Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Showing posts with label life journey. Show all posts
Showing posts with label life journey. Show all posts
Thursday, December 27, 2012

Tak Mahu Berdusta!


Alhamdulillah, lama sungguh aku biar blog aku ni bersawang macam tu jer. Dulu orang ada blog, aku nak buat blog jugakkan. Tapi dah bukan jenis yang berdisiplin kuat, maka banyaklah yang tertangguh. Isy.. isyh.. isyh.... Sekadar menunggu semangat dan tekad baru untuk tahun 2013 nanti. Cewwaaaahhhh....

Al-Imran:

"Dan sungguh, di antara mereka niscaya ada segolongan yang memutarbalikkan lidahnya membaca kitab, agar kamu menyangka (yg mereka baca) itu sebahagian dari kitab, padahal itu bukan dari kitab dan mereka berkata "itu dari Allah," padaal itu bukan dari Allah. Mereka mengatakan hal yg dustaterhadap Allah, padahal mereka mengetahui"  -78, Al-Imran
Friday, November 25, 2011

Travelog 266: Di Mana Kemampuan Andai Tidak Di Uji?

Ramai yang perasan dan ramai juga yang tidak perasan bahawa dengan menyertai kelab atau persatuan semasa di peringkat persekolahan mahupun di institusi pengajian tinggi banyak memberikan kelebihan kepada seseorang individu. Mereka ini adalah golongan yang sederhana CGPA nya namun mampu memenangi hati para penemuduga. Apa rahsia mereka ini?

Tanggal 23 November 2011, tepat pada pukul 5.30 petang aku memasuki konti IIUM.FM bersama DJ Iera. Dengan tajuk yang diberikan adakah perlu mahasiswa menyertai mana-mana ko-kurikulum bagi meningkatkan kemahiran insaniah, ya, jawapannya adalah perlu. Di sebalik soalan-soalan yang diberikan aku suka menggorengkan mengenai apa perlunya para pelajar kita ini aktif di dalam mana-mana persatuan atau kelab.

Apabila anda menyertai mana-mana persatuan dan aktif di dalamnya banyak yang anda akan dapat di samping pengalaman. Mari kita mengenali tahap dan peringkat serta kelebihannya kepada kita semua:

1) Peringkat Peserta: Alhamdulillah, ini adalah peringkat awal penglibatan seseorang di mana di sinilah mereka akan berfikir sama ada ingin terus menyambungkan kegiatan atau stop sahaja di peringkat ini. Jikalau di dalam suasana game, ini merupakan level beginner atau pada mode easy. Apa yang kita akan dapat melalui peringkat ini?
  • Dapat mengenali rakan-rakan baharu.
  • Dapat pengalaman buat kali pertama
2) Peringkat Komiti: Bila dah jadi ahli biasa, seronok dan join lagi, maka anda layak berada di tahap ini. Mungkin sekadar komiti biasa, atau memegang mana-mana biro di dalam sesebuah program. Ap kelebihannya pula??
  • Anda akan berjaya memahami konsep amanah.
  • Anda akan belajar menerima arahan dan melaksanakan tugasan.
  • Protokol kecil dan batasan dalam program akan dapat dipelajari.
  • Sekiranya menjadi head committee, anda akan bertugas selaku manager dan akan pandai dalam memberikan arahan.
  • Anda sudah pasti akan berpengalaman dalam menguruskan pekerjaan rasmi seperti menyediakan surat, pandai berkomunikasi dengan client, berusaha untuk memebrikan pandangan dalam meeting
3) Peringkat tertinggi menjadi Presiden/Program Manager; Seperti Perdana Menteri lagaknya akan dapat disaksikan namun pengalaman serta tekanan adalah berbeza. Presiden akan memainkan peranan yang lebih besar dalam menguruskan kestabilan kelab. Presiden juga adalah orang pertama yang akan menjadi ketua dalam segala hal. Apa kelebihannya?

  • Pengalaman semasa berada di bawah menjadikan seorang presiden itu tahu tugas dan segala job scope yang telah di hadamkan. Ini penting bagi mengajar generasi baru.
  • Presiden sudah pasti inginkan sebarang kelebihan baik kepada kelab dan juga sebagai seorang individu,  dan networking di dalam kampus mahupun di luar kampus harus diperkemaskan.
  • Kemahiran Komunikasi semakin meningkat di samping keselesaan berucap dan memberikan pandangan di hadapan ramai orang menjadi makanan biasa kepada seorang presiden.
  • Mampu memberikan pandangan tersendiri berdasarkan pengalamannya yang tinggi.
  • Kepimpinan dapat ditonjolkan dan diasah dengan lebih cepat setelas asasnya di bina semasa menjadi ahli jawatakuasa kecil dahulu.
Namun segala benda di atas tidak akan berjaya di hadam tanpa ada elemen EMPOWERMENT! Tunggu artikel selepas ini dengan tajuk EMPOWERMENT memang POWER!
Monday, November 14, 2011

Travelog 263: Tahniah UIAM!

Ni sewaktu MHI di UIAM. Namun pasukan inilah yang bertanding. Tahniah.

 Dalam kemeriahan pembukaan Aikolfest 2011 di Auditorium Utama, UIAM mungkin ada yang tidak tahu serta menyedari bahawa di RTM menyaksikan pertandingan akhir Pantun Bestari yang melibatkan pasukan daripada Universiti Malaya(UM) dan juga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Alhamdulillah, UIAM berjaya juga merangkul pemantun terbaik dan juga naib johan kejohanan. Okeylah tu sebagai universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium perbualan (dalam kelas dan bersama international students), manakala UM adalah universiti yang sudah diketahui umum agak kuat penggunaan Bahasa  Melayunya. Apa-apa pun aku mahu UIAM jadi JUARA lain tahun. 

UIA boleh!!

Travelog 262: Bisa Kawan-kawan ku!

Ini bukan cerita Sukan Sea yang ke-26 ya, INDONESIA BISA! (nak tiru malaysia ke dengan slogan MALAYSIA BOLEH!, tapi jenis malaysian ni tak mahulah kepoh-kepoh, ye dak?).

Seusai berjalan-jalan mencari butir-butir hikmah di sepanjang perjalanan di dunia maya. Ya, Allah ramai rakan-rakanku yang tinggi ilmunya dan mampu berdakwah bukan sahaja menggunakan suara (ceramah, tazkirah dan mengajar) malah mampu menulis dengan baik di ruangan maya ini. Bukan semua mampu melahirkan mutiara kata yang indah di samping mesej dakwah ditegakkan dengan jelas. Alhamdulillah...

Ustaz fahmi dan Ustaz Wer merempit di Mesir di suatu ketika dan waktu. (gambar cilok dari FB Ustaz Fahmi)


Teringat 6 hingga ke 7 tahun yang sudah, teratak SMAASZA menyaksikan aku berkawan dengan syeikh-syeikh muda seperti Ustaz Fahmi, Ustaz Shauqi, Ustaz Riduan, Ustaz Wahab, Ustaz Ismail (Wei), Ustaz Che' Ku dan yang lain-lain lagi. Terasa kerdilnya diri ini sekiranya dibandingkan, namun kebanggaan sebagai seorang sahabat tetap jua terasa.

Itu belum dilistkan sebarai nama ustaz-ustaz J-QAF kita yang sanggup mengajar hingga ke pedalaman Sabah dan juga Sarawak. Sesungguhnya perjuangan kalian sungguh besar ertinya. Biarlah hidup ini bermakna, ye dak Ustaz Dudu dan Ustaz Fendi?

Itu semua cerita para ustaz, bagaimana pula ustazah? hehehe ramai jer, tapi aku tak tahu di manakah mereka sekarang ini (lagi pun bukan aku kenal rapat pun mana-mana rakan muslimah sejak sekolah dulu). Namun begitu doanya tetap ke arah mencapai kebahagiaan di dunia serta akhirat hendaknya, insyaAllah ameen....

Oleh itu, di sini aku ingin bersama-sama membantu seluruh kaum muslimin untuk sama-sama mendapatkan info agamanya dengan percuma, di beberapa link blog ini. Sama-sama kita mengambil manfaatnya:


Dan banyak lagi, sama-sama kita cari dan kongsikannya. Demi Ummah tercinta, biar diri binasa, janji Islam terbela. Allahuakbar!
Saturday, November 5, 2011

Travelog 258: Korang Tau tak MLM?



"Ini cerita tentang Multi level Marketing ke bang?"
"Dok eh, ini cerita pasal bende lain lah!"
"Habis, cerita apa bang?"
"Ini adalah cerita..... Maharaja Lawak Mega!"
"Ooooohhh... tak glemer pun?"

(kikikiki) aku ketawa dalam hati, sebab ternyata populariti MLM ini tidak segah Raja Lawak dan seprestij Mahajara Lawak. Mungkin prestij kerana ini juga adalah kejohanan pelawak dari negara serantau iaitu penglibatan pelawak Singapura, dan juga Indonesia.

Pertandingan kali ini banyak melibatkan senior atau lebih di kenali sebagai 'otai' berbanding peserta pelawak moden seperti Zizan, Angah, Jambu atau siapa sahaja yang graduan Raja Lawak. Graduan ke? hahahahaha, baiklah. Apa yang menariknya MLM ini? Adakah kerana faktor pengacara perasan lawak AC Mizal atau kerana faktor jurinya yang langsung tiada kaitan dengan dunia lawak?

Aku sendiri tidak tahu, namun apa yang aku rasa uniknya pertandingan ini adalah kita didedahkan dengan gaya lawak dari seberang dan juga dari Singapura. Moleklah aku beritahu bahawa aku sudah berkenan dengan style lawak daripada seberang iaitu daripada kumpulan Bandung Welcome, yang lebih dikenali sebagai Bawel!


Memang lawak kumpulan ini. Ianya berbeza dengan lawak-lawak daripada kumpulan daripada Malaysia dan juga Singapura. Kalau korang nak juga menonton kumpulan ini, nah satu video permulaan mereka di minggu pertama. Kasi layan dulu.



Kumpulan ini pada  ulanya mungkin kurang difahami konteks lawaknya secara menyeluruh, namun setiap punch linenya banyak terjadi dengan gerakan badan yang lucu, suara watak yang ketiga yang sangat lucu dan comel. Keserasian mereka bertiga juga menjadi penguat kepada jalan cerita yang mereka pilih. Kali ini kita lihat pula lawak mereka yang bersahaja dan mencuit hati sesiapa sahaja yang menontonya. Nah sedas!




Apa pula kata anda? Aku minat kumpulan ni dah, tapi tak tahulah mereka di tahap mana di minggu ketiga ni. atau-atau  mereka sudah tersingkir minggu kedua ini, yelah dengar kata ada penyingkiran lima kumpulan. Amboi sampai 5 kumpulan??! Apa kehalnya! Wala bagaimana pun aku yakin kumpulan ini akan terus ada kerana aku sendiri tidak sabar untuk melihat aksi mereka bertiga ni. Memang lucu!
Wednesday, November 2, 2011

Travelog 257: Usrah GPTD yg Pertama buatku

Well, kali ini aku berjaya juga menghadiri usrah anjuran GPTD. Namun agenda rahsianya adalah meeting AGM GPTD akan datang ni. Alhamdulillah, aku, Jihan, dan Arina berjaya juga menghadiri pertemuan itu yang dilangsungkan di Markas utama Global Peace Malaysia (GPM).

Sedikit tentang usrah tadi.

Huraian mengenai surah Al-Anfal, ayat 60-63. Bagaimana diceritakan akan suruhan untuk mempersiapkan diri menentang musuh Allah, musuh kita umat islam. Namun apabila direlatekan dengan kehidupan seharian, memang kita perlu ada persiapan diri, baik fizikal, ilmu, iman dan juga ekonomi, demi untuk berjuang di jalan Allah.

Kata-kata Saiyidina Ali, sahabat Nabi Sollalahualaihi wassalam, karammallahu wajhah, seperti yang disebut oleh saudari Dil, atau Siti Nur Dalila:

"Kebenaran tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang"

Usrah juga menceritak kembali pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tuntutan Allah S.W.T. Apakah perasaan seorang bapa yang dikehendaki untuk menyembelihkan anaknya sendiri, namun kata-kata anak baginda iaitu Nabi islami begitu tulus demi membenarkan perintah Allah, maka Allah menukarkan dengan seekor kibas sebagai ganti anak baginda. Inilah ujian Allah kepada baginda, nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Maka di sini, majlis menyimpulkan bahawa Aidiladha haruslah disambut oleh umat Islam dengan melakukan pengorbanan  ke arah positif. Bukan setakat berusaha berkorban duit dan binatang ternakan sebagai pelengkap ibadat korban, namun setiap muslim haruslah melihat aspek korban secara keseluruhannya. Jikalau kita mengorbankan sikap negatif kita dan digantikan dengan sikap yang lebih positif, tak salahkan???

Maka berakhir usrah tadi yang dikemudi oleh sahabatku Mohd Shazni Abdullah, orang kuat PKPIM, GPTD dan ABIM. dan kemudian bersambung pula mesyuarat. 

Sedikit tentang mesyuarat tadi.

Semua ajk bersedia untuk menjalankan tugas namun sedikit penjelasan mengenai bajet dipersoalkan. TTK pula memberitahu tentang list yang akan dilakukan, bagi aku Arina menjalankan tanggungjawab sebagai head of TTK dengan jayanya. Tahniah. Perkenalan dengan kawan baru iaitu Faisal daripada UKM memberikan kemudahan untuk aku pulang ke UIA.

Dan kesemuanya bersepakat untuk bertemu di facebook iaitu di Group GPTD AGM Committee Team.

Thanks to Faisal kerana sudi menghantar aku tadi....

p/s: sayang aku x ambik gambo tadi... hahahhahha kalu tak buleh letok gambo kan... hahahhahaha
Monday, October 31, 2011

Travelog 255: 2 Hari Berlaga Bahu dgn Prof Nik


Alhamdulillah, hujung minggu yang lepas aku join satu kursus IEEP, Islamic Enhancement E tak tahu dan Programme. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal pelajar UIAM yg disertai oleh Prof Nik Ahmad Kamal. Memang best, jadi rapat jer dgn tibe2 kan dengan semua staf di bawah DRSA. (aku harap tidak hanya di program sahaja..kan?)

Program tu, aku menggantikan Abang Din kerana Abang Din sekarang berada di Mekah, menunaikan rukun haji ke lima (semoga beliau beroleh haji yg sempurna dan diterima oleh Allah). Hari sabtu aku pulang, dan terus melepak di ofis untuk menunggu perlawanan BPL dan juga Piala Malaysia.

Hasilnya Manchester United menang dgn permainan yg ntah apa2, 1-0 dgn Everton manakala Skuad Negeri aku yg aku sendiri tak berapa nak minat krn pentadbirannya kalah dgn Nogori 9, 2-1 dlm final Piala Malaysia! Hahahaha....

Pada malam tu juga aku skip pergi program Steadfast, 20th Anniversary mereka, sori yer Zulfalihin... Bukan tak nak join, tapi maklumlah bini no 2 aku ni kena ah layannya dulu.. Final sekali setahun, 20 anniversary sekali utk 10 tahun, walaupun aku tau final ini pasti ada ulang tayang, Steadfast xde ulg tayang, aku tetap pilih bini no 2 iaitu bola sepak.. hahahhaha sori ah beb!

Cukuplah utk kali ini aku berceloteh! Org kata guna short form ni mengjahanamkan bahasa kita, so aku akn boldkan agar jgn gunakannya utk peperiksaan yer? keh keh keh keh...

Monday, September 19, 2011

Travelog 250: Mental Tidak Seia dan Sekata!

Allahuakbar! Alhamdulillah! Subhanallah! Aku kini berumur 25 tahun dan cuma tinggal 3 bulan dan 8 hari lagi untuk menginjak umurku ke 26 tahun. Ya Allah agak seram juga kerana masa kian meninggi namun tidak ada satu pun aku rasa pencapaian yang paling baik aku rasa dalam hidup ini. 

Di saat rakan-rakan lain dengan kerjaya masing-masing, dengan haluan masing-masing, dan paling tragis dengan isteri masing-masing (hehe...) aku masih sama. Dengan kualiti yang sama, pace yang sama, serta beberapa etika dan perangai yang sudah tidak sama seperti dulu, agak merisaukan aku. Aku hairan, adakah aku tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi? Atau aku tidak mempunyai mental yang kuat? Atau aku masih tidak mempercayai keupayaan diri?

Aku harus menyelesaikan masalah yang boleh memberi kesan kepada diri ini. Aku tahu, kelajuan dan komitmen aku semakin berkurang walaupun data kekurangannya hanyalah sebanyak 1% setiap hari. Ini adalah kajian tentang diri aku sebelum ini dan sekarang ini. Statistik ini tidaklah tepat namun sekadar apa yang aku rasa sahaja.

Sebelum ini (Sebagai seorang pelajar)

Aktif. Keyakinan serta tawakal yang tinggi. Kemampuan berkomunikasi yang agak baik sama ada di dalam kelas atau di mana-mana sahaja. Kuat berjalan kaki, peluang untuk berkenalan dengan sesiapa sahaja dan bersembang tanpa ada perasaan malu yang sangat. 

Setiap masa diri ini menjadi perhatian, mungkin kerana perangai aku, ketidak maluan aku atau apa-apa  sahaja yang aku buat boleh mendatangkan perhatian. 

Kerja berganda. Kerja yang melambak iaitu assignment, mesyuarat kelab, study group, program setiap hujung minggu membuatkan aku kuat berfikir. Secara positifnya aku berupaya untuk menguatkan mental serta melatih minda aku agar sentiasa respon dengan apa jua keadaan. 

Selepas (Sebagai graduan)

Kurang Aktif. Sebagai lepasan universiti aku harus mencari kerja. Namun kerja sambilan di CENSERVE menjadi pengalaman pertama aku dalam berkerjaya. Oleh kerana sangat berminat dengan kerja dakwah yang lebih tersusun, aku memilih untuk berada di CENSERVE. Well, tidak seperti menjadi seorang pelajar, kini aku mula berfikir tentang hidup seorang diri, keluarga dan sebagainya. 

Di saat ini, performance aku banyak terganggu dengan adegan perkahwinan, babak rakan yang menjawat jawatan tinggi, dan sketsa sahabat yang bergaji tetap. Ianya menjadi dugaan yang agak dahsyat untuk aku memahami perjuangan hidup. Aku juga bermula memikirkan how to survive in this world! What will happen next??

Sebelum (Menjadi Pekerja Menyusun file plus Multimedia Designer)

Best. Banyak kerja yang aku lakukan. Ianya melatih aku menjadi lebih berdisiplin. Banyak pergerakan membuatkan aku lebih hidup daripada biasa. Memang nampak banyak kerja dan meletihkan, namun satu ketika aku seronok dan berbaloi aku ada gaji.

Menyusun file program, merekodkan program-program baru membuatkan aku terasa dekat dengan program-program yang dijalankan oleh para pelajar di sini. Tidak duduk di meja sahaja membuatkan aku aktif bergerak.

Selepas (Menjadi Multimedia Designer plus Webmaster)

Agak kurang best sebenarnya, bukan tidak best bekerja, tetapi secara fitrahnya aku hanya berada di kerusi aku, menulis cerita dan publish! Kerja-kerja designer ini memang meyeronokkan apabila dapat job, andai tiada job? Alamak melopong lah aku. 

Terimbau kenangan menolong abang Din merekodkan fail dan sebagainya. Fungsi dan kelebihan aku dapat digunakan secara menyeluruh. Pada waktu itulah.

Maka sebab itu aku berjaya tubuhkan CENSERVE TV, ini bermakna aku sengaja menambahkan kerja aku agar otak aku sentiasa berfikir.

Kelemahannya

Aku tidak mampu menjelmakan satu idea yang boleh menguntungkan ramai pihak dalam skala yang besar. Terutamanya dalam bisnes atau apa jua bidang. Entahlah, apabila difikir-fikirkan, idea tak dapat tapi berangan benda-benda yang mustahil pula yang keluar. Serius, apabila aku rasakan imaginasi aku ni kuat, aku terasa peluang kerja aku mungkin ke arah pelukis komik atau penulis buku-buku novel (memang dalam perancangan pun). Berdakwah dalam lukisan serta penulisan pun okey kan??

InsyaAllah, aku cuma memohon agar semua mendoakan aku di dalam apa jua keadaan. Nak doakan aku untuk mendapat kerjaya yang bagus pun boleh, dapat jodoh yang baik-baik pun boleh.. Namun begitu aku cuma memohon agar aku mampu melayari kehidupan ini dengan cukup lengkap, malah dapat membantu keluarga.Ya Allah, Engkau makbulkanlah doa hambaMu ini....
Thursday, August 11, 2011

Travelog 249: Aku Masuk Paper Lagi!

Alhamdulillah, demi menaikkan nama UIAM yang disayangi ini, kini sekali lagi aku menebalkan muka untuk diinterview oleh para wartawan Berita Harian. Dan tanggal 11 Ogos 2011, aku dengan rakan-rakan keluarpaper untuk berbicara tentang penggunaan BLOG. Ya, blog seperti yang kalian baca sekarang ini. Alhamdulillah...

Blog menjadi medium kebanyakan mahasiswa mendapat apa saja berita atau maklumat terkini yang berlaku di dalam mahupun luar negara.
Isi kandungannya bolehlah didapati di ruangan Varsiti Berita Harian. Di sini juga aku sisipkan juga berita yang aku copy daripada Berita Harian Online. Selamat membaca ya!

KEWUJUDAN blog dikenal pasti antara media pilihan masyarakat hari ini termasuk mahasiswa dalam mendapat apa saja berita atau maklumat terkini yang berlaku di negara ini. Sama ada menjadi pelayar setia blog tertentu, ada juga kalangan mahasiswa yang cenderung dan aktif menjadi blogger sehingga mampu menarik ratusan, malah ribuan peminat blog masing-masing.

Trend ini bukan sesuatu yang baru dan perkembangannya cukup pantas selari dengan pencapaian dan kefahaman tinggi mahasiswa dalam meneroka bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
Tampil dengan alamat blog yang pelbagai dan unik, ada yang cenderung mencanang kisah peribadi atau gaya hidup masing-masing, tidak kurang pula yang bijak menjadikan blog sebagai sumber maklumat berinformasi dengan mengetengahkan komentar dan idea yang bersifat ilmiah sejajar kematangan sebagai seorang mahasiswa.
Bagi mahasiswa jurusan ilmu wahyu dan warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Razali Sudin@Alias, beliau lebih suka berkongsi kisah kehidupan dan aktivitinya sepanjang bergelar mahasiswa menerusi blognya.

Menyifatkan blognya, razalisudin@blogspot.com (ada kesilapan di sini, bukannya @ tetapi ".") sebagai satu travelog kehidupan, beliau mula menjadi blogger pada 2003 selepas mendapati ramai rakan lain sudah memiliki blog sendiri.

“Saya membina blog hanya suka-suka, tidaklah terlalu obses. Biasanya dalam tempoh satu atau dua minggu baru saya kemas kini blog. Bagi saya, medium blog banyak memberi manfaat jika kena caranya, kita bukan saja dapat berkongsi maklumat, sebaliknya mencurah idea dan pendapat mengenai pelbagai isu.

“Saya juga banyak kongsi pengalaman mengikuti aktiviti sukarelawan dan bakti siswa anjuran Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti dalam blog. Ada baiknya kita kongsi pengalaman sebegini kerana bukan semua orang berpeluang merasainya dan ia mendapat respon cukup baik daripada rakan pelayar blog lain,” katanya.

Razali berkata, blognya juga digunakan sebagai wadah untuk berkongsi minatnya dalam sukan bola sepak tempatan mahupun luar negara dengan mengetengahkan pandangan peribadinya mengenai pencapaian pasukan atau pemain bola sepak negara.

Berbeza dengan Razali, Fatin Nadzirah Alias pula cenderung mengembangkan bakat penulisan seninya khususnya puisi dan sajak menerusi blognya, nadzirahalias.blogspot.com.

Katanya, setiap puisi atau sajak ciptaannya dikumpul menjadi koleksi yang kemudian dimuatkan dalam blog untuk bacaan rakan blog lain. Menganggap apa yang dilakukannya itu selari dengan bidang pengajiannya iaitu bahasa Inggeris dan kesusasteraan, Fatin turut menjadikan kecanggihan teknologi itu sebagai medium yang membolehkannya belajar secara maya bersama rakan mahupun pensyarah.

“Ada juga kalangan pensyarah memiliki blog dan mereka menggunakannya sebagai sebahagian medium dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya subjek kursus yang saya ambil iaitu English Computer Applications yang memerlukan setiap mahasiswa mencipta blog sendiri kemudian membentangkannya kepada pensyarah.

“Pendekatan ini bukan saja mendekatkan mahasiswa dengan pensyarah, malah ia turut membantu memantapkan proses pembelajaran apabila tunjuk ajar, khidmat nasihat mahupun masalah akademik dapat dikongsi secara maya tanpa bergantung kepada buku teks dan nota kuliah semata-mata,” katanya.

Bagi En Siyah Muhammad, peranan blogger boleh dianggap penting seperti media massa lain jika blogger bijak mengutarakan pelbagai isu terkini dan berkait rapat dengan masyarakat. Ini secara tidak langsung membolehkan blog kita muncul sebagai alternatif berita pilihan di internet.

Ditanya perbezaan antara blog lelaki dan perempuan, pemilik blog comotdanlolipop.blogspot.com itu berkata, blog perempuan dilihat lebih ringkas dan santai, namun aspek kandungan menjadi keutamaan yang membezakan antara blog.

“Gaya penulisan juga memainkan peranan, banyak blog yang gaya penulisannya sangat ringkas, mudah dan santai tapi disukai ramai. Selain itu sebagai blogger, kita juga perlu menjaga etika sebagai penulis blog agar tidak tersasar sehingga boleh menimbulkan senstiviti pembaca lain,” katanya.
 
Apa Kata Rakan Varsiti-BH
 
Zaini Othman
Kandungan blog yang bermanfaat lahir daripada penulis yang berhasrat untuk memberi manfaat bila menulis di blog masing-masing. Mahasiswa yang matang menulis mampu mengupas kepelbagaian isu dari sudut pandang berbeza dan tidak terlalu mengikut arus komentar perdana atau setakat copy paste, kupasannya jujur daripada ideanya sendiri dan berdiri atas fakta kukuh, bukan kupasan semborono.
 
Alieff Firdaus
Saya melihat rasional seorang mahasiswa itu membina blog adalah kerana minat dalam diri sendiri selain hasil dari pengaruh rakan sebaya. Hal ini kerana untuk menjadi seorang blogger yang aktif, ia memerlukan seseorang itu mempunyai minat yang mendalam serta kreatif dari sudut penulisan dan juga penghasilan laman blog yang menarik. Pada pendapat saya, utk mentafsirkan sama ada sesebuah blog itu bermanfaat atau tidak, kita perlu menilai dari sudut kandungannya sendiri serta cara penulisan yang digunakan. Ia haruslah bersifat ilmiah serta mempunyai maklumat yang terkini dan bukannya bersifat emosi 

Friday, August 5, 2011

Travelog 248: Aku ada KRU yang bukan KRU!

Gamat emosi aku sekejap dengan CENSERVE TV ni ciptaan aku hasil Ilham daripada Allah s.w.t. Yalah, daripada sekadar sesuka mak tiri aku buat saluran percuma ini, kini kedengaran pula nak masuk unsur-unsur bisnes di dalamnya. 

Untuk pengetahuan korang, sesungguhnya CENSERVE TV ini adalah satu saluran ataupun mini rancangan yang seseuka mak tiri aku reka demi merancakkan lagi kewujudan Center for University Social Responsibility ataupun lebih dikenali sebagai CENSERVE. Alhamdulillah, hampir 40 video aku uploadkan yang merangkumi short video mengenai program ataupun pasal benda lain yang ada sangkut paut dengan nature CENSERVE.

Bisnes? belum terfikir lagi ingin menjadikannya sumber bisnes aku melalui saluran ini. baiklah biarkan aku bercerita terlebih dahulu mengapa aku tertubik idea untuk menjadikan saluran ini satu realiti. Pertamanya aku terlihat video-video PERCUMA geng-geng VLOGGERS ataupun YOUTUBERS tegar yang lain (yang glemer sahaja aku sebutkan) iaitu iniAnwarHadi, AimanAzlan90 dan juga Matlutfi90. Mereka ini lagi hebat bercerita dan berkongsi idea kepada umum. Sesetengah orag beranggapan mereka membuatnya sebab bosan atau boring tetapi bagi aku satu sahaja iaitu....

Mereka ini ada PASSION!
Aku turut tergolong dalam orang yang mempunyai passionnya yang tersendiri. Passion aku adalah sekarang ini mereka video serta mengeditkan video. mengapa percuma? Ya, video-video tersebut jika diamati dengan teliti, setiap hujung video ada tersebut CENSERVE TV sebagai mark copyrighted. kalau ingin jadikannya bahan orang lain, mesti ada kredit daripada mana video itu datang. Lagi satu jenis-jenis video yang aku uploadkan adalah yang tidak bercirikan bisnes!

Kalau BISNES? Sekarang ni pun memang aku sedang mengeditkan video orang kahwin. Itu barulah bisnes walaupun secara sambilan dan kecil-kecilan.

Aku tahu meengkome semua memang 'sayang'kan aku. Tapi tolonglah jangan menggunakan nada yang agak 'PUSH', huhu tertekan juga emosi aku yang kadang-kadang tidak boleh dikawal ini. Macam serigala ekor sembilan ada di dalam perut ni haa... Meronta-ronta mahu dilepaskan.

By the way, aku sengaja membuat video ini bukan atas arahan siapa-siapa kerana aku selesa. Aku ingin berlatih dan tidak mahu kekeratifan yang Allah kurniakan ini berkarat. Bukan mudah untuk melakukannya seorang diri (itulah kan kami ada, tak nak pulak minta tolong), well said, aku memang suka minta tolong orang lain, tetapi jikalau tidak ada keperluan mengapa perlu kan?

So, satu sahaja yang aku perlukan pertolongan adalah dari segi idea dan penerbitan. Bentang idea, dan rangka strategi tersendiri. Aku akan tolong EDIT SAHAJA, berdasarkan idea yang dibentangkan. Benda ni bukan benda besar pun, so, aku harap tidak akan berpanjangan ataupun mana-mana pihak bermasam muka serta memendam perasaan. Aku tulis ni pun sekadar ingin memberi penjelasan tentang hakikat sebenar. Aku enjoy apa, buat segala video-video ini. Apabila orang seronok, happy, ada yang bangga, lastly ucap TERIMA KASIH, well it is  make me more happy than GOT A LOT OF MONEY!!!!

Semua ingin jadik kaya! Semua ingin jadik kaya! habis siapa pula yang nak balancekan kehidupan ini dengan menjadi miskin?? Apakah hikmahnya, hikmahnya adalah ORANG KAYA BOLEH MEMBIKIN PAHALALAH!!!

Aku bukan tidak mahu kaya, tapi aku mahu bersederhana, HAPPY yang aku utamakan... Biarlah kehidupan aku kat atas dunia ni melalui kesusahan, tetapi ada keberkatan. Ada duit aku tak tearasa apa-apa, takde duit pun aku tak kehilangan apa-apa. Itulah yang aku carik! Kehidupan.... ya.. kehidupan....

So apa lagi, CHECK the latest VIDEO produced by CENSERVE TV at this CHANNEL! CLICKon the YOUTUBE LOGO below!

SELAMAT MENONTON YA!!!!



Wednesday, August 3, 2011

Travelog 247: Bola dan Skil Pengurusan?

Bagi yang tidak meminati bola, sudah tentu tidak pernah tahu dan ingin ambil tahu pasal bola. Dan, apabila seseorang itu yang begitu fanatik kepada bola pula akan dilabelkan sebagai pembuang dan pembazir masa. Ya lah, dengan bangun pagi, seolah-olah mahu lakukan tahajjud, namun yang dilayan juga adaalh bola.

Jikalau begitu kesnya, memang aku setuju sangat kerana ianya seolah-olah meletakkan status bola di atas melebihi syariat. Ingat, bola cuma hiburan serta ilmu dunia, syariat dan agama pula adalah jalan hidup. Begini, aku tidak mahu membahaskan mengenai apakah pentingnya bola atau pun keburukan bola, mungkin ada sedikit kena-mengena namun, aku cuma nak ajak engkorang semua berfikir tentang satu kebaikan ini.
Skil pengurusan. Di alam universiti, pasti mahasiswa/siswi akan menceburi persatuan ataupun kelab-kelab bagi mendapatkan skil pengurusan ini. Thumbs up untuk golongan ini. Manakala di sekolah pula, pelajar-pelajar akan dapat skil ini melalui kelab-kelab ataupun badan beruniform yang mereka join.Dan aku dengan bangganya ingin memberitahu bahawa dengan bola, anda tetap akan belajar skil pengurusan!

Terjerit melolong di stadium! Mengutuk, menyumpah, mengeji andai pasuka kesayangan kalah! Membaling mercun sehinggakan mencederakan kawan sendiri! Ini yang dikatakan pengurusan bola?? Hahah! Oppss, jangan ketawa dulu! Baiklah, kita akan melihat penstrukturan bola di era moden ini terlebih dahulu. Di england, liga mereka mendapat perhatian dunia. Siapa yang tidak dengan huruf E.P.L. Selain EPL, La Liga dan Serie A turut mencuri perhatian umat dunia.

Di EPL, setiap kelab seolah-olah satu badan perniagaan. Pekerja mereka cuma menendang bola, meng'tackle' bola, emnanduk bola dan merebut bola yangs atu di atas padang. Ya, inilah karier yang popular dan glemer! Permainan bola sepak menjadis atu industri dengan pesatnya dari setahun ke setahun. Di sini, apakah yang menyebabkan pembangunan ini berterusan? Ya, ianya melalui satu proses pengurusan yang sangat mantap. Satu syarikat akan membeli saham dan memiliki kelab di sana kerana jenama yang ada, serta potensi untuk memperlihatkan produk mereka ke mata dunia.

Sesungguhnya, EPL mengajar banyak benda yang kita tidak tahu.
Di CENSERVE, kelibat pemuda-pemudi yang bernilai kini tumbuh bagaikan cendawan. Dalam banyak cendawan-cendawan yang tumbuh ini, terdapat satu kumpulan yang bercadang ingin menjadikan satu badan konsultan di mana ianya juga menjadi akar bisnes kecil-kecilan di bawah CENSERVE. Keuntungan dibahagi mengikut kontrak ini telah memberikan aku satu bayangan skuad bola sepak. yang membezakannya adalah bagaimana mereka bekerja, itu sahaja.

Syarikat Arab membeli kelab bola sepak kerana inginkan jenama mereka terkenal selain mengembangkan bisnes mereka. CENSERVE memerlukan sebuah konsultan yang mampu membawa nama CENSERVE dan UIAM ke satu peringkat yang lebih tinggi. Ini adalah kerana bidang ini ternyata mampu membuatkan sayap CENSERVE menjadi lebih kuat, dan 'BRAND' CENSERVE akan dapat dijaja ke serata tempat. ya, merekalah yang akan berjuang di lapangan, 'jutawan' yang memiliki konsultan  ini adalah CENSERVE. Samakan?

Hasilnya, pemain bintang membawa kemenangan serta tarikan kepada ramai penyokong ke stadium, maka income akan bertambah, samalah juga dengan konsultan ini yang pasti membawa kebaikan kepada CENSERVE.

Apa- apa pun, aku ingin menegaskan bahawa aku meminati bola sepak bukan kerana bola itu yang bulat, tetapi falsafah, kebudayaan dan seni bola sepak secara menyeluruh membuatkan aku jatuh cinta. Ini adalah kerana politik yang digunakan di dalam sukan ini ternyata bersiih malahan melahirkan ramai pemuda berbakat serta mempunyai semangat juang yang tinggi!
Monday, July 18, 2011

Travelog 245: Sepanjang Ketidak 'update' an Aku!

http://http:Aku bagaikan memperoleh satu nafas baru! Memanglah, setelah aku dan beberapa orang pelajar lagi telah ditemuramah oleh wartawan Varsiti, keluaran Berita Harian. Berita yang akan keluar nanti merupakan berita mengenai dunia 'blogging' di kalangan pelajar atau pun mahasiswa. Baiklah, aku tidak mahu bercerita panjang mengenai temuramah tersebut, namun aku ingin membuat satu kompilasi travelog aku sepanjang tempoh aku tidak pernah meng'hapdet'kan cerita di sini.

Sepanjang Januari sehingga kini, aku sibuk dengan aktiviti CENSERVE, iaitu melalui kelab ataupun pejabat. Setiap hujung minggu pasti aku akan menghabiskan kerja aku di luar atau orang putih ada menyebut, kerja outstation. Bukan itu sahaja, kerja aku juga banyak di ruangan maya. Di antara laman web yang mesti aku tengok dan pelihara adalah Online Magazine | Censerve Team, merupakan majalah pelajar untuk pelajar, berita mengenai kegiatan-kegiatan pelajar yang bernaung di bawah CENSERVE.

Bukan setakat itu sahaja, di antara laman-laman web/sosial yang lainnya, di bawah naungan aku juga:

  1.  Facebook (CENSERVE IIUM, Censerve Team | Online Magazine)
  2. CENSERVE website
  3. Comrade Website
Maka sebab itulah blog aku ni dibiarkan bersawang untuk beberapa tempoh yang tertentu. 

Baru-baru ini aku menyertai COMRADE pada hari terakhir mereka di perkampungan Orang Asli di kampung Teji dan Abu. Sebaik sahaja pulang dari situ, keesokannya aku terus pergi berkumpul dengan rakan-rakan lama di PD. Kami bermandi-manda di sana.

Inilah sedikit sebanyak kegiatan yang aku mampu menyimpulkan. Sekarang ini, aku bertugas dengan sukarela dalam membentukkan skuad multimedia atau lebih dikenali sebgai Kru Censerve TV. Bagi yang ingin mengenali CENSERVE TV, ataupun ingin melihat beberapa rancangan yang telah dilancarkan serta boleh ditonton, silalah ke Saluran Youtube kami iaitu di CENSERVE TV.
 
Akan datang, akan aku update kisah-kisah aku di Travelog yang dah lama aku tinggalkan ini. Selamat bertandang, dan teruslah menyokong Travelog Mujahid Rindu!
 
p/s: Terima kasih kepada Wartawan serta Berita Harian yang akan mempromosikan lagi blog ini! Alhamdulillah. tadi baru sahaja menguruskan jenazah seorang nenek Orang Asli yang berasal dari gua Musang atau lebih spesifiknya adalah orang Pos Balar.
 

Friday, June 10, 2011

Travelog 243: Bermula dengan Gambar!

Gambar ini akan diletakkan di halaman laman Web Majalah Online Censerve! Bukan malas atau tidak rajin untuk update laman blog aku, tetapi aku betul-betul takde masa. Maaflah kawan-kawan yang tiba-tiba blogwalking kat sini, dan tidak jumpa apa-apa yang bernilai.

Friday, May 27, 2011

Travelog 242: Mati Akal!

Aku seakan mati akal kerana sudah agak lama tidak menulis di blog. Aku sibuk melayan laman web Censerve, facebook Majalah Censerve dan mengumpul gambar-gambar yang diambil semasa program. Program banyak, story yang nak dikarang juga pun banyak, tapi best buat story ni tau. Seperti kita membaca surat khabar yang kita sendiri tulis kan?

Apa yang aku dapat daripada Seminar Kelab Pemadam IPT, never too late to study!
Hahhahahaha, jadi jangan bimbang ya kepada kawan-kawan yang agak tua. Jangan malu untuk berjaya dan belajar!
Tuesday, May 3, 2011

Travelog 241: Bagaimana Rasanya apabila Hati kita di'Sentuh'?

28 April 2011

Macam-macam orang akan sebut. Hati di'curi'lah, di'sentuh'lah dan juga di 'culik'. Mungkin. Tapi adakah tajuk di atas ini menggambarkan tentang aku. Mungkin juga? Mungkin juga tidak. Biarlah aku sendiri serta Allah yang mengetahui. 

Buat pertama kalinya hati ini disentuh. Aku rasa hidup aku tidak berapa betul, macam orang gila pun ada. Kenapa? Usahlah kamu semua tahu, kerana aku tidak akan beritahu. Tapi aku rasa, Allah sengaja ingin menguji hati aku ini. Sudah bertahun tidak terusik, kini Allah membenarkan makhluk-Nya cuba menyentuh hati kecil aku ni. Entahlah. 

2 Mei 2011

Gila bosan bila tiada kerja. Rasa best pula bila datang kerja sejak akhir-akhir ini.Walau bagimanapun aku berjaya juga mengisi masa boring aku dengan melakukan perkara yang kurang berfaedah. Nak tahu? Aku keluar berseoarangan ke Wangsa Walk. Kenapa WW? Tidak ke KLCC atau Bukit Bintang? Jawapannya mak aku maraj kalau aku keluar tidak berteman. Anak 'dara' lah katakan... Lagi satu, WW sahajalah tempat yang aku berani pergi kalau sorang-sorang. Hahahaha

Kawan baru aku ada cakap, melihat manusia ini memang satu hobi yang sangat best. Memang sangat seronok apatah lagi dapat meilhatb ragam manusia ciptaan Allah ini. Ada yang baik, bagus dan ada juga yang nauzubillah (agar dijauhkan daripada keluarga kita) berperangai yang agak tidak senonoh. Well, itulah manusia.

Dengan sampai nya aku di WW, aku cuma terus menuju ke kaunter TGV. Sambil merenung mana-mana cerita yang best untuk ditonton, sempat juga aku merenung anak-anak muda yang berkeliaran di situ. Macam-macam ragam. Malas aku nak cerita, sebab kita semua sudah sedia maklum kan. 

The Roommate menjadi pilihan aku untuk sesi pembukaan cerita yang aku tonton pada hari tu. Abang yang menyambutku di kaunter tiket tersenyum dengan riangnya.

"Berapa orang?"
"Sorang jer bang.."

F8 menjadi tempat duduk aku. Di tengah-tengah beb, baru best untuk menonton, kan? Maka wayang pun dimainkan, dan aku rasa mungkin ada juga yang bermain wayanh sendiri di atas, di bawah, tempat duduk aku. Ok, apa kata kita cerita sedikit apakah yang ada pada cerita ini...


Cerita mengenai budak perempuan baru masuk ke kolej dan ada asrama, so secara automatically nya dia dapatlah roommate yang ditunggu-tunggu. Ceritanya simple, dah tajuknya roommate, maka yang menjadi masalahnya adalah datang daripada rakan sebiliknya. Bayangkan korang dapat rakan sebilik yang psyco, suka ambil tahu akan kegiatan kita, malah cemburu jika kita suka berkawan dengan orang lain. Malah kita pula dilarang untuk berjumpa dengan orang lain, dan barangsiapa yang bermusuh atau cuba merampas kita  daripada dia, maka dibunuhnya kawan kita tu... tak takut ke kome?

Selesai sudah menontonya aku terus ke Restoran yang aku tak ingat namanya. tapi dia menyediakan makanan-makanan Korea. aku pun pilih yang mana murah dan berpatutan untuk aku melantak, dan terbukti memang sedap. Jadi, aku membuat keputusan bahawa aku boleh tinggal di Korea. Hahaha...

Seusai makan aku terus menunaikan solat asar di surau WW. Opps lupa pulak aku ingin beritahu, bahawa sebaik sahaja aku keluar daripada wayang pertama tadi, aku terus membeli tiket untuk tayangan perdana seterusnya. nak tahu cerita apa? Cerita ini haaa...




Nak tahu ceritanya macam mana? Korang layan tak Paranormal Activity? Macam tulah dia ingin garap cerita ini. Kalau diikutkan ceritanya, seoalah kejadian sebenar, tapi bagi aku nampok bebenor menipuunyeeee. Malas aku nak cerita lanjut, tapi bolehlah kalau sekadar ingin berhibur. 

Masih terngiang dalam ingatan, kata-kata budak sebelah aku,

"Alah, kalau ada dah lama masuk Metro, ni takder dalam berita pun kes ni?"

Terdengar pulak bunyi dari belakang,

"Napok benor menipunyer...!"

So apa akata anda yang pernah menontonnya?

Okeylah, garapan aku untuk hari ini berakhir di sini. Apa-apa pun malam ni akau akan hadir usrah Comrade yang spesial kerana katanya ada penceramah dari Indonesia datang untuk memberi peringatan. Oleh itu, salam sayang dari Mujahid Rindu untuk semua!

Tuesday, April 19, 2011

Travelog 237: Kamu Sedih? Kenapa tak cakap?

19 April 2011.

Sepi. Sunyi betul hati ini kerana tidak disentuh oleh siapa-siapa pun. Mungkin orang lain cepat bosan dengan kehadiran aku. Bagaimana agar orang tidak bosan dengan aku? Melawak? Melayan dia dalam setiap keadaan? Entahlah.

Aku tak tahu orang ini akan membaca artikel ini. Artikel yang jiwang aku rasa, mungkin akan menambahkan lagi perasaan bosan kepada mereka yang tidak sukakan style ni. Aku masih lagi pening, bagaimana lagi aku ingin membuktikan bahawa aku bersungguh-sungguh? Ah, semua orang akan juga sama nada dengan dia andai mereka juga bersama dengan aku. Memang aku nampak tidak bersungguh.

"Jangan harapkan perasaan ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan segala-galanya. Jangan kau sering mengucapkan sayang andai tiada bukti dalam perlakuan. Kau harus serius dalam hal ini! Kau ingat dia siapa? Dalam membimbing seseorang wanita, kau harus berkorban! Berapa ramai yang sanggup mengorbankan masanya dengan kawan-kawan demi orang yang mereka sayang? Berapa ramai yang sanggup melupakan saat bergembira bersama teman-teman kerana ingin bersama yang tersayang?

Kalau kau betul-betul perlukan dia, kenapa kau tidak nampak bersungguh? Tidak perlu memberikan banyak alasan, buat sesuatu? Berapa kali nak aku bagitahu, dia juga ada keluarga. Kenapa kau tidak mahu bercampur dengan keluarganya kalau kau betul-betul inkhlas ingin mengenalinya?

Aku betul-betul tak pahamlah dengan kau. Dia ada mencurahkan kasih dan sayang, tetapi kau cuma menjawab dengan lafaz, bukan hati... Setiap kali ada yang ingin ditanya, banyak alasan kau bagi. Siapa tak bosan dengan kau! Mungkin dia tak akan kahwin kerana ada orang yang macam kau. kau telah menyebabkan semua lelaki mendapat title sebagai lelaki yang tak mampu membimbing seorang wanita solehah. Lelaki dijadikan untuk membimbing wanita, takkan kau tak faham lagi?"

Ya, aku memang tidak faham. Aku minta maaf kepada semua lelaki  kerana aku merosakkan imej lelaki sehinggakan aku gagal untuk menjadi seorang yang agak reliable.

Aku berharap kamu tidak putus asa dalam mempercayai seorang lelaki. Aku mungkin dikira gagal, kerana ketidak matangan aku dalam membuat keputusan, oleh itu maafkan aku. Aku doakan agar ada lelaki yang akan meyakinkan kamu serta membimbing kamu. Memang sekarang ini tiada, namun siapa tahu. Semakin kuat hati menolak, semakin Allah dekatkan hati kamu untuk menerimanya.

Aku tujukan ini untuk kawan aku yang sedih agar kamu tahu bahawa walau gagal sekalipun aku untuk mendampingimu, aku tetap sentiasa mengikutimu walaupun di dalam bayang-bayang.

Hanya untuk Orang Asing yang Pelik.
Friday, April 15, 2011

Travelog 238: Perjalanan Yang Jauh

15 April 2011

Tinggal 2 hari lagi aku akan terbang kembali. Terbang ke mana, biarlah rahsia. Seperti biasa aku datang kerja dan yang luar biasanya adalah aku datang awal pagi hari ni. Apekah! Hahahahaha... Sebenarnya hari ini aku datang awal kerana Izzudin sudah hadir ke UIA selepas dia pulang ke kampung halamannya sejak 5 hari yang lalu. 

Oleh kerana hajatnya untuk belanja makan pagi secara beramai-ramai dengan abang Jamil, Abang Din dan Abang Nizam, namun abang Jamil tidak dapat menghadiri kerana beliau sudah pun ke Putrajaya untuk bermesyuarat dengan KPT. Maka, yang makan pagi pada hari ini, aku , Izzudin, Abang Din dan Abang Nizam.

"Bila lagi nak makan pagi dengan Din, dia dah dapat kerja dah," luah abang Din disusuli tawa riang kami bertiga.

Maka kami memilih Evoke Cafe dan masing-masing meilih makanan sendiri. Namun abang Din juga yang belanja di samping Izzudin turut menyumbangkan sedikit duitnya. Takperlah, janji aku tidak mengeluarkan duit, jimatlah katakan.

FYI, Izzudin bakal balik ke kampung halamannya untuk berbakti di tempat lamanya iaitu di sekolah tahfiz. Alhamdulillah, di sudah pun comfirm menjadi tenaga pengajar di situ, maka secara rasminya dia akan meninggalkan aku keseorangan di bilik tersebut pada hari ahad ini.

Termenung sekejap aku, yelah dulu aku sudah terbiasa dengan ada teman di bilik, kini aku kembali seperti dahulu iaitu pada waktu aku mula-mula masuk ke bilik tersebut. Seorang diri sehinggalah Izzudin melahirkan minat untuk tinggal bersama. Kemudian, datang pula arwah Ikhwan untuk sama-sama menetap dan menjadi sebuah keluarga yang paling bahagia. Cukup. seorang ada kereta dan seorang lagi ada motor.

Dan kemudian Ikhwan terlebih dahulu meninggalkan kami buat selama-lamanya. Kini, si Izzudin pula, namun bukanlah untuk selama-lamanya. Oleh kerana beliau akan kahwin tidak lama lagi, maka dia harus mencari rezeki dengan cepat. Izzudin atau Din, cukup baik. Siap dia membenarkan aku menggunakan motornya kerana dia sendiri menggunakan RXZ hadiah dari keluarga mentuanya. Namun begitu, tidak lama lagi aku tetap menjadi seperti sediakala di mana aku turun ke pejabat dengan berjalan kaki. Sekali pergi sekali balik. 

Semoga berjaya Din di dalam kariernya.

Setibanya abang Jamil daripada mesyuarat, aku dan Ibu mendengar perkongsian daripada abang Jamil. Korang nak tahu, universiti lain menjalankan program Orang Asli dengan bajet sebanyak RM 60 000 lebih kurang.Wah! Kalau Comrade dapat duit sebanyak itu, apakah yang akan korang buat untuk selesaikannya? sedangkan RM 6000 pun sudah cukup!

Biarlah mereka. Buatlah dengan ikhlas. bajet ciput namun hasilnya lumayan. Baru terbaik!!! Kan?
Wednesday, April 13, 2011

Travelog 236: Di Luar Kotak Cinta

Terkenang saat di sekolah. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah, begitu banyak cerita suka, duka dan tidak disangka-sangka. Sengaja aku berdiri di luar kotak cinta untuk melihat segala isi cinta.Cinta yang menyusahkan, cinta yang kelakar dan sebagainya.

Cinta adalah perasaan seorang manusia dan makhlukNya. Aku pernah ternampak kucing bercinta sesama kucing, burung sesama burung dan lembu aku dengan lembu orang kampung aku. Perjalanan yang aku lalui ini begitu indah disusun oleh Tuan Punya Dunia. Angin yang sepoi-sepoi bahasa dan kadang-kadang garang se'bengkeng' seladang mem'bakor' sang kijang malam tadi. Sedih.

Kita pergi satu-satu ya. Ada beberap jenis cinta aku sejak aku dilahirkan di atas dunia ini. Sesusai dengan zamannya, 'kalau bisa aku cerita'in, pasti kalian tidak akan percaya'. Baiklah. 

9.1.1986. Aku dilahirkan di Hospital Kuala Terengganu. Di sanalah aku ditunggu oleh orang-orang yang menantikan aku muncul di atas dunia. Terkejut kerana saizku yang kecil, dengan harapan mak aku untuk mendaptkan anak perempuan nyaris menjadi nyata namun hakikat tetap hakikat bahawa aku adalah anak lelaki.

Cintakan Kawan Perempuan.
Pasti menarik tajuk ini. (Aku gelak) Sejak aku dilahirkan, jiwa aku tidak sama dengan budak lelaki kampung yang lain. Mereka semua lasak, namun aku ni jenis yang tidak lasak. Mungkin boleh dikatakan aku ini cuma berminat permainan yang dimainkan oleh budak-budak perempuan. Main-main ahli keluarga bahagia lah persis drama di TV, main masak-masak serta main batu selambut. Kebetulan ada congkak, aku juga turut memainkannya.Walaupun kawan lelaki juga bermain permainan yang aku ceritakan tadi, penglibatan aku agak lebih kerana rata-rata kawan aku 98% adalah kaum hawa. Untuk pengetahuan semua , umur aku pada waktu ini adalah dari 3 tahun ke 6 tahun.

Cintakan Flashman.
Bukan senang nak menonton cerita ini. Aku tiada TV. Mungkin sebab tiadanya TV di rumah aku jadi antara budak yang pandai di rumah. (Aku gelak lagi). Pada suatu hari, aku pulang dari sekolah. Aku tak pasti hari apa, tetapi hari tersebut merupakan hari yang tiada sekolah agama petang. Makanya aku terus berlari secepat kilat menuju ke rumah kawan aku yang tidak memakan masa 20 minit pun jalan kaki. Asalnya niat aku cuma nak menonton cerita kartun Mickey Mouse jadi superhero, aku tidak ingat pula apa tajukntya, supermouse ke apa. Dah lupa. Aku minat cerita tu. Gayanya seperti cerita Superman namun yang jadi heronya adalah seekor tikus kecil. Kartun hitam puti pula tu. Kelakar. 

Sedang asyik menunggu tiba-tiba tepat pukul 4 petang msa tu, keluar 5 planet yang disebut-sebut ada wakil hero dan turun ke bumi untuk menjadi pembela umat manusia. 'Cerita apa ni?' Aku dah gelisah dan excited dalam masa yang sama sebab tak pernah tengok cerita seperti itu. Gelisah sebab aku nak tengok cerita tikus tu, tiba-tiba keluar cerita tulisan macam tulisan Jepun (memang tulisan Jepun pun). Ceritanya pula dialih bahasa kepada bahasa ibunda. 'Oh, suara dalam cerita Ultraman Taro pun ada ni.'

Dan dari situlah mulanya aku jatuh cinta ke Flashman! Flash! Flash! Flash! Flash man............!!!!

 

Tapi yang ni bahasa Jepunlah (bahasa Asal) kalau dalam bahasa melayu dulu, seolah-olah bunyinya macam ini, turunnya kelibat wira-wira daripada 5 buah planet dan bla-bla-bla. Tapi still suaranya masih terngiang-ngiang kat telinga aku.

Cintakan Mighty Morphin Power Rangers, Ultraman Taro, dan Dragon Ball. Son-GOKU!!!!
Ketiga-tiga cerita di atas memang kegilaan aku. sebab itulah juga aku dipanggil mat kartun. Lukis pun lukis kartun jer. Anime atau manga adalah bahasa yang aku belajar di UIA, tidak di kampung. Apa-apa pun yang keluar kat TV dan tidak dilakonkan oleh orang betul maka aku declare itu adalah kartun. No matter what these are cartoon except Power Rangers, Sentai yang dibuat oleh orang putih.

Banyak jugalah aku terbaring didepan TV rumah orang semata ingin menonton cerita ini. Syok beb! Kimberly, Tom, dan lain-lain lagi watak memang membuatkan aku meniru aksinya di padang sekolah mahupun di dalam kelas.


Cuba tengok yang ni pulak.



Bersambung...

Friday, April 1, 2011

Travelog 234: Apabila 1% itu Yang Penting

Assalamualaikum. Apa khabar semua. Semoga sihat hendaknya orang-orang yang membaca blog aku ni. Jikalau yang sakit tu, pergilah ke klinik kerajaan ataupun swasta. Semuanya terpulang kepada anda. Aku dah lama nak tulis pasal benda ini. Lagipun, benda ini memang sentiasa ada di tempat kerja aku. Nak tahu benda apa? Bendanya adalah strategic planning.



"Ya, memang kita perlu ada strategic planning. Namun begitu kita harus ingat bahawa segala macam planning ini adalah cuma 1% sahaja dalam kehidupan. Lagi  99% di mana? Di mana lagi kalau bukan pada proses merealisasikan benda itu," olahan ceramah sampingan saudara Asyraf Latif ketika sesi aku di Kem Rebutia untuk program TOT Comrade pada awal tahun ni.

Memang berasas kata-katanya. Memang ramai yang boleh planning, namun sedikit pula yang boleh merealisasikannya. Memang ramai yang boleh merealisasikan namun antara mereka sikit yang tahu pasal planning. Di dalam konteks ini aku suka untuk mengatakan planning ini adalah 1% yang sangat penting. Planning ini general atau umum. Yang paling bagus adalah strategic planning sebab ianya dah memang strategic kan?

Planning ini macam-macam. Ada yang suka plan awal-awal, dan ada juga yang suka plan last-last minit. Apa-apa pun ianya juga adalah sebahagian daripada planning. Namun tidak dapat tidak, apa yang kita plankan haruslah ada penyudahnya.

Seperti orang tengok bola macam aku. Planning memang penting seperti strategi dan sebagainya hatta cara kita nak mencari gol itu pun perlukan cara yang lebih tersusun dan ada pelannya. Namun begitu jikalau pelannya sahaja yang gempak, seperti Barca dan Artsengal FC yang mengutamakan gaya permainnan yang cantik dan terusun, jikalau tidak ada juga penyudahnya, penyokong akan BOO juga. Memanglah gaya cantik tapi jikalau tidak menang satu Piala pun, buat apa kan? Still orang nak tengok hasilnya.  

Penghasilan yang membolehkan orang aware akan kehadiran kita itu adalah yang tersangat penting. apa-apa pun yang korang buat harus ada planningnya, kerana planning adalah 1% yang penting, tanpanya hasil yang kita dapat tidak segah orang yang merancang, ye ke

mujahidRindu: Mungkin aku ini adalah senjata yang menyudahkan planning yang dibuat oleh orang lain. Mana tahu kan?

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake