Nok Kenal dok?

My Photo
::mujahidRindu::
"Memberilah sebanyak-banyaknya, dan jangan pula menerima sebanyak-banyaknya" kredit kepada Laskar Pelangi- Halaman untuk aku merewangkan cerita pengembaraan seorang aku di atas bumi. Kini menjadi salah seorang pegawai sambilan di Pusat Tanggungjawab sosial univiersiti UIAM. Mempunyai semangat sukarelawan dan sangup ke mana sahaja andai anda peluang dankena pada kemampuan... [madah mujahid rindu]
View my complete profile

Saing Kite Belake

Travelog 261: Seekor Anak Gajah di Impian Morib Resort!

| Wednesday, November 9, 2011
Maka tersebutlah kisah seekor anak gajah,
Resah gelisah tidak tentu arah,
Ke mana harus dituju kalau tidak ke lembah,
Hutan diredah sungai dibelasah,
Namun, anak gajah hanya menjawab Entah!
'Aku tak tahu kemana lagi, aku pasrah!'

Jong jong inai, mak ipung rajawali,
Anak gajah tersengih menampakkan kecilnya gigi,
Terdengar suara misteri, anak gajah berlari-lari,
Untuk selamatkan diri dia bersembunyi,
Ternyata lembaga misteri muncul kembali!

Anak gajah ketakutan menangisi nasibnya yang malang,
Berselindung di balik batu, menyembunyikan bayang-bayang,
Terdengar derapan kaki mendekati, hati bagaikan nak melayang,
Peluh memenuhi dahi, badan dan pinggang!
Menggeletar kepala lutut bukan kepalang,
Fokus telinga menduga kejahatan sebarang...

Sunyi.
Sepi.

Bunyi siulan burung bergema,
Kokokan ayam berlaga nada dan irama,
Desiran air sungai berbunyi bersama,
Si anak gajah membuka mata.
'Ah, bermimpi rupanya, ingatkan benar semata!'
Anak gajah bangkit dari tidurnya..

Tidur yang panjang lenanya tiada,
Tersesat di hutan debarannya terasa,
Namun mimpi melegakannya,
Sedar tak sedar, di Impian Morib dia berada!

Tadddaaaaa anak gajah peliharaan Mujahid Rindu.....

2 orang jawab:

Martinelli Hashim said...

....Prof Nik tolong sambung ekor si anak gajah...maka anak gajah amatlah gembira jadi pemenang

Tuan Punyer Blog said...

hahhaahhaa.... ekor anak gajah x tmbuh lagi lah bu.... hahhahah