Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Thursday, July 28, 2011

Travelog 246: Fakri Sharani Boleh Gantung But Sekarang!

Sedih! Hampa! Kami memang tidak mahu kekalahan, kalau boleh nak menang sahaja, namun kami faham kami tetap juga akan berhadapan dengan kemungkinan kalah atau menang! Tapi kami tidak mahu ditipu dengan alasan-alasan yang tidak munasabah! 

King Raja mendapat dato' kerana kegemilangan membawa Malaysia menjadi Raja Asia Tenggara. Tahniah untuk itu, dan inilah 'project boys' beliau! Kita tahu siapakah pemain kegemarannya dan pemainnya jugalah yang boleh merosakkan reputasinya sebagai jurulatih terbaik Malaysia. Ya, tidak syak lagi, pemain Malaysia kini bukan lagi merasa bimbang andai tempat mereka akan jatuh di tangan orang lain, kerana mereka tahu merekalah orang Rajagobal. King Raja tidak akan membiarkan mereka berkulat walaupun gaya permainan seperti ulat!

Tapi aku ingin mengingatkan kepada semua peminat bola sepak, janganlah menghukum jurulatih, kita tahu taktikal serta pemilihan pemain yang menyebabkan kita kalah, namun begitu ingatkah semua tentang statement beliau semasa Piala AFF dahulu? Dia ada menyatakan bahawasanya, pemain-pemain ini adalah projek untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2015 secara merit! Dia tidak pernah memberi harapan kepada peminat untuk pergi ke Piala Dunia untuk tahun 2014 ini. Piala Asia dulu, barulah Piala Dunia!

Namun begitu, sebagai pemain bola sepak di bawah projek boys ini seharusnya ada peningkatan. Sedikit demi sedikit agar kita mampu mendaki ke puncak dengan jayanya! Namun masih ada pemain yang aku rasa sudah tiba masanya dia beralih angin ke permainan lain! Dia tinggi, bolehlah cuba badminton pulak kot! Lee Chong Wei pun takde lagi pengganti lagi tu...

Siapa yang aku maksudkan ini? Ya, betul, aku memang maksudkan si Fakri Saarani ini. Dia masuk mengejar bola yang tak dapat, mengawal bola, tapi bola pun tak mahu berada di kakinya, dan akhirnya dibuang padang kerana cuba bermain ragbi di padang bola! Satu sahaja, bodoh! Atau kata paling sopan, KURANG PANDAI!

Adakah kita menang Piala AFF kerana nasib? Aku harap tidak!

Ada benarnya kata-kata TSAM atau Tan Sri Annuar Musa tentang perbandingan skuad project boys dan skuad prestasi semasa (istilah nya aku tak ingat). Ya, seperti mana-mana negara lain, mereka menggunakan skuad yang datangnya daripada prestasi semasa bukannya atas kepercayaan (seolah-olah bermain liga kerana bajet bermain panjang), padahal kita selalu bertempur secara kalah dan mati!Aku rasa better Rajagobal cuba menggunakan pemain yang dipuncak prestasi!

entahlah, seperti mana status aku di facebook hari ini, aku akan berehat daripada menyokong skuad kebangsaan kerana memberi laluan kepada Ramdhan, serta EPL yang berlangsung pada bulan puasa nanti. Aku cuma akan tunggu skuad Olimpik sahaja sekarang! Bagus skuad Ong Kim Swee!

p/s: Tapi dulu Raja tidak macam ni, dulu dia bersih dalam pemilihan pemain, kini dia begitu sayangkan anak angkat, emas 78 karatnya, FAKRI SAARANI!Balik cari bini, berniaga jual air bandung di bazar ramadhan lagi sesuai daripada main bola sama kualiti dengan aku yang berkaki bangku ini!

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake