Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Friday, November 25, 2011

Travelog 266: Di Mana Kemampuan Andai Tidak Di Uji?

Ramai yang perasan dan ramai juga yang tidak perasan bahawa dengan menyertai kelab atau persatuan semasa di peringkat persekolahan mahupun di institusi pengajian tinggi banyak memberikan kelebihan kepada seseorang individu. Mereka ini adalah golongan yang sederhana CGPA nya namun mampu memenangi hati para penemuduga. Apa rahsia mereka ini?

Tanggal 23 November 2011, tepat pada pukul 5.30 petang aku memasuki konti IIUM.FM bersama DJ Iera. Dengan tajuk yang diberikan adakah perlu mahasiswa menyertai mana-mana ko-kurikulum bagi meningkatkan kemahiran insaniah, ya, jawapannya adalah perlu. Di sebalik soalan-soalan yang diberikan aku suka menggorengkan mengenai apa perlunya para pelajar kita ini aktif di dalam mana-mana persatuan atau kelab.

Apabila anda menyertai mana-mana persatuan dan aktif di dalamnya banyak yang anda akan dapat di samping pengalaman. Mari kita mengenali tahap dan peringkat serta kelebihannya kepada kita semua:

1) Peringkat Peserta: Alhamdulillah, ini adalah peringkat awal penglibatan seseorang di mana di sinilah mereka akan berfikir sama ada ingin terus menyambungkan kegiatan atau stop sahaja di peringkat ini. Jikalau di dalam suasana game, ini merupakan level beginner atau pada mode easy. Apa yang kita akan dapat melalui peringkat ini?
  • Dapat mengenali rakan-rakan baharu.
  • Dapat pengalaman buat kali pertama
2) Peringkat Komiti: Bila dah jadi ahli biasa, seronok dan join lagi, maka anda layak berada di tahap ini. Mungkin sekadar komiti biasa, atau memegang mana-mana biro di dalam sesebuah program. Ap kelebihannya pula??
  • Anda akan berjaya memahami konsep amanah.
  • Anda akan belajar menerima arahan dan melaksanakan tugasan.
  • Protokol kecil dan batasan dalam program akan dapat dipelajari.
  • Sekiranya menjadi head committee, anda akan bertugas selaku manager dan akan pandai dalam memberikan arahan.
  • Anda sudah pasti akan berpengalaman dalam menguruskan pekerjaan rasmi seperti menyediakan surat, pandai berkomunikasi dengan client, berusaha untuk memebrikan pandangan dalam meeting
3) Peringkat tertinggi menjadi Presiden/Program Manager; Seperti Perdana Menteri lagaknya akan dapat disaksikan namun pengalaman serta tekanan adalah berbeza. Presiden akan memainkan peranan yang lebih besar dalam menguruskan kestabilan kelab. Presiden juga adalah orang pertama yang akan menjadi ketua dalam segala hal. Apa kelebihannya?

  • Pengalaman semasa berada di bawah menjadikan seorang presiden itu tahu tugas dan segala job scope yang telah di hadamkan. Ini penting bagi mengajar generasi baru.
  • Presiden sudah pasti inginkan sebarang kelebihan baik kepada kelab dan juga sebagai seorang individu,  dan networking di dalam kampus mahupun di luar kampus harus diperkemaskan.
  • Kemahiran Komunikasi semakin meningkat di samping keselesaan berucap dan memberikan pandangan di hadapan ramai orang menjadi makanan biasa kepada seorang presiden.
  • Mampu memberikan pandangan tersendiri berdasarkan pengalamannya yang tinggi.
  • Kepimpinan dapat ditonjolkan dan diasah dengan lebih cepat setelas asasnya di bina semasa menjadi ahli jawatakuasa kecil dahulu.
Namun segala benda di atas tidak akan berjaya di hadam tanpa ada elemen EMPOWERMENT! Tunggu artikel selepas ini dengan tajuk EMPOWERMENT memang POWER!

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake