Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Saturday, November 26, 2011

Travelog 267: Empowerment adik beradik Ultraman??

Setiap yang ada pasti akan pergi. Setiap yang baru menyertai akan menjadi orang lama menyertai sesuatu pertubuhan. Setiap yang digelar junior pada mulanya akan menjadi Senior pada akhirnya malah ada juga yang menjadi Trainer seterusnya mengembangkan lagi peranannya dalam mendekati masyarakat.

Namun setelah seseorang itu sudah melalui fasa Empowerement mengapa tidak boleh memberikan peluang yang sama kepada orang lain untuk mengecapi nikmat empowerment ini?

Inilah masalah bagi yang menjadi Program Manager tanpa Empowerment, menjadi President tanpa ada unsur-unsur berdikari dalam diri. Senang cakap mereka ini tidak akan jadi apa-apa. Segala kelebihan yang aku coretkan pada artikel yang lalu pasti akan menjadi sia-sia seandainya tiada unsur independent, empowerment dan tidak kebergantungan kepada seseorang. 

A: Kalau ko nak buat program sorang-sorang boleh ke?
B: Susah jugak, aku budak baru masih lagi nakkan bimbingan...
A: Saper yang tidak mahukan bimbingan, tapi bukankah ko dah lepas training, pastu ko dah join satu dua  program, takkan blur lagi kot??
B: Alah, kalu de ada pasti aku lagi berjaya...
A: Ini bermakna ko takut program ko tak berjaya?? Ko rugi...

Menjadi orang yang tidak ada kebergantungan banyak memberikan kita pengalaman berjaya. Bukan sahaja kita berjaya mengerti apa itu usaha, malahan kita sendiri akan merasa puas kerana 100% datangnya daripada usaha kita. Oleh itu kepada mana-mana trainer/advisor/tutor/coach, korang harus paham di mana limit menjadi seorang trainer/advisor/tutor/coach.

Mana ada seorang jurulatih bola sepak menggantikan dirinya dengan player adn terus bermain bola kerana ketidak percayaannya kepada pemain. Sampai bila pemain akan berjaya untuk menajamkan skilnya? Begitulah juga dengan peranan yang lain. Takkanlah sehinga benda yang kecil harus diketuai oleh golongan yang sudah layak menjadi jurulatih sahaja, jangan jadi juruletih, kamu yang mengajar kamu juga yang buat?!

Memang semua mengatakan kamu adalah yang terbaik mampu membimbing, tetapi sampai bila? Presiden harus tahu peranannya. Presiden mampu kerana itulah pilihan semua, namun kenapa presiden seolah-olah tiada kuasa dalam menonjolkan diri dan membuahkan ideanya tersendiri? Waktu training adalah waktu yang sesuai intuk tunjuk ajar, manakala waktu program pula adalah waktu sesuai untuk praktikkan apa yang dipelajari. Bukankah begitu? Tetapi mengapa sesetengah individu tidak mahu menjadi pembimbing malah ingin menjadi ketua sampai bila-bila?

Inilah barah umat. Umat yang harus bersatu menjadi berpecah kerana individu seperti ini. Kuasa yang harus diberikan namun ditarik dalam perlahan malahan lagi memeburukkan keadaan tidak ada langsung kesempatan anak-anak buah ini belajar daripada kesilapan mereka sendiri. Bukankah individu yang berjaya kini merupakan individu yang pernah membuat kesilapan serta belajar daripadanya? Mengapa berlaku tidak adil dengan menterjemahkan ketidak adilan itu dalam perkataan kasih sayang serta ukhuwah fillah!?

Terus terang aku katakan mereka tidak akan berjaya selagi tidak diberi ruang untuk melakukan kesilapan. Semua pemimpin melakukan kesilapan hatta Rasulullah S.A.W pun namun proses pembelajaran adalah sangat penting. Alangkah beruntungnya kita, umat Islam yang terus belajar daripada Allah namun thoriqah (jalannya) tidaklah sama seperti Rasulullah S.A.W yang direct daripada Allah melalui perutusannya Malaikat Jibril Alaihissalam. Kita pula belajar daripada jalan-jalan teguran, hukuman, kesihatan, pengalaman hidup serta penulisan (al-Quran). Ya, Allah telah memberikan empowerment kepada kita untuk mentadbir dunia, maka mengapa masih ada insan-insan yang sanggup tidak memberikan hak kepada anak-anak buahnya berdikari dan melakukan kesilapan atas dasar pembelajaran?


Sesungguhnya manusia yang melakukan kesilapan dan belajar daripadanya adalah manusia yang paling beruntung, kerana mereka yang tidak pernah gagal akan ke laut akhirnya kerana tidak tahu menjadi orang yang GAGAL!

Selepas artikel ini, aku nak berceloteh tentang FAVORITISM dalam kelab dan persatuan?? Merugikan atau memusnahkan?? Tunggu!!!!

2 orang jawab:

erlizawani says:
at: December 13, 2011 at 4:55 PM said...
This comment has been removed by the author.
ejasmi says:
at: December 13, 2011 at 4:58 PM said...

tq atas perkongsian..alhamdulillah atas kupasan ini sanagt bermakna dan saya amat setuju...budaya berpuak2 dalam satu persatuan juge amat jelas..mungkin abg jali leh kupaskan isu ini mana entri akan datang..

teruskan perjuangan to all censervians..

asas perjuangan kita bukan atas memburukkan2 org lain dan memupuk rasa benci kepada org lain..insyaAllah..

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake