Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Monday, June 13, 2011

Travelog 244: Aku Bukan Lalang, tapi Minat dan Ketetapan!


Aku peminat geng-geng penyokong bola sepak yang dikenali sebagai ULTRAS, tapi ultras di Malaysia sahaja. namun begitu, aku tidak pernah sekali pun berada di dalam komplot ini sejak ianya tertubuh. Aku cuma menyokong dan terus menyokong di laman Facebook, blog-blog mereka sahaja. tapi bukan tidak mahu berada, cuma belum masanya. 

Aku adalah anak kelahiran Terengganu. Anak jati Kuala Berang. Aku juga mengikut kawan0kawan yang menyokong bola sepak negeri masing-masing. Tapi aku lebih suka menyokong dengan memahami perjuangan, pengurusan dan pentadbiran bola sepak. Dulu, aku juga menonton permainan yang melibatkan terengganu di kaca televisyen bersama-sama rakan-rakan. Namun sejak Malaysia kembali punah, permainan yang tidak bermutu di samping rakan-rakan aku yang tidak meminati sukan bola, minat kepada sukan ini berkurang!


Namun, setibanya aku di UIAM, aku diperkenalkan dengan EPL. Dan kelab yang aku sokong adalah Manchester United. Aku tidak tahu, namun aku akhirnya memahami mengapa aku memilih MU. Di kala masing-masing pengurus dikondem, dan diugut untuk dipecat andai prestasi merudum, dan juga ada yang sudah dipecat, namun pengurus MU iaitu Alex Ferguson masih gah di temapt duduknya selama 25 tahun. Inilah yang aku cari. Pengurusan yang ada budaya, kesetian dan ada gimik perjuangan. 


Aku mencarinya semula di Malaysia. Nak tahu apa yang aku jumpa? ya, aku menjumpai Kelantan. Bukannya Terengganu. Pengurusan yang sistematik. Ada karisma perjuangan. kelab yang tiada sejarah kini ingin mengukir sejarah. Maka aku meyokong Kelantan. Namun jauh di sudut hati, aku mahu Terengganu turut mengikut jejak langkah Kelantan. Secara sepesifiknya mengikut gaya pengurusan mantap Kelantan. itu yang aku nak, dan itu yang aku mahukan. 


Mungkin ada rakan-rakan memerli aku kerana Terengganu baru sahaja memenangi Piala FA dan menundukkan Kelantan. Percayalah, aku gembira dengan kemenangan negeri ku, tapi aku tidak mahukan kegemilangan memenagi trofi sahaja. Aku mahu lebih dari situ. Aku melihat Kelantan dari pelbagai sudut. mereka meriah dengan peminatnya, mereka meriah dengan budayanya mereka meriah dengan merchandise nya! 
Antara pemain-pemain yang aku minat sangat adalah juga dari Terengganu, iaitu Ashaari Samsuddin! Maka aku tidak salah kan untuk turut juga bergembira dan dalam masa yang sama berduka untuk Kelantan? Jikalau Ashaari berada di Kelantan musim depan, apa lagi yang Terengganu ada? Sudah terbukti tanpa Ashaari, Terengganu bukan seperti Terengganu kelmarin. Itu yang aku risau. Aku minat Kelantan kerana pengurusannya, tapi aku minat Terengganu kerana itulah skuad negeri kelahiranku. Sayang, pemain-pemain Terengganu tidak akan merasai perasaan seorang karier bola sepak yang dipuja, dan dihargai peminat seperti di Kelantan. Mereka dipuja kerana ke Final! Mereka di puja kerana naik mendadak di Liga Super. Kelantan pula bukan sahaja menjaga karier mereka sebagai pemain, malah di bawah Annuar Musa, pemain yang berjaya akan terus berjaya di Kelantan. Mungkin menjadi Jurulatih jikalau mereka berminat kerana mereka ada peluang itu. Peluang itu adalah di ARMY, akademi sebenar di Malaysia!

2 orang jawab:

AzwanRamli says:
at: June 16, 2011 at 12:48 AM said...

ganu kiter hok kiter...haha

Razali Sudin says:
at: December 30, 2012 at 2:20 PM said...

masalah bukannya hok kiter.. tapi hok CMJ.. kene ingat tu guuu..

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake