Allah menjadikan siang dan malam memang cantik untuk kita sama2 renungkan. Allah jadikan manusia ini sangat unik dan betul2 complete untuk kita sama2 fikirkan, tapi mengapa manusia masih menggapai2 tangan untuk mencapai benda yg sememangnya tidak kekal dan hanya bersifat sementara? aduh mengapa dan kenapa?
yer, aku baru saja pulang dari pada mencurahkan bakti (sedikit ilmu) utk org asli yg baru sahaja memeluk agama Islam di Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan. Dengan 24 org pelajar UIA kami menuju ke sana secara sukarela dengan menaiki 2 pajero dan dua van. Belum pernah dalam hayat aku utk menjadi fasi bg golongan yg lebih tua dari aku sendiri, dahsyat memang dahsyat...letih otak kita di buatnya bagi mencari tumpuan mereka yg cume bertahan utk 5 minit pertama ini (mcm ultraman pulak kan?) tapi tulah hakikatnya yg harus diterima untuk kita mendidik golongan ini, aku tertarik ngan kata2 pak cik kassim, anak buah aku yg sudah menjangkau 50 an umurnya, yg kerja sbg guide dan tlah lama memeluk agama Islam, dan jugak buleh berbahasa Inggeris, beliau menyatakan de mempunyai 2 jiwa, apakah 2 jiwa tersebut?
- Jiwa asli
- Jiwa Islam
1- Jiwa Asli: Jiwa asli ini adalah mereka sangat patuh kpd budaya dan adat resam mereka. Jangan dikacau adat mereka! Macam itulah gayanya... ini membuktikan jiwa raga asli mereka i sangat payah di buang, dan mereka takkan sekali2 cube untk mengkhianati kaum mereka dan di anggap sangat tdk bermaruah sekali...
2- Jiwa Islam: bg pak cik kassim de sudah sebati dgn Islam, kerana bapa angkatnya adalah Islam, de masih mengingati saat de bersekolah dulu, bersama2 penganut kristian de turut ke gereja namun apabila pulang ke rumah bapa angkatnya tidak putus2 mengajar nya agama dan sentiasa solat dan kini de faham bhw Islam adalah agama yg benar..cuma di hatinya panas dgn soalan yg sudah lama di pendam...nak taw soklan nya?
"siapakah yg bodoh; Islam ataw Kristian?"
hajatnya mau berdebat ngan Dr Razak mengenai hal ini masih belum tercapai. Mengapa de bersoalan begitu? Persoalan yg muncul ini ekoran kebanyakan org asli seringkali tidak tahu solat dan jugak syahadah seepas mereka enganut Islam. Mengapa? jawapan PCK: KIni masalah di tempat kita adalah apabila org asli sudah masuk Islam, adakah mereka yg bertanggungjawab ini masih lagi melawat dan terus mengajar agama kp saudara baru ni? sedangkan dulu bapanya tidak henti mengasuhnya, namun de sedikit terkilan mengapa org asli yg diislamkan ditinggalkan macam tu sahaja...inilah yg memberangkan PCK yg keluarganya ramai yg kristian.
walaupun begitu aku tak mau kata apa2 namun aku suka ajak korang berfikir dan buat lah sesuatu agar agama kita terus berdiri di Malysia khususnya dan seantero dunia amnya.... kalu tiada harta untuk disunbang cukuplah dengan tenaga, kalu tak dapat ngan tenaga, gunalah enulisan sebagai senjata kalu tak leh jugak gunalah lisan, kalu tak buleh jugak gunalah senjata para mu;min, iaitu DO'A, kalu takleh jugak, aku berfikir,"ko tak semayang ker?" hehehehehe jumpa lgi ariyos....
RS: banyak cabaran dan dugaan yg ditempuhi, tapi mcm malas la pulak nak bercerita takut aku ulak ug riak serta takabbur ngan dnia dan pujian yg menggunung, muahahahahaha, kalu nak taw citernya, jgn malu layanlah penulisan org2 yg pergi ke sana,example: click on IRAH, KAK ENGKU, ataw AL-AZHAR..... daaaa :P
3 orang jawab:
at: January 30, 2009 at 8:38 AM said...
salam jali minta link untuk pos ni ke blog aku k..thanks sahabat
at: February 1, 2009 at 2:30 AM said...
no hal....
at: February 4, 2009 at 4:44 PM said...
huhu...
tiada cerita brooke..
laptop kena telan..
habis menda yg aku taip malam tuh hilang~
huhu.
jgn di butakan mata dan juga hati.
igt tu =)
rindu pak kassim...
btw, nak tanya sket....
PCK tuh dah islam ke?
confuse...
Post a Comment