Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Thursday, November 4, 2010

Tak Usah Kau Fikirkan...

Kini aku tidak lagi duduk secara ber'kapel' dengan Izzudin, kerana sudah ada tamu baru iaitu saudara Ikhwan. Kami bertiga melayari hidup di bilik 'usrah' dengan bahagianya. 
...

Malam tadi Si Shazni ada mengajak aku errr.. maksudnya bertanyakan aku sama ada aku ingin turut serta untuk pergi ke Kedah dalam usaha membantu mangsa banjir. Aku membalas aku mahu 'join' jikalau ada tempat kosong. Dan dia kata ok, but 'if' ada tempat kosonglah, nanti dia akan 'propose' nama aku lah.

Tapi aku tak dapat mesej dia, dan 'status' mukabukunya pula menyatakan dia sudah pergi ke Kedah pada pagi tadi. Ini bermaksud bahawa aku tak dapat sertai misi tersebut, mungkin sudah cukup 'kuota' agaknya. Takper, mungkin belum rezeki aku lagi, mana tahu kot-kot ada waktu lain yang aku buleh 'join' kan?

...

Preparation untuk ke Battambang masih lagi berjalan dengan biasa. tapi agak kelam kabut sikit kerana terpaksa berbuat sorang-sorang (taklah sorang-sorang kerana masih ada Abang Din serta Abang Jamil yang banyak membantu 'in term of' surat-menyurat dan 'push-push'). Aku pula  banyaknya membuat dalam perihal menyediakan 'profile book' untuk 'sponsor'. dan juga menguruskan dalam mencari 'sponsor-sponsor' lain.

'Anyway' bagi siapa-siapa yang mahu menderma duet dan segala-gala yang halal (tapi kita utamakan wanglah) sebab kami tak mampu nak bawa banyak sangat barang ke sana, almaklumlah naik kapal terbang, kalu naik feri pun belum tentu dapat bawa semua kan.... 

Mungkin dengan sedikit amal jariah ini insyaAllah akan menjadi saksi buat kita di akhirat kelak... ameen.

...

Anugerah Kemanusiaan 2010 yang akan dijangkakan berlangsung pada 24 Disember ini mengalu-alukan kedatangan semua rakan-rakan yang pernah berjuang di dalam CENSERVE tidak kiralah masih lagi atau pun sedang bekerja sekarang ini. Jomlah beramai-ramai ke Dewan Auditorium Utama UIAM pada tarikh berkenaan, dan insyaAllah majlis akan bermula seawal pukul 8 malam lagi.

...

Berkenaan 'status' pada facebook aku tengah hari tadi, yelah tengah meluahkan tension di mukabuku, heh ada sebab musababnya. Biarlah, mari kita belajar erti kehidupan dengan pengalaman yang kita tempuh setiap hari sejak kita lahir lagi. InsyaAllah banyak pengajaran yang kita boleh ambil dan segala-galanya membawa kita ke arah yang lebih matang. Alhamdulillah.

Tapi sumpah, aku masih jeles.... :(

....

JELES dengan SEGALA-GALANYA!! Selamat bercuti ye semua. Aku teringin nak ikut Shazni, teringin sangat. Takper.. kau tinggalkan aku yer, ni yang buat point 'akhirat' kau lebih dari aku ni. Ini tak boleh jadi! Lain kali pastikan aku boleh ikut kau tau! :p

2 orang jawab:

wearelearningparents says:
at: November 4, 2010 at 6:16 PM said...

salam. jom bantu mangsa banjir di terengganu pula...

~rubiah, uia kuantan
x-smaasza juga =)

Pemilik Blog
at: November 5, 2010 at 1:00 AM said...

macammane caranya cik rubi? Adakah ada skuad ke sana? kalu ada, mau juga diturun...

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake