Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Friday, June 26, 2009

Mau tulis?

Dah lama gua tak update, asyik sibuk ngan perkara2 dunia jer... hehehe ha maka pada hari ini bersamaan hari Jumaat, penghulu segala hari aku ingin berkongsi kat korang satu benda ini... Memang sangat berguna bagi korang yg ingin buat assignment, laporan dan yg 'gila' bersociety, benda ni boleh bantu korang buat 'working paper'!

Apakah benda ini? maka adapun ianya bernama:

MICROSOFT OFFICE v2007
merangkumi:
-microsoft word
-microsoft power point
-microsoft excel
-lain2 microsoft lagi lah

So, bagi yg mencari2 mana nak dapat benda ini, nak beli mau guna duit, nak tanya kawan mau kena makan kredit (call atau sms) tapi bila sekali anda tekan di sini maka dunia Razali: Penterjemahan sebuah Kehidupan menjemput anda untuk....




File Name: micosoft ofis 2007.zip
File Size: 505.75 MB
Wednesday, June 10, 2009

Melukut di Tepi Sawah...

Masih ingat dulu yg aku kata episod TWOR: Penterjemahan Sebuah Kehidupan yg seterusnya adalah "Melukut di Tepi Sawah"? Haa, maka hari ini aku nak menceritakan apa di sebalik Melukut di Tepi Sawah.

Era 90-an adalah era yg paling menyeronokkan bagi seorg kanak2 mcm aku. Walaupun masa siang dan mlm nya tdk sepantas kini selari dgn pantasnya manusia mendaki ketamadunan maya yg di agung2 tanpa henti...

...dengan hijaunya pandangan mata, subhanallah, Maha suci Allah, kehidupan ini sangat manis utk di hayati dan dikecapi. Kelibat burung wok-wok yg masih berlegar mencari rezeki. Burung pipit pula berlagu dgn riang di balik jendela rumahku. Betul2 di atas pohon ciku. Manakala kedengaran adik2 aku dan rakan2 aku bermain di bwah pohon limau barli, yg kini sudah ditebang kerana memberi ruang kpd satu gergasi yg bernama lori utk menambun lebih bnyak pasir di perkarangan rumahku. "Nak mengelak banjir" kata ayahku.

Bunyi deruman 'enjin gale' atau org bandar memanggilnya dgn nama mesin membajak sawah, selalu berlegar setiap pagi dan ptg di halaman syurga dunia ku. Bukan main seronok lagi budak2 men kat atas enjin galle ni, termasuk lah aku sekali. Dulu 'finaa' rumahku dijadikan tmpat parking 3 buah mesin ni, dan pemiliknya merupakan kawan baik ayahku.... memang mereka berkawan baik hatta sekarang, masalah apa pun masing2 akn tolong satu sama lain... best sgt ngan dorg ni.... aduh bab ni wat aku sgt rindukan zaman dahulu..

"5...10.....15....20....25...."

"lari!! lari!! Cepat kit weh!! nusuk2!!!"

"tu teppat aku weh!! mu caghih ah teppat laing!!"

"35....40.....45...." Sambil mata dibukakan sedikit. Hampeh. Tak jujur langsung!

"weyh!! jangang ah tingouk!!" Marah member aku yg sorang ni!!! :)

"90....95.....100!!"

"syyy... die maghih nung!!"

"haaa isyoh!!!, tubeik ah, aku nappok mu doh!!"

Dia tak perasan yang aku cume menyorok kat atas pokok jambu, iaitu tempat di mana dia asyik sgt mengira kiraan masa utk kami menyorokkan diri kami. Ahaks!

"Mie! Akuh napok doh moung kat atas mesing galle tuh!! keluor ah! Wat mendey lageih tuh!"

Hehehe.. nila masanya aku muncul hero!!!

"Cooooppp... #$%#@&& (aku tak ingat istilah apa aku guna masa tu)"

Sebenarnya apabila kita yg masih belum dijumpai oleh si pencari, boleh menyentuh tempat si pencari tadi mengira kiraan sembunyian. Maka natijahnya si pencari tadi akn terpaksa lah mengira lagi, maka kami-kami ni seronok lah menyorok... Dia akan diganti apabila dia berjaya mencari semua org yg menyorok. Yg menggantikannya tdak lain dan tdk bukan adalah org yg pertama dijumpainya.

Rakan-rakan balik ke rumah masing2.

"naik2! gih mandeh noung! busuk bango doh!" ibuku memanggil.

"Allahuakbar, allahuakbar," takbir ayahku bergema kat dalam rumah. Kami sembahyang berjamaah sekeluarga. Kebiasaannya kami akan solat kat rumah nenek, sebab pada era ni, rumah nenek dijadikan sebagai markas PAS. Rumah nenek pulak besar. Memang takder masalah kalu nak kumpul ramai2.

"malang neing ikut ayoh gih cedaung!" berkerut aku bila ayah aku minta macam tu. yelah, masa tu ayah aku ni seorg yg garang. Takut jugak aku bila disuruh buat benda yg aku tak pandai. Kalu salah cara, malu dapat, herdik pun dapat. Aduh. Memang dlm dilema.

Namun, tetap aku pergi jua. Kena ah belajar beb. Org kampung kena lah belajar cara kampung. Maka berbasikal lah aku bersama2 ayah pergi ke sawah padi di kawasan "darat" {means: kawasan atas yg berbukit2}.


gambar hiasan -bukan rumah aku dan kampung aku tau!

Jam di tangan aku menunjukkan pukul 9.00 malam. Malam yg sejuk. Angin tak putus membelai badanku. Dingin. Rasa segar jek. Malam pulak di penuhi bintang yg bergemerlapan. Bulan pulak penuh. Pancarannya sangat membantu aku dan ayah.

"ha sapa doh, letok basikal kat situh ah, sandor ah kt gheuk toh" arah ayah aku.

Dan pembelajaran aku bermula. Penat juga memukul padi ni. Korang da try? Seronok pun ade. Masa tulah kita rase nikmat rezeki nasi yg kita makan hari2. Titik peluh petani la katakan. Bila aku tgk hasil pukulan aku tu, dgn manik2 padi terputus dari batangnya buat aku tersenyum walaupun pada malam tu penuh dgn suka duka. Standard ah beb aku kena tengking marah dan sbgnya. Jgn la kita melawan, kerana itu lah adat belajar. Itu yg aku belajar dan tak kisah diherdik walaupun kdg2 buat kita sakt hati, namun ambiklah yg positif. Ingat lah Allah.

Ha satu tips kat korg yg selalu rase tak puas hati bile ditegur dan dimarahi, anggaplah itu teguran dari pemilik kita, Allah. Anggaplah ianya kasih sayang dari NYa.

Penat. Maka aku baring lah kat atas timbunan padi yg dipukul tadi. Lembut mcm atas kusyen. Seronok aku tgk kat atas langit. Subhanallah cantiknya!! Cantik sangat. Seolah aku berada di alam fantasi. Kelihatan satu planet yg besar di belakang cahaya bulan yg terang tu. Adakah planet lain? Wallahu'alam...


Gambar hiasan lagi

"bulaih doh nok balaik poung", kata ayahku tiba-tiba.

"abeih doh kei?" balas ku dgn pertanyaan.

"abeih doh neh. Sikei' ageh, sambaung esauk la pulok. Ambaik air neh minoung!" tegas bunyinya. Itulah ayahku. Hidupnya penuh ngan ranjau dan duri. Dah biasa dah dgn duri2 luaran dan dalaman ni. Dah terbiasa sangat. Aku akan sentiasa bangga dgn ayah aku.

Penat dan seronok aku rasa malam tu. Melukut aku di sawah padi pada malam tu akan aku ingat sampai bila2. InsyaAllah cerita inilah yg akn jadik kenangan buatku seandai aku lupa siapa aku suatu hari nanti....

Cerita akan datang:

"kameng wat2 belleih dallang, mu amek ah ais keghaing kat luor kekgeih, pahtuh mu laghih ah lalluh. Kitei juppei kat keda pisang gureing depang nung!!" Arah seorg komander a.k.a kawan aku semasa kitorang membuat satu operasi di zaman jahilliyyahku...

"weih budok! mende dalam baju tuh?! Wat keluor!!!"

nantikan episod "LUPA" di TWOR: Penterjemahan Sebuah Kehidupan pada bila-bila masa yg aku rase nak update.... :P
p/s: bahasa dialog dalam cerita ini adalah bahasa org2 kampung di daerah Hulu Terengganu, dan kamilah diantara pengguna bahasa ini yg agak sederhana pekat.










Tuesday, June 9, 2009

Sebelum aku mem'blah'kan diri...

Sesi dialog antara aku:

Buat apa tu?
aku: sedang mem'design' blog censerve

kenapa sedih?
aku: lapo..tak makan lagi

Sibuk?
aku: hmmm... memang sedang menyibukkan diri ngan keje yg x dpt duit

biasa makan apa?
aku: nasik. lagi mau tanya!

Berapa kali sehari makan?
aku: paling tdak pun sekali sehari. Kenapa? nak belanja?

Biasa makan apa?
aku: dah jwb daa

Suka tgk citer apa?
aku: Citer antu tp tgk amai2 ah..sorg2 x suka!

Dah kerja?
aku: niat tu dah ah, tapi aku blajor lagi

Bila nk kawen?
aku: malas nok pikir, sibuk sgt krn keutamaan lain

Dah berpunye?
aku: Susah nk jwb. Tp aku ttp kepunyaan Yg Maha Esa.

Skang ktner?
aku: kat lab econs

Bila nak blah?
aku: ni nak blah ah ni...aku nk tanya ko plak ni..

aku: ko lak knape menyibuk sgt?
suka ati aku ah!! Ahahahaha!!

#rasenya entry plg bengong aku letak..tapi xper ah, jnji aku update!!
Friday, June 5, 2009

TAMRIN INISIASI WIRAWAN/WATI SKUAD PRIHATIN

Hujung minggu yang lepas aku telah menghadirkan diri aku di "Tamrin Inisiasi Wirawan/wirawati Skuad Prihatin ABIM-PKPIM-Al-ISLAM yg bertempat kat Sek. Ren. Agama Nur Huda, Sg Pusu. Aku yg pada asalnya ditemani oleh beberapa org kuat CENSERVE TEAM iaitu, Din (Presiden Karisma), Ikhwan (Presiden CENSERVE TEAM/ AKHI PROJECT), Ichi (Presiden BP GEMILANG) dan juga FAHIMI (Presiden Caring Club).

Oleh kerana ada masalah dan urusan yg tertentu maka yg menhabiskan tamrin adalah aku dan juga Din. Aku mengucap syukur yg panjang ke hadrat Ilahi kerana aku diberi peluang utk menatap muka2 org2 yg hebat di lapangan masyarakat iaitu individu2 penting dalam menjalankan aktiviti2 bantuan kemanusiaan ini termasuklah badan2 seperti GPM, MRA dan ABIM itu sendiri. Di kesempatan ini lah juga aku telah menimba pengalaman daripada senior CENSERVE sendiri seperti Abang Dino, Abang Zaki, Abang Syakir dll lagi. Hebat. Itulah yg mampu aku katakan pada mereka2 ini.

Berbalik kepada Tamrin ini, program selama 3 hari 2 malam ini banyak berkisar kepada how to plan and how to serve... maka adalah bengkel seperti pertolongan cemas dan sbgnya. kami juga diberi peluang utk melihat dan mempraktikkan bagaimana menguruskan bilik gerakan dan membentuk bilik gerakan yg efisyen serta mudah utk diuruskan terutama pada waktu kecemasan. Kami juga di beri tunjuk ajar bagaimana melaksanakan unit peninjauan tempat2 bencana dana apakah yg perlu dan tak perlu sepanjang peninjauan yg dibuat.

di samping bengkel2 yg hebat ini, kami juga diisi dengan slot tazkirah a.k.a cerama a.k.a kuliyyah sejurus selepas solat maghrib dan subuh selama 3 hari tersebut. Dan slot2 ini memang diisi dengan topik yg sangat sesuai dan bagi aku sendiri ianya sangat diperlukan dalam diri setiap wirawan dan wirawati tersebut.

aku nak kongsilah utk tatapan semua apakah isi2 yg kami dapat pada setiap kuliyyah yg diberikan oleh tokoh2 yg sangat hebat dalam bidang ini.

Topik: Persediaan Diri
Penyampai: Kol (B) Abd Manaf b Kasmuri

Aspek ketahanan Fizikal
Mengikut butir bicara beliau keupayaan fizikal ialah keadaan seseorang yg boleh melaksanakan kerja dan tugasan sepenuhnya mengikut peranan dan rancangan hingga berjaya atau hingga ke peringkat akhir.

Keupayaan ini khusus berkebolehan mengawal diri di dalam keadaan yg sangat mencabar sejajar dengan situasi bantuan kemanusiaan yg biasanya di kawasan konfliks, peperangan dan pelbagai bencana. Keadaan persekitaran yang amat menusuk kalbu dan menyayat hati serta kerja yang tidak mengenal erti masa dan berpanjangan memerlukan setiap wirawan/wati sentiasa dalam keadaan berupaya dan bersedia (stamina dan 'fitness'). Ketahanan fizikal memerlukan bantuan dari gabungan kekuatan lain seperti jasad, mental (minda), emosi dan rohani.


Komposisi ketahanan Fizikal
Kecerdasan Fizikal (Physical Fitness)

Tubuh badan yg sihat dan tdk cacat sehingga menghalang keupayaan. (namun ianya bukan penghalang bagi golongan yg tdk berupaya utk berbakti, mungkin cara atau method yg berbeza dan tdk memrlukan tenaga fizikal yg banyak cth sesi kaunseling dan sbgnya).

ketahanan aerobik-yakni keupayaan melaksanakan senaman yg sederhana berat utk beberapa waktu yg ditetapkan. Jantung dan paru2 bekerjasama menjana dan menyalurkan oksigen secara konsisten dan secukupnya.

ketahanan otot2 mengangkat atau mengangkut bebanan secara kilas atau berulang2 berpanjangan.

kelenturan badan (flexiblity)- keupayaan menggerakkan otot dan sendi dengan sepenuhnya utk memungkinkan pergerakan tubuh badan tanpa halangan. (sesuia sangat ambik budak2 gimnastik, leh elak dari peluru2 dan mcm2 lagi heheh)

Imbangan badan- jgn terlau gemuk (rebah payah nak bangun) atau kurus (melayang tdk bertali mengikut arus gelonbang angin ribut, putg beliung dan sbgnya) dinilai mengikut kaedah BMI.
Panduan Mengekalkan kecerdasan Fizikal
1) amalan hidup sihat
2) pengawalan penyakit kronik
3) senaman harian yg konsisten
4) meningkatkan ketahanan dan stamina sesuai dgn tugas yg akan dilakukan
5) Pemakanan, pemakaian dan kelengkapan yg bersesuaian
Kata2 beliau yg sangat berkesan:
"Jagailah kesihatan dan stamina utk terus bersedia
akan panggilan jihad yang akan dtg bila2 masa sahaja"
Wednesday, June 3, 2009

Post Buat Teh RnD

assalamualaikum teh? sihat? semoga warkah ini hinggap di papan skrin komputer riba teh atau mana2 komputer di depan teh.... dalam keadaan sihat juga hendaknya...

bunga kembang bertaut kembali,
cengkih melayu wangi dan suci,
untuk teh seorang nota ni kan pergi,
berselisih jangan pengkaji bersiri...

seperti yg dijanjikan (sebenarnya lewat post ni) akan di postkan tentang kajian sekolah di Pos Sg Rual.. Sepertimana aku bertindak selaku pengkaji ilmu di pos Sg Rual, ha maka terciptalah satu lipatan isinya kajian khas utk teh si RnD Comrade yg disegani....

oooookeylah.... kholas skema2! hehehe ni de notanya...

...........seusai berjalan kaki pengembaraan aku bersama jiju, pokma, pian dan nazli, dipendekkan citer kami pun sampai, dan langkah pertama adalah pembahagian tugas! dan aku mengofferkan diriku menjadi grup pengkaji tamadun sekolah (GPS) manakala yg lain menjadi grup pengkaji tamadun batin dan suku sakatnya (GPTBSS). ini adalah cerita aku, maka ianya berkisar ttg sekolah sahaja, maka peminat pokma, ataw nazli ataw pian korg tanya lah empunya badan yer?

Aku berdiri di dpan sekolah dlm 5 minit. aku tarik nafas tanpa hembus, sakit. aku hembus jua kerana tak tahan. "bilik guru". label yg cukup buat aku tertarik utk masuk kdalamnya, namun aku teringat aku harus menemui bosnya dulu iaitu guru besar. bilik guru besarlah aku target terlbih dahulu.

slam di sambut oleh bbrapa anak gadis. "dah kahwin k belum lg awek n yer?" bisik kata2 hati aku kpd sistem organ dalaman aku... jadik ckgu ni takkan dngar ah, cume pankreas. paru2, hati dan hempedu yg tahu. alamak guru besar plak takder.. namun aku perasan gambar yg sama di gantung di dpan bilik guru besar.

"jadik guru besar yg dulu lagi ah, tak bertukar2 lagi ah" Cikgu Baharudin ke burhanuddin tak ingat dah. (teh tlg cek ek) cikgu tu sudah berkhidmat memang agak lama dah. sejak program yg lalu beliau masih lagi berada di situ....

"PK HEM ada ah dik. tp kat bilik guru ah. dik boleh pergi ke bilik guru?" tanya ckgu awek td. aku kata boleh ajer, janji tmankan sekali pergi berjmpa.. ahahahaha...

"Oh ini rupanya PK HEM nya," kataku sebaik bersalam ngan seorg pemuda yg gagah, kacak, hensem, di samping wangi bau bedak johnson's baby lagi tu...

"apa programnya?" pertanyaan de aku jawab sejujur yg mungkin. semua details aku tibai dan phak sekolah bersetuju utk bekerjasama bagi module wat keje kat situ. sehingga lah aku pulak yg bertanya, yelah perihal maklumat yg perlu di bawa pulang bagi tatapan sahbat...

"berapo bil. budok2 yg belajo kat sini, ckgu?" tanya aku dlm dialek terengganu kelantan.

"bil. bertamboh semaso ko smaso." aku belek "kitab lama" yg aku bwa sekali dan mendapati yg jmlah pada kunjungan kami yg lalu seramai 90 org budok shj.

"sekare ni ado dale 124 ore doh, tapi gitu ah *pese demo ni *buke suko ngaji bena, *meta mari meta dok mari cikgu pakat *laye jah....." aku bertanya bil. cikgu pulak.

"cikgu berapa doh ah?" PK bertanya kpd saingnya yg juga cikgu kat situ. seorg yg hensem, rambut belah tengah.

"ado dale 12 *ore."

"kat sini ni bab olahrago laju! meningkat gilo tahun ni, pde tahun lepah pun samo jugok... sangat meningkat ah bab kokurikulum ni. cth men takraw, ado hok wakil skoloh k pringkat kebangsae, budok2 ni bab men2 ni xyoh suroh, panda blako doh! tapi masuk bab blaja gak senyap sunyi dan sepi, gelap pulok bergelito!

"budok2 ni buleh doh membaco, tapi pemahame tu payoh. jumpo perkatae samo tapi lain imbuhe tok *gheti lallu!" cerita cikgu itu panjang dan lebar. ustaz yg menghisap rokok pula berkerut menahan ngeri apabila melihat gambar poster kesan merokok di blakangnya.

" budok2 sini *panda doh mandi2, bersih diri, kiro bab kebersihe ni budok panda2" cerita mr. PK sekolah Rual ni. "yg ade UPSR wojib dpt kelas tmbahe, kalu ado bdok uia lagu ni xpo ah, leh ah wat klas tambahe" harapan mengggunung kelihatan di kerutan dahinya seolah2 mengharapkn kita dpt bekerjasama dgnnya.

aku salin satu persatu. semuanya aku tulis.

*pese(n) : fesyen
*laye: layan
*panda: pandai
*buke: bukan
*meta: sebentar/sekejap/kejap-kejap
*gheti: reti/pandai
*ore: orang
Tuesday, June 2, 2009

Bagaimana untuk menyelesaikan "UNDEFINE"?

Sesetengah blog template akan mempunyai masalah dalam menentukan dan mengecam setting tarikh posting sesuatu blog. Ok lah, seperti contoh tema yg saya pilih ini pada mulanya mempunyai masalah yg sama, namun ada cara utk kita menyelesaikannaya... X tahu apa itu "UNDEFINE"?
Perkataan ini biasanya muncul di sebelah kiri atas setiap posting kita (kebiasaannya-according to the template). Dan ini akan mencacatkan blog kita... anda mesti tak puas hati kan bile melihat keadaan nya tidak seperti yg digambarkan ketika preview (before download)? jgn risau, ada penawarnya... kuncinya adalah mencuba sehingga dapat berpandukan klu2 di bawah:
  1. Masuk kat bahagian setting blog anda? Of course lah kena log ini dulu account blog anda...hehe
  2. Pastu pilih bahagian formatting. Anda akan dapat melihat senarai formatting waktu kat situ...
  3. Sesetengah blog kena pilih gak setting kat Date Header Format, jdik korang main jer lah (pilih2 apa2 yg ada)
  4. *Pergi kat Archive Index Date Format, settingkan agar menjadi 2 perkataan seperti June 2009 (blog aku macam ni) korang pulak pilih ah tapi nak 2 perkataan sahja tau.
  5. Begitu jugak kat Timestamp Format, korang pilih jer mana2, kalu tak muncul jugak pilih pulak yg lain, biasanya ambik yg perkataan dulu. Cth: Tuesday, June 2, 2009
  6. Dan pastikan jgn lupa utk settingkan tarikh anda kepada GMT+08, Time Zone bg Kuala Lumpur.. masa malaysia daa...
*- Penting
Posting ini khusus bagi mereka yg menggunakan wordpress template mcm JeNoL. Hehe Selamat mencuba kawan2!!

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake