Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Wednesday, September 22, 2010

Cahaya yang Hilang…

Aku masih belum menyiapkan Travelog Sabah aku. Dan juga masih belum menyiapkan Manual Handbook untuk CENSERVE. Aku mintak maaf sebab aku tak sempat lagi waktu ini. Sekarang ni pun tengah nak setelkan masalah Booth untuk Student Carnival.

Memang, hati ini sering resah disebalik ketenangan yang datang. Ingin memiliki tapi dibenci. Maksudku, ingin memiliki orang lain namun dibenci orang lain. Teringat kata-kata Dr Fadhilah Kamsah dalam forum ‘mencari Jodoh’: Kenapa ada masalah orang yang dah berkemampuan, serta dah ada orangnya untuk dilamari namun tidak mampu untuk melamar? Masalahnya ada lah masalah hati. Mungkin ada siapa-siapa yang dia tidak memohon maaf atas kesalahan yang pernah dia lakukan, mungkin. Jadik selesaikanlah apa yang telah merunsingkan hatimu, agar senang setiap keputusan yang diambil nanti tidak memakan diri.

Pagi tadi aku dapat  pesanan yang boleh membuatkan kita menyimpulnya dengan mudah. Dan pada malam tadi pula aku dapat satu berita yang aku sukar untuk membuat keputusan. Status baru aku semalam bukan untuknya namun untuk ‘nya’ yang satu lagi. Bukan untuk seorang yang pagi tadi, tetapi untuk orang yang malam tadi. Ya Allah, bagaimanakah aku boleh menyelesaikan kekalutan kehidupan aku ini? 

Kesilapan yang datang betul-betul berpunca daripada aku. Penyesalan yang sudah tidak berguna lagi.  

 “Awak, kalau awak nak tahu, saya juga tidak mencari dan tak pernah dapat siapa-siapa dalam hidup ini.  Saya tak mampu untuk membohongi diri daripada mengakui bahawa saya betul-betul masih menyayangi awak, merindui awak.”

Senang untuk menuturkan kata, namun adakah kata-kata kita itu sampai maksudnya? Inilah sebabnya kenapa aku benci sangat S.M.S ataupun status baru disetiap Facebook. Kata-kata ini boleh jadik satu perli, satu kebencian, dan satu ayat yang kadang-kadang nampak main-main, kadang-kadang serius! Jadi apa kata anda?

Walaupun aku benci S.M.S, aku tetap juga menggunakannya. Entah lah. Biarlah orang lain nak sampaikan maksud apa pun, namun kita tanamkan sikap positif ye?

Sampai ke saat ini, aku sudah melepaskan tanganku. Tanpa sedar, dia sudah berpimpin dengan orang lain. Tanpa sedar, aku bukan lagi kawan yang boleh membantu. Bukan lagi kawan untuk dia bergelak ketawa. Semuanya berlaku di bawah sedar aku. Kawan-kawan aku yang lain, aku ada benda nak bercerita kat semua, namun benda itu pun aku masih tak mampu. Hatta. Kawan baik aku pun aku tak sanggup untuk berceritakan semuanya walaupun kadang-kadang aku perlu bercerita.

“Mungkin mereka sudah ada masalah, kesian pulak, nak dengar masalah aku lagi…”

Jadi, aku ambil sikap berdiam diri. Berdiam diri yang boleh memakan diri. Alangkah bagus kalau aku ada seorang peneman yang ingin mendengar masalah aku…

“Kahwen jelah Jali…”

Gambar Hiasan


Mungkin itu jawapan yang akan aku terima. Kau takkan faham apa yang aku lalui ini tidak sama taraf dengan jawapan yang kau beri itu. Keluarga aku bukan macam keluarga kau… Beginilah permulaan penjelasan aku kepada seorang ‘abang’ malam tadi.

“Keluarga saya tak sama dengan keluarga abang. Abang takkan faham sebab ini tak pernah ada dan terjadi dalam keluarga abang. Saya dah pesan kat adik abang tu, bahawa saya sendiri pun sudah tidak punya kehidupan saya sendiri, bagaimana pula untuk saya berkongsi kehidupan dengan orang lain. Saya sudah bertekad bahawa kehidupan ibu bapa saya yang paling utama dalam hidup yang serba singkap ini. Bayangkan saya mengambil tanggungjawab sekarang ini untuk menjaga mereka selepas sorang-sorang melukakan hati mak saya. Abang mesti tak sanggup untuk meninggalkan mereka saat mereka sedang bersedih kerana ditingal anak sendiri?”



Aku tak tahu adakah penjelasan ini sudah cukup untuk memberitahu keluarganya bahawasanya saya sudah tidak hiraukan kepentingan saya lagi, mana mungkin untuk saya menukarkan kepentingan ini kepada orang lain. Dengan tegas aku beritahu adiknya dulu:

“Awak kena pentingkan segala-gala orang yang menyayangi awak dalam hidup ini. Orang sekeliling awak yang sentiasa berada di sisi awak. Awak mesti menjadi seorang srikandi dan perempuan muslimah yang hebat dan kuat! Jangan bergantung kepada lelaki semata untuk hidup! Bergantunglah dengan Allah!”

Dan memang aku harap kau kuat. Aku tak tahu sekarang ini kau bagaimana selepas terlibat dengan kemalangan. Mengikut abang kau, kau sedang bertarung nyawa. Dan memang sekarang ini juga aku sedang mendoakan kesejahteraan kau.

“Jangan tunggu saya yang entah bila baru boleh membuat keputusan untuk diri sendiri. Ibu bapa saya tetap yang utama sekarang ini…”

Teringat pula bulatan taaruf semasa di Janda Baik, program latihan asas sukarelawan anjuran GPTD. Masa ini adik Hakim ada, dan juga mentorku Pak Ghazali, PA kepada pengasas GPTD, encik Norazam. 

“Bagaimana status sekarang?”

“Takde sape-sape lagi..”

“Bila agaknya akan berumah tanga?”

“Saya takkan kahwen kerana kepentingan saya sekarang ini adalah mak ayah saya.”

“Wah, anak yang soleh ni. Ha, sape-sape kat sini boleh ambil dia ni. Kalau saya perempuan, saya memang jatuh cinta kat awak, Razali.”

“Maaf, saya tidak akan nikah sebelum mak ayah saya tidak mampu pergi ke Tanah Suci. Saya nak lihat mereka berjaya juga jejak kaki mereka di Mekah suatu hari nanti. Dengan duit gaji saya sendiri.”

“Bagus-bagus! Memang tak dapat orang lain nakkan awak sekarang ni.”

Aku tersenyum. Mereka ketawa.

Dia pun turut ketawakan aku. Heh.


Titisan air mata aku sentiasa jatuh ke bumi tanpa sedar. Dialah penemanku tatkala berduka, suka dan mengantuk. Ianya selalu melembapkan pipi aku, membelai aku dengan aliran air yang sungguh damai. Aku tak perlukan siapa-siapa kerana mereka tidak pernah menyusahkan aku, kenapa aku nak susahkan mereka? 
Mungkinkah kehidupan aku akan datang secerah
tengah hari ini...
Yang penting sekarang ini aku perlukan bantuan Allah. Dia lah yang Maha Tahu. Dia tidak ciptakan sesuatu itu tanpa sebab-sebab yang tertentu. Aku tahu, pasti ada hikmahnya. Dan aku sedang tunggu hikmah tersebut, dengan sabar. Berilah petunjukMu, lembutkanlah hati mereka-mereka untuk memaafkan aku. Orang-orang yang aku kecewakan, yang mendapat kesusahan kerana diriku, aku pohon ampun, demi Allah, aku tidak berniat pun untuk menghancurkan mana-mana hati baik lelaki mahupun perempuan! 

*Sigh*Astaghfirullah*Alhamdulillah*

2 orang jawab:

Parit says:
at: September 23, 2010 at 12:06 PM said...

Cinta itu Amat Mengasyikan
Rindu itu Amat Memilukan
Perpisahan Amat Menyeksakan
Namun Ada Pengajaran

Anonymous
at: October 4, 2010 at 5:40 AM said...

Как говорилось на Seexi.net Раньше играла на виолончели, пела, сольфеджио буквально каждый день на ура было и все буквально каждый день говорили, что у меня великолепный слух. В вузе у нас есть фонетика, и она мне не дается вообще, на первый взгляд посторонние ошибки слышу , свои - нет, меня без конца исправляют. Почему так? Способность к языку буквально каждый день была, но произношение у меня ужасно, про акцент вообще не говорю, мне хоть бы произношение наладить

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake