Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Showing posts with label Travelog Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Travelog Sarawak. Show all posts
Sunday, July 25, 2010

Sarawak Punyer Cerita..(Ep Akhir)

2 Remaja 2 Sejarah

"Jali, jom ikut ustaz jap," secara tiba-tiba Ustaz YM (Yang Mulia) menarik tangan aku.

Aku baru ingin membalut 'sleeping bag' ke tubuhku yang agak berisi ini. Terusku bingkas bangun dan menuruti langkah ustaz keluar daripada surau Kampung Gayau.

"Nak pergi mana ustaz gelap-gelap ni?" tanya aku dalam keadaan sedikit cuak.

Jam di hanset aku sudah menunjuk kan waktu tido iaitu pukul 1.15 pagi. Maklumlah aku kan penakut sikit, Di ulangi sedikit penakut sahaja tau.

"Mu tunggu sini tau. Tunggu ustaz jap. Nak pergi tandas jap. Jangan pergi mana-mana, tunggu ustaz kejap kat luar ni,"

"Ye..ye ustaz.."

Terketar juga aku pada malam tu. Baru tadi YM mengarahkan budak-budak lain ni azan, ibarat me'magar'kan kawasan rumah di Gayau tu. Begitu juga di surau tempat aku tidur. Mana aku tak 'seriyau' di buatnya. Tunggu dalam gelap, sambil berperang serta berkomunikasi dengan nyamuk di luar surau tersebut.

"Hmm, takut juga ustaz ni ye.." bisik aku sendirian. Tapi memang digalakkan berteman sebenarnya. Bukan soal takut tidak takut, tapi Islam mengajar untuk keluar berteman, supaya keselamatan terjamin dan tidak menyusahkan orang lain. 

"Lepak jap ah...."

...

"Kau tau tak yang Asnizam dah keluar daripada Islam?" tiba-tiba seoarang kawan aku ni membuka cerita. Masa ni aku dalam persediaan untuk ke Teji, tak silap aku setahun yang lalu. Siap aku jadi PM lagi masa ni. Bertemankan adil mufti selaku PC sempoi aku.

"Tak tahu la pulak. Sayangnya..." balas aku dengan spontan.

"Itulah aku nak jumpa dia lah kat teji nanti. dengar kata dia ada dah di kampung, bercuti."

Sesampai di kampung, ya, dia memang ada. Tapi dia senyap. Tak macam dulu. Aku beranggapan dia sudah besar kot. Kali pertama aku pergi ke Teji, akulah yang 'jaga' dia semasa di dalam program modul.Kini dia dah macam berlagak besar dah. Takper lah, nak buat macam mana...

Kawan aku tu dah jumpa dengan dia serta berkawan kembali dengan nya, namun tidak ada jawapa yang positif keluar daripada mulutnya. Yang ada cumalah.. "memang silap kita kerana tidak follow up, kita kena buat sesuatu.." Aku blur dan tak tahu nak buat apa. Maaf. Yang aku tahu masa tu, doa dan sokongan buat kawan aku yang sorang ni. Support dari belakang ah orang kata.

Pada malam tu.Sedang aku bersedih. Teringat saat dia memeluk Islam di depan mataku. Semua orang terharu. Ramai yang menumpahkan air mata berharga mereka. Malam yang cuma diterangi cahaya pelita dan lilin. Aku berada di sebalik ramainya manusia. Bersebelahan dengan dia. ustaz Zunaidin pula erat berjabat tangan untuk mensyahadahkan adik Asnizam.

"Asyhadu..."

"Asyahdu.." lanacar Asnizam menyahut syahadah Ustaz.

Teringat kata-kata perbualan antaranya denagn Ustaz sebelum itu.

'Adik asnizam betul ke nak masuk Islam?"

"Ye.."sambul mengangguk kepala.

"Kalau mak ayah marah macam mana?" tanya Ustaz lagi meminta kepastian kerana menukar status agama bukanlah suatu perkara yang mudah malah bukan perkara yang boelh dibuat main-main. Lagipun budak ini cuma 12 tahun ketika ini.

"Takpe, saya sanggup."

"Ok, kalau mak ayah asnizam mahu bunuh asnizam, asnizam sanggup masuk Islam?"

"Sanggup." Noktah. Jawapan muktamad. Jawapan yang berjaya membuatkan Kak Pijan mengalirkan air mata kesyukuran. Membuatlkan kak Awa tersenyum bangga serta terharu. Membuatkan Raihan terpaku.

"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah,"

"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah,"

"Aku naik saksi Nabi Muhammad pesuruh Allah,"

"Aku naik saksi Nabi Muhammad pesuruh Allah,"

Kelihatan di suatu sudut Kak farah daripada UIA Kuantan merakan saat-saat indah tersebut. Masing-masing bagaikan takjub serta terpaku melihat tanda kebesaran Allah di depan mata mereka.

"Kau buat apa kat sini? Macam sedih je." tiba-tiba kawanku, Adil menyapa.

"Takde ah..." Mati lamunanku. Aku terus pergi ke dewan lama untuk mensyuarat post mortem. memang potong stim betullah Adil ni.

...

"Dah ke Ustaz?" aku semakin cuak kat luar gelap-gelap sebegini. Macam-macam cerita yang aku dengar daripada Pak Mustadar, penjaga Generator kampung Gayau. Ada toyollah, pontoanaklah, hantu raya lah.. tadi dah tiba-tiba YM suruh budak-budak ni azan keliling surau. Lagilah aku takut.

"Sekejap.."

...

Semingu sebelum aku pergi ke Simunjan Sarawak Allah telah menghadiahkan nikmat yang tidak terhingga kepada aku. Pengalaman berjalan ke Teji lagi memang betul-betul memberikan rahmat kepada aku. 

"Abang jali tau tak, malam tadi ada budak masuk Islam kat Teji?" tiba-tiba budak kampung teji datang bertanya. Pada waktu ini aku masih di kampung Abu sebagai sesi melawat anak-anak buah menajalankan kerja.

Kebetulan tym aku datang ke kampung Abu, tym tulah ada perkara best berlaku di Kg Teji.

"Siapa?"

"Asnizam. Abang kenal tak?"

"Asnizam.... ha'a lah budak tu.... Dia dah masuk Islam/ Alhamdulillah... syukur." Aku terasa segar. Budak tu kini sudah bergelar msulim yang sah. Dulu dia dah bersyahadah namun secara rahsia. Kini di depan mak ayah nya sekali. ya Allah, syukur ya Allah. Tapi sayang aku takder pada malam tu dan merakam saat-saat indah tu.

"siapa yang Islamkan dia?"

"Syafiq ah... abang angkat dia.."

"Beruntung kau syafiq... Itu hadiah Allah buat kau..."

Senyum syafiq panjang lebar. Da'e baru di dalam Comrade. Memang satu pengalaman yang cukup bertuah buat adik Syafiq. Alhamdulillah...

'Rahsia'. Memang betul-betul menjadi rahsia Allah. rahsia asnizam kini bukan lagi satu rahsia. aku yakin dia tidak pernah keluar daripada islam. Dulu kami arahkan dia berahsia kerana faktor keselamatannya. Keluarganya bukan suku kaum Semai, tapi kaum lain yang cukup terkenal dengan sikap garang serta pendemdam yang cukuyp kuat.

Bukan itu sahaja Allah juga turut membantu kerahsiaannya terjamin. Masih ingat video yang dirakam oleh Kak farah semasa majlis pengislaman beliau pada tahun 2007? Ya, hanset beliau HILANG semasa tidur di masjid UIA sebelum balik ke kampung nya. Dan cuma itu sahaja sumber bukti yang kami ada kerana masing-masing terpaku dengan pengislaman Asnizam.

Allah, Engkau memang sebaik-baik perancang. Semoga Engkau terus membantu para Muslimin dan Muslimat serta golongan saudara-saudara baru ini. Berilah kekuatan kepada anak-anak muda ini dalam berjuang menegakkan agamaMu di muka bumi, tidak kiralah di mana jua mereka berbakti....

...

Kreekkkkk.... Bunyi pintu tandas dikuak oleh Ustaz YM. 

"Fuuh, lega aku.." Bukan sekejap aku duduk termangu tak tentu hala di luar tandas tersebut. Habis nyamuk aku berjaya tumpaskan.

"Ngantuk ah ustaz. Takde pape da kan, nak pi tido lah."

"Jom..."

Perjalanan aku di Sarawak tidak berakhir di Gayau sahaja, kemudian aku dan kawan-kawan berjuang di Kg Ruan Lama serta di Kampung Gawang. Alhamdulillah, misi membentuk peribadi Muslim berjaya kami dfi terapkan di ketiga-tiga kampung ini.

Dan yang terakhirnya, aku berjaya membawa pulang ikan Terbuk masin, Kek Lapis serta cenderahati untuk staff di pejabat ku. Lagi pun aku tak bawak duit yang banyak, namun aku cukup berterima kasih kerana menghadiahkan kawan-kawan yang sporting dan best di sana, kepada Mohd Faiz, aku masih berhutang dengan kau sebanyak RM100 yang akan aku langsaikan esok hari (tengah hari Isnin, 26 Julai 2010), dan kepada saudari Alyaa, Sofea aku sudah pun membayarnya, heheh thanks ya, kerana bisa membantu aku yang pokai di sana.

Misi ke Simunjan Sarawak diakhiri dengan ucapan Alhamdulillah. hadiah serta niukmat yang tidak terhingga. ALHAMDULILLAH> Terima kasih kepada pembaca yang menuruti perjalanan kisah ku. Travelog ini ditaja khas oleh Yussuf TayyuB! Kurma untuk Ramadhan anda!!!! :P
Tuesday, July 13, 2010

Sarawak punyer Cerita (Ep 4)

2 Remaja 2 sejarah
Subhanallah, petah sungguh beliau memulakan tazkirahnya. Seakan budak ini ada ilmu yang tersim,pan di bawah lipatan lemak otaknya. Ceritanya mengenai seorang sahabat yang berjalan di padang pasir bersama Rasulullah.

"Wahai sahabat, tolong carikan ranting kayu..." begitulah lebih kurang arahan Baginda kepada sahabatnya.

"Eh, mana mungkin ada ranting kayu di sini, wahai Rasulullah."begitulah jawapan yang terpacul daripada mulut sahabat baginda.

Orang putih cakap 'belum try belum tau' kan? Begitulah mesej yang ingin di sampaikan oleh budak yang berumur 18 tahun ni. Dia menyambung lagi.

...setelah sahabat mencari, maka beliau berjaya mencari ranting kayu yang di minta oleh Rasulullah. Ranting kayu di padang pasir yang tandus sangatlah perkara yang berada di luar kotak logik kita namun ianya tidak mustahil.

"Begitulah kehidupan kita, jangan penat dan jangan putus asa dengan mudah. Kita kena buat suatu perkara itu dengan betul-betul, barulah berjaya," sambung budak ini lagi.

8 tahun yang lalu, dia telah di  bawa ke Damansara untuk mencari ilmu. Dia juga menjadi anak angkat kepada Prof. Emeritus Dato' Dr. Ariffin Suhaimi. Dia dengan semangat serta tekad dia menghabiskan pelajarannya daripada UPSR sehingga SPM. Dia lulus SPM dan pulang ke pangkuan keluarga di perkampungan Gayau, Simunjanm Sarawak.

"Ingat lagi.. dulu aku ada kawan India tau. Rapat giler ah aku ngan dia ni..." budak ini menceritakan satu kisah lamanya yang sangat menarik untuk di kongsikan. 

"Pada waktu tu, tym rehat ah.. aku tanya ah kat budak India ni. Aku tanya, dia ada berapa tuhan sebenarnya. Yelah dalam agama hindu kan banyak tuhan, tu yang aku tanya kat budak ni.."

Aku mendengar dengan penuh khusyuk. Sambil kejap-kejap aku membersihkan lubang hidung aku tanpa pengetahuan dia. 

"Lepas tu dia jawabla kan; aku ada banyak tuhan. Tuhan langit, tuhan tanah, tuhan laut, tuhan baik, tuhan buruk, tuhan nasib sama tuhan untung pun ada juga (baca ikut pelat India). Aku pun tanya dia lagi kan: banyak giler tuhan kau, tapi aku nak tanya sama u la kan, tuhan kau tak bergaduh ke? Ramai-ramai ni, takkan tak gaduh kot..." Ceritanya dengan penuh khusyuk.

Begitu juga dengan aku yang khusyuk mengorek telinga sambil berhadapa dengan budak ni.

"Contohnya macam kau hari ni berniaga lah. Hari ni Tuhan Untung nak kasi sama u untung banyaklah. tapikan Tuhan Nasib nak bagi kau nasib tada baik punya.. haa amacam? Takkan ke konfius tu....?"

Sambungnya lagi,"aku tengok kawan India aku tu menggaru-garu kepala. Dia jawab apa tau; itulah, betul juga ya apa yang kau cakap kan. Aku pun dah keliru ni.."

Aku tersenyum dan bangga dengan budak di hadapan aku ni. Pada waktu itu dia baru awal belasan tahun tapi sudah pandai bercakap tentang agama. Budak keturunan orang pedalaman Sarawak yang terkenal dengan cerita penanggal lah, ilmu hitam lah dan macam-macam lagi. Namun begitu dengan peredaran zaman banyak perubahan yang berlaku. Kaum Iban kini sudah tidak macam dulu lagi, bercawat dan primitif. Kini mereka seperti kita dan seperti Orang Asli di semenanjung.

"Abang nak tahu lepas tu dia kata apa?"

Aku angguk kepala aku.

"Dia kata, bila umur dia dah 18 tahun dia nak masuk Islam.." Sambil tersenyum-senyum dia memberitahuku..

"tapi tak tahu ah sekarang ni dia di mana. Sekarang kitorang da 18, tak tahulah dia betul-betul buat apa yang dia kata dulu..tak pasti.."

"Takper.. kita doakan jer.."ringkas aku membalasnya...

Budak ini mempunyai azam ayng kuat. Sebelum aku balik lagi, beberapa kali dan banyak kali dia berjanji padaku..

"abang doakan saya dapat sambung tingkatan 6 ye... doakan tau. Saya janji, saya nak masuk UIA dalam 2 tahun daripada sekarang. Doakan tau.. saya janji dengan abang Faiz... Dengan abang jugak saya janji ni... Doakan tau..."

"Amiiinn.. insyaAllah teruskan.. Jangan putus asa... itu saja." Nasihat aku. Aku senyum sebangai tanda aku ingat akan janjinya. (Senyum ala hero drama cerita Melayu gitu..)

"Saya janji saya akan masuk UIA nanti..."

Janji itu aku simpan dan ingat sampai bila-bila. Suffian janganlah kau putus asa dengan mudah. Doa abang akan terus mengiringi mu...

(remaja kedua di episod akan datang. bersambung...)

Sunday, July 11, 2010

Sarawak punyer Cerita (Ep 3)

Kebiasaannya, travelog ini aku susun di dalam bentuk kronologi cerita yang indah dan dingin. Membacanya seoalah akan membawa para pembaca bersama-sama masuk ke dalam duniaku. Cewah perasan bagus je aku ni....

"Konfius sebenarnya ni..." permulaan persoalan yang dibuat oleh saudara Syamsudin (Sam) selaku ketua penyelaras program Ekspidisi Dakwah ke Sarawak (Desa 10) di dalam satu mesyuarat pertama di bumi Gayau.

"Abang Jali ni datang sebagai peserta ke, atau sebagai pegawai pengiring?" 

...

Aku sampai di Gayau kira-kira pada pukul 1.17 tengah hari. Pada waktu itu, kekuatan tenaga aku di gunakan untuk mengangkut barang-barang daripada Hilux. 

"Macam mana ustaz, jadi ke nak buat sembahyang Jumaat di sini?" aku bertanya Ustaz Zunaiddin. 

Apabila memandangkan keadaan, sementelahan waktunya masih ada untuk solat Jumaat, maka ustaz menjawab;

"Ye.. kita buat solat Jumaat.. Kita ajar penduduk di sini.." begitulah luahan Ustaz Zunaiddin a.k.a Yang Mulia.

"Baiklah." Terus aku menuju dan mencari KK (Ketua Kampung) atau di panggil Tuai Rumah. Dan jawapan 'setuju' daripada Tuai Rumah melegakan aku dan Ustaz. Cuma yang di tunggu adalah datangnya semua peserta yang masih lagi dalam perjalanan kerana faktor jalan yang membawa kepada beberapa trip.

Sementara menunggu, kami yang sudah pun tiba ini, menjalankan solat Jumaat bersama orang kampung. Ye, memang sah-sah tidak cukup 40 orang, kerana cuma beberapa orang sahaja yang ada dan memeluk Islam di kampung ini. Namun ianya bukan penghalang untuk menjalankan ibadah yang mulia ini.

Selepas ku hitung, semuanya kira-kira 25 orang yang ada. Itu pun setelah di campur aku dan Ustaz. Namun begitu ilmu ini berjaya di serapkan kepada orang kampung dengan projek Imam Muda, yang di kelolakan oleh biro Modul bersama Ustaz Yang Mulia. Aku pula cuma pembantu kedua di belakang Ustaz sahaja..

...

"Jangan bimbang pasal saya, saya kalu nak disertakan sekali, masukkan aje. Libatkan saya sahaja.. macam peserta...." Dengan senyuman aku membalas persoalan Sam.

Apabila kita sayangkan seseorang...

Cepat pergi putarkan apa-apa lagu yang menarik dan jiwang-jiwang gitu...

Dulukan, aku ada ah sayang kat sorang tu tau. Tapi aku takut. Banyak giler aku fikirkan. Pasal tanggungjawab lah, pasal perasaan lah. Pasal aku ni budak amatur daam percintaan lah. Maknanya aku memang dalam keadaan yang tidak selesa dan bersedia.

Aku masih sayangkan dia ni sampai sekarang ni. Mengapa ek? Kadang-kadang macam-macam hal terjadik. Aku fikir jodoh pertemuan adalah perancangan al-Kholiq. Maka kerana itulah, aku duk lagu ni macam sekarang ni. Bagi aku, daripada mula aku kenal dia ni, aku dah sayangkan dia tau. Biarlah apa orang nak kata. Kalau aku tak dapat dia kat dunia ni aku sanggup untuk mengatakan bahawa aku nak kawen ngan budak ni kat syurga. Tak dapat kat dunia, kat akhirat pun jadik.

Kawan-kawan dan gossip tak dapat di pisahkan. Namun kebenaran tetap kebenaran kan? Cuma aku dan dia atau aku sahaja yang tahu. Aku cinta dia. Jiwang gitu... awww....

Penjarakan ini bagi aku adalah sekadar perlindungan untuk aku daripada melakukan sebarang aktiviti yang tidak sihat. Berkahwin bila mampu tetap menjadi prinsip hidup aku. Tapi aku tak kisah kalau dia dapat jodoh lain. Macam A dan B. Mungkin aku A, dan mungin aku B bagi pendapatnya. hahahahaha...

Biarlah, apa-apa kepputusan pun aku cuma boleh bersyukur kepada Allah. Bila kita sayangkan seseorang, kita pun sanggup berkorbankan? Takde orang yang leh gantikan dia. Tanggungjawab aku melebihi daripada sayang aku pada dia. Hati aku ini memang bertanggungjawab gila. Kalau rasa bersalah, cepat betul dia memaksa anggota badan aku untuk bertindak memohon maaf. Begitu adanya hati aku yang kecil ini.

Tapi kan sampai bila-bila pun aku tetap sayangkan dia. Aku dah tak kisah kalau aku tidak di hargai, sebab sedikit kenangan dulu-dulu mengubat dan mengubah segala-galanya masa yang di hadapan kita.....

"nobody... nobody... nobody but you....."
Saturday, July 10, 2010

Sarawak punyer Cerita (Episod 2)

Kawan,aku, & Simunjan 

"Pukul berapa kita nak bergerak ni?" terdengar rakanku daripada Sabah bertanyakan kepada Ketua Program yang bernama Syafiq. Syafiq merupakan warga Kuching.

Tiba-tiba deruman enjin coaster datang mendekati ruangan depan IIC. 'Bas mini semalam' getus hatiku. Kemudian di belakangnya, kelibat 2 biji Hilux yang masing-masingnya di tunggangi oleh Ustaz Sabri, wakil daripada USK (urusetia Saudara Kita) dan Abang Man, pemandu daripada Baitu Mal. Tertera dibadan hilux nya tulisan dan lambang Baitul Mal.

Perjalanan daripada Kuching ke Kota Simunjan mengambil masa selama 3 jam lebih atau tidak sampai 3 jam mengikut kekuatan enjin dan kelajuan maksima si penunggang kenderaan. Mengikut perancangan, kami akan berekpidisi ke Kg Gayau sebelum meneruskan aktiviti di perkampungan Ruan dan Gawang. Pemilihan Gayau adalah kerana kampung tersebut adalah yang paling jauh, dan akan dituruti dengan kedua kampung yang telah aku sebut tadi kerana jarak keduanya dengan Kuching tidak lah sejauh Gayau.

Gayau. Sau kampung yang cukup memberikan aku satu kepuasan. Aktivitinya, orang kampungnya, remajanya, orang tuanya dan kanak-kanaknya memberikan aku satu nafas dakwah yang baru. Ya Allah aku bersyukur kerana aku Engkau pilih untuk bersama dengan budak-budak ini. Di sinilah aku mengenali seorang sahabat bernama Suffian. Ceritanya sangat menarik, perwatakan muda cerianya juga memang sangat luar biasa untuk di ceritakan. Namun biarlah aku simpan dulu cerita tentangnya kerana aku ada menyediakan artikel tentangnya yang berjudul "2 Remaja 2 Sejarah; Suffian vs Asnizam" .


"Aduh bila aku nak sampai ni ye," hatiku masih lagi kuat bertanya ntah apa-apa. Sabar sudah. Kuundur 12 jam sebelumnya.

Hari semalamnya.

"InsyaAllah hari ini, Ustaz Sabri akn meceritakan serba sedikit tentang perjalanan kita ke 'kota' Gayau," begitulah intro yang di mulakan oleh saudara Syamsuddin a.k.a Sam.

"Perjalanan ke Gayau mengmabil masa selama lebih kurang 3 jam. Namun begitu, waktu perjalanan ini akan berubah dan bertambah seandainya esok hari hujan. Daripada hilux, kita sudah pasti akan menaiki perahu atau bot.

"Wah...." aku teruja. Kerana bagi aku lagi susah, lagi mencabar, lagilah seronok. Hee...

"Saya memang sudah lama dalam bidang dakwah di sarawak ni. Untuk pengetahuan saudara-saudara sekalian, Sarawak ini daripada segi pembangunan Islam agak terkebelakang. Kita tidak cukup tenaga, dai'e ramai yang kita keluarkan serta di hantar ke Mesir, Jordan lagi, namun apabila sudah selesa berjawatan serta duduk bekerja di dalam air-cond, hmmm agak payah sikitlah untuk turun padang, lebih-lebih lagi ke dalam pedalaman." Agak panjang juga celoteh beliau.

Di suatu sudut, Puan Martineli a.k.a Boss aku begitu khusyuk sekali mendengarnya. Tangan aku juga turut menari-nari dansa bersama pen aku bagi merakam segala informasi yang aku mahukan.

Kututup mata. Kini yang aku dengar adalah deruman enjin hilux Baitul Mal yang di pandu abang Man. Penukaran gear juga berlaku. Bunyinya macam da masuk gear 4 wheel.

"Ini ke simpang nya?" tanya Ustaz Faris, senior Censerve yang kini bekerja di PTS selaku peneman kepada Madam Martinelli.

"Ha'a," ringkas abang Man memberi jawapan.

Aku pada waktu ini satu hilux dengan Yang Mulia serta Ustaz Faris.Manakala rakan-rakan yang lain menaiki coaster.Arahan daripada ketua program harus di dengar, VIP harus duduk di dalam Hilux!

"Entah bila ya nak sampai ni." aku kini da semakin tidak sabar. (bersambung)

note: Buat teman aku yang sorang ni, aku dah pun baca entri nya, terima kasih ya. Lagi satu, aku pun ingin memohon maaf andai apa yang aku tulis tempoh hari menggegarkan benak jiwa dan raga kehidupan mu.
Thursday, July 1, 2010

Sarawak Punyer Cerita.... (Ep 1)

 Bukan mudah mengungkap cinta...
Kerana lidah tidak bertulang...
Bukan mudah mengungkap rasa...
Kerana lidah bahan petualang...

Alhamdulillah, dengungan di telinga aku akhirnya sembuh pada pagi ini, tatkala cerita ini aku taip. Otak-otak aku di perah untuk mengingati saat-saat manis aku di lcct hinggalah ke mari iaitu di IIC (bukan Internatioanl Islamic College) tapi Islamic Information Centre, Sarawak.
"Abang jali datang tak ke OR" beginilah bunyinya teks sms yang aku terima. Kekhusyukan aku menonton Jepun melawan Paraguay sedikit terganggu.

Aku bangun dan bingkas menuju ke OR. Pada waktu ni aku masih di Ali Cafe. Jauh. Mujur ada Shahrul dan motor beliau. Boleh lah aku di hantar dengan selamatnya ke sana.

Sesampai aku di sana, mereka masih sedang menyempurnakan solat hajat untuk kesejahteraan program.

"Mereka dah tahiyyat akhir tu bang.." balas Jasmin.

"Takpe-takpe, nanti abang datang balik ye. Nak masuk ofis dulu lah. Nanti kalau dah nak angkat barang bagitahu ye."

Aku melangkah ke ofis dan menyambung tontonan aku. Jepun harus mendapat sokongan aku kerana itulah sahaja pasukan Asia yang tinggal.

Tenet.. tenet...

"Abang Jali, datanglah. Kitorang sedang mengangkat barang ni ha. Hee.."

Aku pun; Hee...

Aku pun pergi ke atas namun mereka sudah pun membawa barang-barang ke bas. Cuma yang tinggal adalah untuk memulangkan troli S-Dev.

Selepas kuintai dengan teliti, bas pun sudah tersedia. Debaran aku pun semakin rancak. 'LCCT, nanti aku datang'

LCCT sudah di hadapan mata. Kitorang dengan kotak-kotak serta bagasi-bagasi yang ada di heret dengan menggunakan troli beroda ke kawasan makan. Di situ lah Cecep bermain bongkah kayu tersusun untuk menghabiskan masa menunggu pelepasan kitorang yakni pada pukul 7 pagi.
Aku dan peminat bola pula pergi menonton Sepanyol dan Portugal di kawasan lepak penumpang.

Selepas subuh.

Aku di laluan masuk ke lapangan dah. Pertama kali beg biru besar aku naik kargo. Terbang juga beg aku ni ya...

Berjalan ke ruang masuk 104 agak jauh. Kelibat beberapa kapal AirAsia sedang menunggu untuk berlepas. Hati aku 'excited' dan jiwa aku bergelora serta berdebar-debar. Pertama kali kut...

"104. Ha ni lah dia," aku menjerit.

Selepas kad pelepasan aku di check oleh pramugari cina yang cantik dengan pantas aku menuju ke tangga naik ke Kapal Terbang. 10 c adalah tempat duduk aku. sayang bukan tepi sekali.. tapi takper janji aku dah naik kapal terbang.

"bila nak bergerak ni yer..." Hati aku mula menyoal banyak soalan hati.


"Aunty kenapa pakai kapas tu?" tanyaku pada makcik-makcik cina indinesia kalimantan. Aku hairan kenapa harus pakai kapas.

"Kena pakai. Nanti sakit telinga. Bunyinya kuat nanti," balasnya.

"Boleh saya mintak sikit. Maaf ya, pertama kali. First time," sambil menunjukkan senyuman comel aku, maka makcik itu pun memberi kan kepadaku sedikit kapas.

"Dah dah bergerak ke?" sekali lagi aku bertanya Alyaa yang duduk di barisan sebelah aku.

"Ha'a." balasnya pendek.

Aduh. Cuak juga ni. Sedikit demi sedikit aku nampak tanah semakin menjauh. Jauh dan jauh. Kadang-kadang rasa terangkat tubuhku. Ye, aku kini di atas. Tinggi dan semakin tinggi. Rumah-rumah serta pergunungan menjadi kecil. Sekarang pula; "Awan... awankah itu?" "Subhanallah" hati-hati aku berbicara sesaa sendiri.

"Sebentar sahaja lagi minuman dann makanan akan di edarkan. Harga barangan boleh di lihat di katalog yang di sediakan." begitulah pengumuman yang telah di buat.

Kelibat kedua-dua pramugari cina sedang menolak troli di ruangan tengah. Aku membelek katalog di tangan ku. apa yang murah dan menarik? Semuanya mahal je. Alyaa pula dah tidur, begitu juga makcik- makcik di sebelah aku ni. Pun sudah tidur. Apa yang aku nak buat ni. Bosan tahap cipan menggigil kesejukan dah ni.

"Dah sampai amoi ni." cetus hati ku tatkala pramugari sudah pun berdiri di sebelah ku.

"Miss, one hot chocolat please," tempah penumpang di hadapan ku. apa lagi, aku pun bertindak.

"Miss, me too. Hot chocolate" tersenyum-senyum aku.

Kejap. Di mana pula meja untuk aku letak cawan ni. Takkan di pegang kut sampai Kuching. Tiba-tiba amoi tadi membuka sesuatu di hadapan ku. nah, tersergam sebuah meja yang terletak di belakang kerusi hadapan aku ni. 

"Oh disini rupanya meja."

"thanks ya," dengan senyuman sekali aku hadiahkan kepada amoi yang menolongku. Sambil tangan aku menghulurkan not RM10 dan di pulangkan not RM5 kepada ku.

Tiba-tiba telinga ku sakit. Berdengung dengan kuat. Sangat kuat. Terasa bagaikan gegendangaku ingin pecah. aku pekup telinga aku. tetap sakit. Aku terbayang kepala aku pecah, hidung aku tersembur keluar darah, telinga aku pula bernanah dan aku menggelupur kesakitan. Nyaris-nyaris aku memanggil pramugari.
Eh dah kat tanah? Dah sampai rupa-rupanya. Tapi telinga aku tetap jua berdengung.


"eh kejap, aku belum mandi lagi." Lamunan aku terhenti. Apabila aku tengok kawan-kawan sudah pun mandi, nanti aku pula yang lewat. Nanti-natilah aku sambung riwayat perjalanan ku ke negeri bumi kenyalang ni.

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake