Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Saturday, April 16, 2011

Travelog 239: Maharaja Lawak, Siapa Layak?

16 April 2011

Seronok betul Izzudin dengan persembahan mantap oleh Nabil. Satu-satunya peserta baginya adalah yang terbaik dari ladang (meminjam tagline Nabil juga di dalam Raja Lawak yang dulu). Aku rasa ada lah juga dalam seminggu ni si Din akan ulang tayang persembahan mantap si Nabil ni ha, orang samo nogoghi lah kato kan... 

Walau bagaimana pun, aku sangat setuju juga untuk mengatakan bahawa Nabil ini merupakan seorang pakar komedi berdiri seorang diri atau lebih dikenali sebagai stand-up comedian. Memang mantap dari segi persembahan, props, jalan cerita, dan kekemasan idea yang disampaikan dalam bentuk komedi dengan teramat jayanya. 

Dulu mungkin ya, aku memang minat sangat dengan Nabil. Namun hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, kelibat Nabil dari seorang yang rendah diri hinggalah bergelar personaliti paling popular pada tahun yang sudah di ABPBH. Produk pertama Raja Lawak yang memenangi anugerah yang berprestij itu mengalahkan siapa-siapa yang merasakan diri mereka popular.

Namun masalah demi masalah, kontroversi pun tidak mampu dikontrol olehnya, sedikit sebanyak mempengaruhi semangat peminat yang menyintai dan mengikuti kegiatan kariernya di dalam bidang seni. Masih terngiang kata-kata akhirnya di final Raja Lawak sejurus memenangi Raja Lawak buat musim ke-2, "Mak, akhirnya dapat jugak eden membuat mak banggo dengan eden. Memang eden tidak dapat bagi ijazah, namun hari ini eden bagi mak seorang Juaro." Maaf kepada orang nogori kerana aku bukan seorang pengguna dialog Jang Hoben Jang ni. Kata-kata Nabil di atas pun bukanlah 100% betul namun itulah yang eden faham. 



Bakat yang ado nampaknya Nabil masih tidak mampu menggunakannya dengan betul sehinggalah kini, beliau bangkit. Bangkit di dalam keadaan yang aku rasa agak susah walaupun dia mempunyai bakat dan  berjaya menggunakan bakatnya yang ada.. Ini adalah kerana ada nya makhluk yang dikira Pakar Spontan iaitu JOZAN. Johan mungkin agak tenggelam sedikit dengan populariti Zizan, juga kerana masalah personaliti yang dimiliki oleh Johan pada awal-awal namanya naik dahulu. Kini dia semakin bersih aku kira. Mungkin Mamat Khalid banyak membimbingnya. Mungkin juga aku boleh sebutkan antara pencabar-pencabar terdekat Nabil lagi adalah Sepah yang terkenal dengan Lawak Spontan berkumpulan mereka dan juga Amir, hahahahahaha apekah!! (Tak logik aku letak Amir, namun secara logiknya andai undian kepada Amir juga tinggi maka peratusan yang dimiliki oleh Nabil juga kurang, walaupun semua orang bersepakat musatahil Amir akan mendapat undian tertinggi.. hahahahaha).

Tapi aku kali ini akan mengolah mengapa JOZAN nampak macam biasa, tapi mampu menghadirkan gelak tawa di studio mahupun juga di rumah, dan mengapa juga Nabil seperti menjadi seorang Nabil yang sangat mantap serba serbi, malahan ketiga-tiga minggu ini persembahannya juga ada kelas yang tersendiri?

Aku nak pergi kepada JOZAN dahulu, kerana aku adalah seorang peminat setia yang tidak pernah mengundi mereka baik di Raja Lawak mahupun di Maharaja Lawak. Jozan... Jozan... Jozan. Mereka sangat best, aku rasa the best pair comedian yang Malaysia pernah ada. Lawak yang spontan, (memang mereka gemarkan lawak yang hadir secara spontan), wajah yang kiut, pandai menceriakan suasana dengan cuma menggunakan mood lagu dan sebagainya, mampu untuk melagukan sesuatu dengan baik dan yang penting sekali mereka tidaklah terlibat dengan kontroversi yang melampau seperti memeluk awek sendiri di depan khalayak ramai, bercium dan break up dengan awek yang lawa or something.

Mereka hebat, nama pun brand, tapi kenapa persembahan mereka biasa dan lawak. Bab lawak tu,  of courselah mereka pandai buat lawak, namun word biasa tu, kenapa biasa? Ini adalah kerana mereka tidak pernah rehat dengan pelbagai program. Idea-idea mereka banyak malah beribu-ribu sudah dikeluarkan untuk pengacaraan, talk show dan sebagainya.  Bagi aku, susah untuk memulakan skrip yang baru serta fresh, namun apa yang boleh dibuat adalah mereka boleh untuk mevariasikan idea mereka yang sudah terbukti ada dan berjaya, dan juga membangunkan idea-idea yang telah mereka gunakan. Ingat, JOZAN sudah ada peminat nya sendiri, tak salah untuk mereka terus menghiburkan peminatnya dengan lawak-lawak yang telah memikat jutaan peminat mereka. Namun variasi penting agar peminat tidaklah akan berkata, "alah benda sama jer, buatlah benda lain pulak!"




Nabil hebat, mengapa kurang peminat (mungkin akan berubah dengan adanya Maharaja Lawak). Aku masih ingat kawan-kawan aku yang  pernah meminati lawak beliau semasa di Raja Lawak dahulu mengaku bahawa Nabil kini tidak sehebat bercakap seorang diri di atas pentas. Cuba bayangkan dia menjadi Jozan yang sentiasa ada program dan menggunakan idea-idea yang baru yang tidak pernah terlintas dek manusia biasa, adakah Nabil bakal menunjukkan sengatnya seperti yang dilakuakn di dalam Maharaja Lawak kali ini? Nabil pasti akan menjadi biasa juga, namun tetap lawak, sama dengan Jozan. Nabil mengendalikan rancangan kanak-kanak? Seronok ke korang tengok cerita tu? Lawaknya banyak yang tidak menjadi malahan tidak setenang Aznil menjaga kanak-kanak yang dipentas. But, credit to him sebab dia mampu juga menjalankan tugasnya dengan baik malahan aku yang membebel ni mana dapat duit sebanyak dia. Hahahahaha...

Apabila berlakon pula, Nabil is Nabil, watak yang huru hara, kadang-kadang buat lawak seperti melampau pun ada (mungkin ikut skrip). Namun cuba kita cek di program Spontan, Nabil boleh buat lawak, namun apabila di dalam Spontan lawaknya persis lawak biasa. Ya, biasa seperti kita berlawak dengan kawan-kawan di dalam toilet atau di dalam kelas. Sama sahaja. Namun, cuba bagi ruang untuk dia buat lawak secara berdiri seorang diri, dan biarkan dia berimaginasi, dia pasti akan membawa kita ke dalam dunia dia. So salah siapa? Salah dia atau salah penerbit TV yang tidak pandai buat rancangan untuk nya? Berbalik kepada Lu Fikirlah Sendiri Nabil, rancangan yang dikendalikan olehnya, berapakah idea yang digunakan untuk membuat lawak seperti yang dibuat olehnya di pentas Raja dan Maharaja Lawak? Hampir 80 % tidak ada, malahan karakternya banyak dibantu oleh penampilan istimewa iaitu artis komedi yang diundang oleh nya. 

Ingat, bukan setiap masa kita bersua dengan Nabil di kaca TV, maka kita begitu teruja dan gembira dengan hasil yang ditunjukkan. Namun cuba fikirkan pula keadaan Jozan yang sentiasa mencurahkan ideanya untuk peminat, malahan baru sahaja habis mengacara Raja Lawak, rancangan talk show JOZAN, serta berlakon filem dan juga Zizan yang mengacarakan ABPBH pada Mac yang lalu. JOZAN cuma yang biasa sahaja, namun dekat dengan peminat, Nabil pula yang hebat mempamerkan kehebatannya seperti Lin Dan yang jarang ada di super series namun muncul di kejohanan dunia semata!

Jadi, di sini, aku ingin menegaskan bahawa, The Red Warriors kalah dengan Perak adalah di sebabkan keletihan beberapa pemain bintangnya, begitu juga dengan suasana yang di hadapi oleh kedua-dua bintang Raja Lawak ini. Jozan dan Nabil akan berjuang ke Final mengikut ramalan aku. Dan kedua-duanya akan membuktikan siapakah yang sebenarnya jaguh buat kelakar di Malaysia. Tabik untuk Nabil kerana berseorang namun tampil hebat, dan tahniah untuk Jozan kerana berusaha yang terbaik untuk jutaan peminatnya! 

Siapa yang akan menang? Lu pikrlah Sendiri!!!!! (Maaf, pinjam tagline Nabil lagi).

1 orang jawab:

Izzudin
at: April 24, 2011 at 6:07 PM said...

sekarang ni aku minat Nabil, Jozan, Jambu n Sepah..terbaek la diorg sume..

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake