tidak begitu. Keberanian dan kesanggupannya dalam mengemudi Censerve Team memberikan aku motivasi untuk menerima taklifan itu sejak Januari 2010.Beliau terus konsisten dengan kelabnya dan juga turut bersemangat menjalankan amanahnya dalam mengetuai Censerve Team.
****************
Malam itu.
Aku mengantuk masa ni. Si izzudin terus khusyuk dengan kerjanya. Aku pun mengalih punggung dari kerusi ke katil.
"Ahh.. bestnya. Aku nak masuk tidur dululah din.."
Game Football Manager aku tinggalkan.
*****************
"Jali, aku ingat nak tanya ko, boleh ke aku nak duduk sekali dalam bilik ni?" beliau bertanya kepadaku pada pertengahan tahun yang lepas. (tarikh spesifiknya aku tidak ingat, namun sejak bulan 8 lah kot...)
"Issyy, ko ni, ini pun ko nak mintak.. masuk jer, lagi pun memang aku dengan Din jer kat sini. Dengan kemasukan ko, terasa meriah bilik ni tau!" balas aku dengan gembira.
Yelah, siapa yang tidak gembira jikalau ada member yang nak masuk. Lagilah aku rasa seronok. Dah memang tabiat aku, sukakan kemeriahan dan ramai orang. Dengan kemasukan budak ni, maka tidaklah terlampau sunyi andai Din pun turut sibuk dengan bakal isterinya (amiin aku doakan. jangan marah yer...)
******************
Malam itu.
Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........
******************
"Malam ini kita nak berbincang mengenai hala tuju kita. Apakah yang akan kita buat untuk tenure kita?"
Maka bermulalah perbincangan kami, para ajk untuk Censerve Team 2008.Beliau ini tersangatlah serius apabila berbincang dan tersangatlah terbuka dalam menerima pendapat. Kadang-kadang aku sendiri pun nak marah juga apabila beliau ini asyik mengangguk dan mengiakan sahaja pendapat orang lain.
"Ko tak boleh macam ni, ko kena kuat dan firm sikit. "
Aku manalah kenal beliau ni dengan lebih personal dan dekat. Itu yang aku nampak pada beliau dan itulah teguran aku padanya. Padahal aku pun serupa, malah aku pula yang kenampakan tidak berapa serius dalam kerja. Asyik buat lawak, dan ketawa. Itulah saat kali pertama aku bercakap seumpama itu kepadanya. Sehinggakan aku sendiri pula yang terasa malu, kerana tidak layak untuk menegur seorang yang hebat sepertinya. Namun itu dulu. 2 tahun yang lepas di mana memori mahal tersemat di ingatan.
*************
Malam itu.
"Jali! bangun!"
Aku membuka mata aku. Masih mamai.
"Aku nak pergi hospital ni. Ikhwan accident. Kritikal."
"Ha! Kat mana Din?" masih mamai lagi aku bertanya.
"Dia kat hospital Ampang sekarang ni. Tadi doktor telefon aku."
"Ya Allah... Aku nak basuh muka dulu jap."
***************
"Din, ko rasa dia takder kewangan ke?" tiba-tiba aku tanya Izzudin kerana hairan dengan tingkah laku beliau. Pertamanya, dia tiba-tiba mahu tinggal denganku sedangkan dia sudah ada rumah sewa sebelumnya. Kemudian gayanya yang berjimat giler-giler seolah-olah dia berada dalam inflasi Sifar atau kegawatan ekonomi.
"Entahlah. nampaknya macam tu lah, kita kena tanya dia. Kita kena tolong dia apa yang patut." balas Izzudin. Kawan yang sangat concern.
Pada waktu aku berjalan bersamanya pada suatu hari, tidaklah berjalan kaki, namun menaiki keretanya, dan aku sempat bertanyakan kepadanya. Dan dia mula berceritakan hal yang sebenarnya. Bermula dengan berhenti kerja, kerana ingin menguruskan consultant sendiri. Dan dia tidak memberitahu langsung kepada ibu bapanya kerana tidak mahukan mereka risau. Ciri-ciri lelaki sejati ada padanya. Sanggup berdikari.
Dia bukan berhenti dengan sengaja, namun dek kerana kedudukan consultant yang dia sertai itu agak terumbang-ambing maka dia bertekad untuk berhenti dan mencuba nasib yang baru. Ya, pada asalnya dia bingung. Bingung di manakah dia akan bekerja. Adakah masih ada peluang baginya? Namun dengan perlahan-lahan dia bangkit kembali! Dia berjaya memotivasikan dirinya, dan langkah bergayanya itu akhirnya membuahkan hasil.
Muncullah INSPIREZ TRAINING & CONSULTANCY di kalangan consultant-consultant lain di Malaysia ini.Berkat usaha beliau, bersama-sama dengan rakan-rakannya, cita-citanya untuk ada syarikatnya sendiri akhirnya tercapai. Teringat suatu ketika...
"Jali, aku nak tunjukkan sesuatu kat ko ni..." Dengan wajah yang cukup tersenyum dia membuka begnya.
Aku pada waktu tu, sedang asyik bermain komputer Din.
"Apa dia?"
"Nah....!!!" excited betul dia tayang satu sijil kepada aku. Betul-betul kat muka aku.
"Alhamdulillah..." aku pun tumpang gembira, ini kerana sijil yang dia tunjukkan tu adalah sijil perakuan sah daftar Syarikat Konsultannya itu.
***********
*************
Awal pagi itu. Di dalam kereta kawan Din yang dipinjam oleh Din dan dipandu oleh Din. Saudara Ici (bekas presiden Gemilang semasa tenure kami) pun turut menyertai kami.
"Macammana boleh jadi?" Ici bertanya.
"Tadi aku ada tempah McD dengan Ikhwan, lepas tu aku tunggu lah. Tunggu punya tunggu sampai mengantuk. Sepatutnya dah sampai tapi tak sampai-sampai juga. Setengah jam selepas tu, aku dapat call dari hospital." Jelas Din panjang lebar.
"Minta-mintalah Ikhwan takde pape," kami memang sangat bimbang ketika ini.
*************
Sejak dia tinggal dengan aku, semakin aku mengenali beliau, personalitinya, gayanya dan karismanya. Alhamdulillah, tidak salah aku samakan dia dengan seorang lagi sahabat aku yang bernama Mohd Shazni, seorang yang pembersih! Bila ada masa free saja, terus dia mengemas bilik aku yang bersepah ini. Almaklumlah aku ni seorang yang agak malas, mood membersih datang agak lambat. Namun dengan kehadiran beliau, buat pertama kalinya bilik aku ini agak tersusun.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Suatu hari yang agak cerah, aku berbincang dengannya perihal satu interview untuk menyertai al-Hijrah TV. Dia pun berminat, dan aku pun turut berminat. Kami sama-sama pergi photoshoot gambar kami sendiri di sekitar UIA, dengan bergaya seperti selebriti. (Ketawa, lucu.) Kami siap mencuci gambar lagi di kedai gambar dalam UIA.
Sesampai di Masjid Negara, aku dan dia terus menunaikan solat Zohor terlebih dahulu. Sesuah selesai, terus kami menuju ke Kompleks Islam yang terletak tidak beberapa jauh dari masjid Negara. Di sana, kami sama-sama menunggu dan menulis borang. kami asyik ketawa sahaja, yelah, kami pertama kali datang untuk ujibakat TV.
Di sana juga kami berjumpa rakan-rakan UIA yang turut mencuba nasib. Seorang kakak datang dan mengambil borang kami.
"Tunggu sekejap ye, nanti akak panggil."
Berdebar pun ada. Excited pun ada juga. Semua perasaan bercampur baur. Sekali kami pandang di bilik-bilik ujibakat lain memang sangat bersungguh-sungguh rata-rata peserta ujibakat yang datang. Kami boleh melihat namun tidak boleh mendengar kerana bilik tersebut kedap bunyi.
"Mohd Ikhwan Mohd Jamil.."
"Dia panggil ko Wan. Buat yang terbaik!" Aku turut bagi semangat.
Dari luar aku melihat Ikhwan begitu bersemangat. Seolah-olah pakar motivasi sedang berbicara di depan kamera, memang di depan kamera pun! lama pula tu, dan kelihatan dari sudut yang lain, seorang pemuda asyik memperhatikan gaya Ikhwan. Mungkin dia peserta yang seterusnya kot.
"Razali bin Sudin!" Kakak tadi pun memanggil namaku setelah Ikhwan keluar daripada bilik tersebut.
"Ah! Sudah........" Aku gabra. Aku tanya IKhwan apa yang dia tanya, tapi dia senyum sahaja dan beritahu kena berlakon sebagai pengacara. sempat lagi dia memberi nasihat dan perangsang kepada aku.
Di dalam tu, aku cuba buat aksi yang terbaik. maklumlah tiada pengalaman bercakap dengan kamera besar. di luar pula Ikhwan asyik gelak sahaja apabila melihat aku. Kadang-kadang dia berbicara dengan seorang pemuda yang dari tadi asyik melihat kami diujibakat.
Apabila aku keluar terus aku bertanya kepada Ikhwan:
"Apasal kau ni asyiik ketawa saja?"
"First time aku tengok ko serius! Hahahahaha!"
Aku pun turut ketawa. Tidak semena-mena kami terpandangkan Adi Akmal, artis nasyid Devotees dan pengacara U-Remaja, program kelolaan RTM. Sah, dia pun turut ingin mencuba nasib. Kami balik dengan harapan akan dihubungi kelak.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Suatu hari yang agak cerah, aku berbincang dengannya perihal satu interview untuk menyertai al-Hijrah TV. Dia pun berminat, dan aku pun turut berminat. Kami sama-sama pergi photoshoot gambar kami sendiri di sekitar UIA, dengan bergaya seperti selebriti. (Ketawa, lucu.) Kami siap mencuci gambar lagi di kedai gambar dalam UIA.
Sesampai di Masjid Negara, aku dan dia terus menunaikan solat Zohor terlebih dahulu. Sesuah selesai, terus kami menuju ke Kompleks Islam yang terletak tidak beberapa jauh dari masjid Negara. Di sana, kami sama-sama menunggu dan menulis borang. kami asyik ketawa sahaja, yelah, kami pertama kali datang untuk ujibakat TV.
Di sana juga kami berjumpa rakan-rakan UIA yang turut mencuba nasib. Seorang kakak datang dan mengambil borang kami.
"Tunggu sekejap ye, nanti akak panggil."
Berdebar pun ada. Excited pun ada juga. Semua perasaan bercampur baur. Sekali kami pandang di bilik-bilik ujibakat lain memang sangat bersungguh-sungguh rata-rata peserta ujibakat yang datang. Kami boleh melihat namun tidak boleh mendengar kerana bilik tersebut kedap bunyi.
"Mohd Ikhwan Mohd Jamil.."
"Dia panggil ko Wan. Buat yang terbaik!" Aku turut bagi semangat.
Dari luar aku melihat Ikhwan begitu bersemangat. Seolah-olah pakar motivasi sedang berbicara di depan kamera, memang di depan kamera pun! lama pula tu, dan kelihatan dari sudut yang lain, seorang pemuda asyik memperhatikan gaya Ikhwan. Mungkin dia peserta yang seterusnya kot.
"Razali bin Sudin!" Kakak tadi pun memanggil namaku setelah Ikhwan keluar daripada bilik tersebut.
"Ah! Sudah........" Aku gabra. Aku tanya IKhwan apa yang dia tanya, tapi dia senyum sahaja dan beritahu kena berlakon sebagai pengacara. sempat lagi dia memberi nasihat dan perangsang kepada aku.
Di dalam tu, aku cuba buat aksi yang terbaik. maklumlah tiada pengalaman bercakap dengan kamera besar. di luar pula Ikhwan asyik gelak sahaja apabila melihat aku. Kadang-kadang dia berbicara dengan seorang pemuda yang dari tadi asyik melihat kami diujibakat.
Apabila aku keluar terus aku bertanya kepada Ikhwan:
"Apasal kau ni asyiik ketawa saja?"
"First time aku tengok ko serius! Hahahahaha!"
Aku pun turut ketawa. Tidak semena-mena kami terpandangkan Adi Akmal, artis nasyid Devotees dan pengacara U-Remaja, program kelolaan RTM. Sah, dia pun turut ingin mencuba nasib. Kami balik dengan harapan akan dihubungi kelak.
*********************
Awal pagi tu. Sekarang ini di hospital.
"Asslamulaikum encik, bolehkami tahu di mana kawan kawan kami yang accident tadi." Tanya Izzudin kepada staf yang berada di ruangan Wad Merah (Kes-kes Kecemasan).
"Adik ni siapa ye? Ahli keluarga ke?" tanya staf tadi."Tidak. Kami kawan-kawanya. kami juga dapat panggilan daripada hospital. Adiknya akan datanginsyAllah. Dia sudah on the way," terang Izzudin.
"Kalau begitu, kamu semua duduk dulu di ruangan menunggu yer.."
Di dalam bilik menunggu. Kelihatan seorang kakak dan seorang abang yang turut sedang menunggu seseorang.
"Adik tunggu siapa?" Tiba-tiba dia menyapa kami.
"Kawan kami accident kak," cerita Ici.
"Oh, yang baru meninggal tadi ke?" tiba-tiba terpacul daripada mulut kakak tadi perkataan meninggal.
"Hah? Meninggal? Tapi doktor cakap kat kami waktu telefon tadi kritikal.." kami tidak percaya. Kami memang tidak percaya langsung.
"Orang lain kot." balas pula abang yang duduk di sebelah Ici.
"Ha'a, mungkin orang lain kot kak. Takkan lah meninggal..." Aku pula bersuara.
*******************
"Jali, kalau aku nak offer sesuatu ni, kau nak tak?" Tiba-tiba Ikhwan bertanya kepada aku pada suatu hari yang agak suam-suam kuku.
"Benda yang nak dioffer pun aku tak tahu , macam mana aku nak terima..hehehe.. Apa dia?" tanya aku kembali.
"Macam ni, aku tengokkan dekat Telaga Biru memang sudah ada skuad yang buat multimedia, tapi untuk bahagian consultant kami ni perlukan orang yang boleh buat multimedia jugaklah, especially dalam designing banner dan bunting. Kami memang ada kepakaran tersebut, tapi kami kalau boleh, bila kau join nanti, kau jelah yang akan buat. Kira ringan sikitlah beban kami, dan pengeluaran kos pun taklah banyak, sebab kami rancang untuk membuat program tanpa keluarkan kos yang banyak dan dalam masa yang sama kualiti dari sudut multimedia kami tip top. InsyaAllah, kau akan dapat gaji tetap dan elaun yang agak baik jugaklah. Ini yang aku nak tanya kau ni, kau nak ke tak?" panjang lebar sungguh dia rekomen kerja tersebut kepada aku.
"Agak menarik tu Wan." Aku sudah pun jatuh hati dengan tawaran tersebut.
"Okey, kalau begitu, kau bagi aku CD yang ada resume kau, dan contoh-contoh video korporat yang pernah dibuat, serta banner-banner yang paling cantik yang pernah kau buat. Nanti aku akan tunjuk kat bos aku."
Hari berganti hari. Seminggu sebelum kejadia itu, dia ada bagitahu aku yang dia agak sibuk sekarang ni. Tidak ada kesempatan untuk dia berbincang dengan bos dia. Kebetulan pula, dalam seminggu itu, hati aku tidak tenang kerana jikalaulah aku dapat kerja tersebut, macam mana pula dengan CENSERVE. Aku masih ada banyak kerja yang belum selesai dengan CENSERVE. Ya Allah tunjukkan aku, adakah kerja aku di CENSERVE sudah cukup?
***************
"Siapa di sini yang kenal dengan Ikhwan?" tiba-tiba seorang doktor masuk di ruangan menunggu.
"Kami, doktor. Bagaimana dengan keadaan dia?"
"Ahli keluarga dia ke?"
"Tak, bukan. Kami kawan-kawan nya sahaja. Adik dia masih on the way."
"Bagaimana dengan keadaan dia doktor?" Ici terus bertanya.
"Oh, dia sudah meninggal."
"Hah? Meninggal! Betul ke doktor? Bila?"
Belum sempat doktor menjawan pertanyaan tersebut, terus Ici bertanya kerana masih tidak percaya dengan jawapan doktor tersebut:
"Betul ke Ikhwan doktor? Ke Ikhwan yang lain? Cuba baca nama penuh..."
"Mohd Ikhwan Mohd Jamil," doktor terus membaca namanya.
Kami terpaku. Kami terdiam. betul kata kakak tadi. Kami tidak percaya. Kamudian kami di bawa ke katil arwah. kami bertigalah yang menjadi orang yang pertama yang melihat wajah arwah buat kali terakhir. Tenang wajahnya. Insaf kami. Betapa hidup di dunia ini sangatlah singkat. Dan kami membaca yassin juga di situ.
*****************
Dan Allah memberikan aku jawapan tersebut dengan kesibukan Ikhwan dan akhirnya Ikhwan meninggalkan aku dan rakan-rakan dan membawa sekali tawaran tersebut. Aku terharu dan bangga kerana aku salah seorang yang pernah ada dalam sejarah hidup gemilangnya.
Kini, aku berusaha di CENSERVE juga kerana Ikwan adalah seorang yang pernah ada sejarah di sini. Aku di sini juga adalah dalam perancangan Allah. Mungkin ada hikmah yang besar mengapa aku masih di sini.
Kepada sahabatku Ikhwan, semoga aman dikau di sana. Pemergianmu dirasai semua orang yang mengenalimu. Aku tidak menangis, dan tidak mahu menangis, tapi malah aku tumpang gembira kerana engkau pergi dengan segala kemudahan, bahkan aku yang turut bersama dalam menguruskan pengebumianmu.
Aku tumpang gembira kerana engkau sudah selamat daripada fitnah dunia yang semakin hari semakin kuat. Akan aku ingat dunia ini cuma sementara, yang kekal adalah akhirat. Sahabat, ku berdoa agar kita berjumpa lagi di syurga Allah. Ameen.
Kami sentiasa bersamamu... |
0 orang jawab:
Post a Comment