Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Wednesday, June 3, 2009

Post Buat Teh RnD

assalamualaikum teh? sihat? semoga warkah ini hinggap di papan skrin komputer riba teh atau mana2 komputer di depan teh.... dalam keadaan sihat juga hendaknya...

bunga kembang bertaut kembali,
cengkih melayu wangi dan suci,
untuk teh seorang nota ni kan pergi,
berselisih jangan pengkaji bersiri...

seperti yg dijanjikan (sebenarnya lewat post ni) akan di postkan tentang kajian sekolah di Pos Sg Rual.. Sepertimana aku bertindak selaku pengkaji ilmu di pos Sg Rual, ha maka terciptalah satu lipatan isinya kajian khas utk teh si RnD Comrade yg disegani....

oooookeylah.... kholas skema2! hehehe ni de notanya...

...........seusai berjalan kaki pengembaraan aku bersama jiju, pokma, pian dan nazli, dipendekkan citer kami pun sampai, dan langkah pertama adalah pembahagian tugas! dan aku mengofferkan diriku menjadi grup pengkaji tamadun sekolah (GPS) manakala yg lain menjadi grup pengkaji tamadun batin dan suku sakatnya (GPTBSS). ini adalah cerita aku, maka ianya berkisar ttg sekolah sahaja, maka peminat pokma, ataw nazli ataw pian korg tanya lah empunya badan yer?

Aku berdiri di dpan sekolah dlm 5 minit. aku tarik nafas tanpa hembus, sakit. aku hembus jua kerana tak tahan. "bilik guru". label yg cukup buat aku tertarik utk masuk kdalamnya, namun aku teringat aku harus menemui bosnya dulu iaitu guru besar. bilik guru besarlah aku target terlbih dahulu.

slam di sambut oleh bbrapa anak gadis. "dah kahwin k belum lg awek n yer?" bisik kata2 hati aku kpd sistem organ dalaman aku... jadik ckgu ni takkan dngar ah, cume pankreas. paru2, hati dan hempedu yg tahu. alamak guru besar plak takder.. namun aku perasan gambar yg sama di gantung di dpan bilik guru besar.

"jadik guru besar yg dulu lagi ah, tak bertukar2 lagi ah" Cikgu Baharudin ke burhanuddin tak ingat dah. (teh tlg cek ek) cikgu tu sudah berkhidmat memang agak lama dah. sejak program yg lalu beliau masih lagi berada di situ....

"PK HEM ada ah dik. tp kat bilik guru ah. dik boleh pergi ke bilik guru?" tanya ckgu awek td. aku kata boleh ajer, janji tmankan sekali pergi berjmpa.. ahahahaha...

"Oh ini rupanya PK HEM nya," kataku sebaik bersalam ngan seorg pemuda yg gagah, kacak, hensem, di samping wangi bau bedak johnson's baby lagi tu...

"apa programnya?" pertanyaan de aku jawab sejujur yg mungkin. semua details aku tibai dan phak sekolah bersetuju utk bekerjasama bagi module wat keje kat situ. sehingga lah aku pulak yg bertanya, yelah perihal maklumat yg perlu di bawa pulang bagi tatapan sahbat...

"berapo bil. budok2 yg belajo kat sini, ckgu?" tanya aku dlm dialek terengganu kelantan.

"bil. bertamboh semaso ko smaso." aku belek "kitab lama" yg aku bwa sekali dan mendapati yg jmlah pada kunjungan kami yg lalu seramai 90 org budok shj.

"sekare ni ado dale 124 ore doh, tapi gitu ah *pese demo ni *buke suko ngaji bena, *meta mari meta dok mari cikgu pakat *laye jah....." aku bertanya bil. cikgu pulak.

"cikgu berapa doh ah?" PK bertanya kpd saingnya yg juga cikgu kat situ. seorg yg hensem, rambut belah tengah.

"ado dale 12 *ore."

"kat sini ni bab olahrago laju! meningkat gilo tahun ni, pde tahun lepah pun samo jugok... sangat meningkat ah bab kokurikulum ni. cth men takraw, ado hok wakil skoloh k pringkat kebangsae, budok2 ni bab men2 ni xyoh suroh, panda blako doh! tapi masuk bab blaja gak senyap sunyi dan sepi, gelap pulok bergelito!

"budok2 ni buleh doh membaco, tapi pemahame tu payoh. jumpo perkatae samo tapi lain imbuhe tok *gheti lallu!" cerita cikgu itu panjang dan lebar. ustaz yg menghisap rokok pula berkerut menahan ngeri apabila melihat gambar poster kesan merokok di blakangnya.

" budok2 sini *panda doh mandi2, bersih diri, kiro bab kebersihe ni budok panda2" cerita mr. PK sekolah Rual ni. "yg ade UPSR wojib dpt kelas tmbahe, kalu ado bdok uia lagu ni xpo ah, leh ah wat klas tambahe" harapan mengggunung kelihatan di kerutan dahinya seolah2 mengharapkn kita dpt bekerjasama dgnnya.

aku salin satu persatu. semuanya aku tulis.

*pese(n) : fesyen
*laye: layan
*panda: pandai
*buke: bukan
*meta: sebentar/sekejap/kejap-kejap
*gheti: reti/pandai
*ore: orang

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake